BRUNEI DARUSSALAM FLAG HANDOVER CEREMONY
FOR THE PARTICIPATION OF THE BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS SPORTS COUNCIL CONTINGENT IN THE 14TH ASEAN SCHOOLS GAMES
Saturday, 17 Jamadilawal 1447 / 8 November 2025
PULAIE, – The Ministry of Education through the Secretariat of the Brunei Darussalam Schools Sports Council (MS SSBD) Contingent today held the Brunei Darussalam Flag Handover Ceremony for the participation of the national contingent in the 14th ASEAN School Games (ASG14) 2025 at the Atrium of the Sports School.

Present as the Guest of Honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education. The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat, followed by a speech from Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat, Director of Co-Curricular Education, Ministry of Education, as the Chairman of the ceremony and Secretary-General of the Brunei Darussalam Schools Sports Council (MS SSBD).
The ceremony continued with the handover of the National Flag of Brunei Darussalam to Yang Mulia Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais, Assistant Director of Co-Curricular Education, Ministry of Education, as the Chef de Mission, by the Guest of Honour. The event concluded with a meet and greet session between the Guest of Honour and the contingent officials and student-athletes to provide words of encouragement during the championship.
The 14th ASG Championship will be held from 20 November 2025 to 28 November 2025, with participation from 10 countries, consisting of Negara Brunei Darussalam as the Host, Cambodia, Indonesia, Lao People's Democratic Republic, Malaysia, Myanmar, Republic of the Philippines, Republic of Singapore, Thailand, and Vietnam competing in the championship. A total of eight sports events will be contested, namely Badminton, Basketball, Athletics, Swimming, Netball, Pencak Silat, Sepak Takraw, and Wushu.
Also present at the event were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education; Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Permanent Secretary (Culture), Ministry of Culture, Youth and Sports; Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments, and officers from the Ministry of Education and Ministry of Culture, Youth and Sports.

Further information about the 14th ASEAN Schools Games (ASG14) can be found on the official ASG14 Instagram at @14thaseangames.
_________________________________________________________________________________________
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI PENYERTAAN KONTINJEN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH BRUNEI DARUSSALAM KE SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ASEAN KE-14
Hari Sabtu, 17 Jamadilawal 1447 / 8 November 2025
PULAIE, – Kementerian Pendidikan melalui Sekretariat Kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi kontinjen negara ke Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 (ASG14) Tahun 2025 bertempat di Atrium Sekolah Sukan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan ucapan dari Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat, Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Majlis dan Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD).
Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam kepada Yang Mulia Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais, Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Chef de Mission, disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra Tetamu Kehormat bersama pegawai-pegawai kontinjen dan atlet-pelajar untuk memberikan kata-kata semangat semasa kejohanan tersebut.
Kejohanan ASG14 akan diadakan pada 20 November 2025 hingga 28 November 2025 dengan penyertaan dari 10 buah negara terdiri dari Negara Brunei Darussalam sebagai Tuan Rumah Kejohanan, Kemboja, Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao, Malaysia, Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Thailand, dan Vietnam akan berentap pada kejohanan itu nanti. Sebanyak lapan acara sukan akan dipertandingkan iaitu Badminton, Bola Keranjang, Olahraga, Renang, Bola Jaring, Pencak Silat, Sepak Takraw dan Wushu.
Turut hadir semasa majlis hari ini ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Maklumat lanjut mengenai Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Kali Ke-14 (ASG14), boleh didapati melalui instagram rasmi ASG14 di @14thaseangames.