ANNOUNCEMENT ON
HECAS APPLICATION RESULT FOR JANUARY 2026 INTAKE
ACADEMIC SESSION 2025/2026
TO PUBLIC HIGHER EDUCATION INSTITUTIONS (HEIs)
Tuesday | 20 Jamadilawal 1447 | 11 November 2025
BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Higher Education is pleased to inform that the admission results through HECAS for the January 2026 intake, Academic Session 2025/2026 to public Higher Education Institutions (HEIs), namely Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) and Politeknik Brunei (PB) will be released on Wednesday, 12 November 2025 at 9:00 a.m.
Applicants may login to their HECAS account to find out their application status in the HECAS website at https://hecas.moe.gov.bn. Accordingly, offer letters will be emailed by the respective HEIs to successful applicants. The deadline to accept or reject the offer is on Saturday, 22 November 2025, at 4:00 p.m.
For unsuccessful applicants who meet the entry requirements set by the HEIs and wish to appeal are to take note of the following:
● Further information on the appeal process can be obtained from the HECAS website at https://hecas.moe.gov.bn.
● Applicants are given three working days to submit their appeal starting Thursday, 13 November 2025 to the respective institution;
● The deadline to submit the Appeal Letter and related documents to the HEIs is on Monday, 17 November 2025 before 4:00 pm; and
● Applicants intending to appeal are advised to apply for a different programme to the one initially applied.
For any enquiries, applicants may contact the HECAS Administration directly through email at ask.hecas@moe.gov.bn or by telephone at 2381992/2381224 during office hours.
________________________________________
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENGAMBILAN MELALUI HECAS BAGI
KEMASUKAN BULAN JANUARI 2026 SESI AKADEMIK 2025/2026
UNTUK INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
Hari Selasa | 20 Jamadilawal 1447 | 11 November 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengajian Tinggi sukacita ingin memaklumkan bahawa keputusan pengambilan melalui HECAS bagi kemasukan bulan Januari 2026 Sesi Akademik 2025/2026 untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Politeknik Brunei (PB) akan dikeluarkan pada hari Rabu, 12 November 2025, jam 9:00 pagi.
Pemohon-pemohon bolehlah mengakses akaun HECAS masing-masing untuk mengetahui status permohonan di laman web HECAS di https://hecas.moe.gov.bn. Manakala, surat tawaran akan dihantar melalui emel oleh pihak IPTA masing-masing kepada pemohon yang berjaya. Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah pada hari Sabtu, 22 November 2025, jam 4:00 petang.
Bagi pemohon yang tidak berjaya tetapi memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh IPTA dan berhasrat untuk membuat rayuan, pemohon hendaklah mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:
● Keterangan lanjut mengenai proses rayuan boleh didapati di laman web HECAS di https://hecas.moe.gov.bn;
● Pemohon diberikan tempoh selama tiga hari bekerja untuk mengemukakan rayuan kepada pihak IPTA masing-masing mulai hari Khamis, 13 November 2025;
● Hari terakhir untuk menghadapkan Surat Rayuan beserta dokumen berkaitan ke IPTA adalah pada hari Isnin, 17 November 2025 sebelum jam 4:00 petang; dan
● Pemohon yang berhasrat untuk membuat rayuan adalah disarankan untuk memohon ke program yang berlainan daripada permohonan awal.
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus dengan Pentadbiran HECAS melalui emel di ask.hecas@moe.gov.bn atau menghubungi talian 2381992/2381224 semasa waktu pejabat.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/162 (M)
Tarikh: 20 Jamadilawal 1447 | 11 November 2025