EDUTECH ASIA 2025

Nov 6, 2025

EDUTECH ASIA 2025
4 UNTIL 6 NOVEMBER 2025
Thursday | 15 Jamadilawal 1447 | 6 November 2025

SINGAPORE – Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Acting Deputy Permanent Secretary (Policy and Corporate), Ministry of Education, Brunei Darussalam attended the EDUtech Asia 2025 held at the Sands Expo and Convention Centre in Singapore from 4 to 6 November 2025.

EDU28.jpg

EDUtech Asia brought together education leaders, policymakers, educators and industry experts to exchange insights and shape the future of education. With the theme “Positive disruption: unlocking limitless potential in education with AI and tech", this years' event marked its 10th anniversary.

During the event, Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar took part in the EDUtech Asia Policy Summit on 4 November 2025 as a panel member. This exclusive, closed-door gathering convened senior officials from Ministries of Education across the region – including Malaysia, Indonesia, Vietnam and the Philippines to engage in high-level discussions on pressing policy issues such as Artificial Intelligence (AI), teacher training and professional development, digital skills, future readiness and government-led digital transformation initiatives.

EDU29.jpg

In his remarks during the panel discussion titled 'SDG 4 and beyond – education policies for a sustainable future', he highlighted that Brunei Darussalam's education system is built on a strong and coherent policy foundation guided by Wawasan Brunei 2035 and aligned with SDG 4. He noted that the Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) and the Ministry of Education's newly introduced Greening Education Plan take an integrated approach to sustainability and future readiness by embedding these values across the curriculum, teacher development and school culture.

Additionally, Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar also participated in the EDUtech Asia Premium Conference which took place on 5 to 6 November 2025. The conference explored issues surrounding AI in education such as how schools can thrive in the age of human-AI collaboration and how to scale AI readiness in the classroom.

EDUtech Asia 2025 served as a valuable platform for Brunei Darussalam to share its education policies whilst engaging with experts on current educational trends.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


EDUTECH ASIA 2025
4 HINGGA 6 NOVEMBER 2025
Hari Khamis | 15 Jamadilawal 1447 | 6 November 2025

SINGAPURA – Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar bin Pengiran Haji Petra, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Korporat), Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri EDUtech Asia 2025, yang berlangsung di Sands Expo and Convention Centre, Singapura bermula dari 4 hingga 6 November 2025.

EDUtech Asia telah menghimpunkan para pemimpin pendidikan, penggubal dasar, pendidik dan pakar industri untuk berkongsi pandangan ke arah membentuk masa depan pendidikan. Bertemakan “Gangguan Positif: Membuka Potensi Tanpa Had Dalam Pendidikan Melalui AI Dan Teknologi", acara tahun ini menandakan ulang tahun penganjurannya yang ke-10.

Semasa acara berkenaan, Yang Mulia Pengiran Dr. Mohamad Iskandar telah menyertai Sidang Kemuncak Dasar EDUtech Asia yang berlangsung pada 4 November 2025 selaku ahli panel. Sidang eksklusif secara tertutup ini telah menghimpunkan pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Pendidikan serantau - termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina - bagi membincangkan isu-isu dasar utama seperti Kecerdasan Buatan, latihan dan pembangunan profesional guru, kemahiran digital, kesiapsiagaan masa hadapan serta inisiatif transformasi digital yang diterajui oleh kerajaan.

Semasa perbincangan panel bertajuk “SDG 4 dan Seterusnya – Dasar Pendidikan ke Arah Masa Depan yang Lestari", Yang Mulia Pengiran Dr Mohamad Iskandar menekankan bahawa sistem pendidikan Brunei Darussalam berasaskan landasan dasar yang kukuh dan padu, berpandukan Wawasan Brunei 2035 serta sejajar dengan SDG 4. Yang Mulia Pengiran Dr. Muhammad Iskandar menjelaskan bahawa Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) dan Pelan Pendidikan Hijau yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan mengamalkan pendekatan bersepadu terhadap kelestarian dan kesiapsiagaan masa depan dengan menerapkan nilai-nilai ini dalam kurikulum, pembangunan guru dan budaya sekolah.

Selain itu, Yang Mulia Pengiran Dr. Mohamad Iskandar turut menghadiri Persidangan Premium EDUtech Asia yang telah berlangsung pada 5 hingga 6 November 2025. Persidangan tersebut menumpukan perbincangan terhadap isu-isu berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan dalam pendidikan, termasuk bagaimana sekolah dapat berkembang dalam era kerjasama antara manusia dan Kecerdasan Buatan, serta langkah-langkah untuk meningkatkan kesiapsiagaan Kecerdasan Buatan di bilik darjah.

EDUtech Asia 2025 telah memberikan peluang bagi Negara Brunei Darussalam untuk mengongsikan mengenai dasar-dasar pendidikan dan berbincang bersama para pakar mengenai trend pendidikan semasa.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/160 (M)
Tarikh: 15 Jamadilawal 1447 / 6 November 2025