PRESS RELEASE
PENCAK SILAT CONTINGENT OF THE BRUNEI DARUSSALAM SCHOOLS SPORTS COUNCIL (MS SSBD) SECURES 6 MEDALS AT THE 14TH ASEAN SCHOOLS GAMES (ASG14) 2025
Tuesday, 5 Jamadilakhir 1447 / 25 November 2025
BANDAR SERI BEGAWAN – The Pencak Silat contingent of the Brunei Darussalam Schools Sports Council (MS SSBD) secured 2 silver medals and 4 bronze medals at the 14th ASEAN Schools Games (ASG14) 2025 on the fourth day of the tournament.

Brunei Darussalam secured its first silver medal in the Male Triple Category through Awang Mohammad Abel Aflah bin Abdullah, Awang Muhammad Hamizan bin Hanapiah and Awang Md Izz Malek bin Haji Harmaini. This was followed by Dayang Fatin Hazirah binti Muhidi, who contributed another silver medal in the Female Class B Category.


Meanwhile, Brunei Darussalam collected several bronze medals, namely in the Female Triple Category through Dayang Nur Hidayatul Najwa binti Asrizal, Dayangku Nur Asyifa Na'imullah binti Pengiran Haji Md Yasrizam Ayub and Dayang Nursyaziyah Mawaddah binti Mohd Fauzi, followed by Awang Muhd Khairul Hafiy bin Mohd Haddi, who earned a bronze medal in the Male Class A Category; Awang Md Aminuddin bin Mohd Azree in the Male Class F Category; and Dayang Adi Aina Marhanna binti Muhd Zaidi, who also secured a bronze medal in the Female Class A Category.
The medal presentations for the Female Class B Category and Male Class F Category were officiated by Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam.
Meanwhile, the medal presentations for the Male Triple Category, Female Triple Category, Male Class A Category, and Female Class A Category were officiated by Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education, Brunei Darussalam.
Also present to witness this afternoon's Pencak Silat competition was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.
The Pencak Silat competition was held over five days, from 22 to 26 November 2025, featuring participation from ASEAN student-athletes across various contested categories.
The 14th ASEAN Schools Games (ASG14) is taking place from 20 to 28 November 2025, involving more than 900 student-athletes competing in eight sports: Badminton, Basketball, Netball, Athletics, Sepak Takraw, Swimming, Pencak Silat, and Wushu.
This year's official theme is “Dream, Strive, Achieve", adapted from the Bruneian maxim “Bekarih, Bejarih, Belurih". The motto calls on student-athletes to pursue their goals through commitment, discipline, resilience, and hard work.
For more information on ASG14, please visit the official website at https://ease.moe.gov.bn/ASG14 or follow the official Instagram account @14thASEANSchoolsGames.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SIARAN AKHBAR
KONTINJEN PASUKAN PENCAK SILAT
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH BRUNEI DARUSSALAM (MS SSBD) MERAIH 6 PINGAT
DI SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ASEAN KALI KE-14 (ASG14) 2025
Selasa, 5 Jamadilakhir 1447 / 25 November 2025
BANDAR SERI BEGAWAN – Kontinjen Pasukan Pencak Silat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) telah berjaya meraih 2 pingat perak dan 4 pingat gangsa pada hari keempat Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Kali Ke-14 (ASG14) Tahun 2025.
Negara Brunei Darussalam meraih pingat perak pertama melalui Kategori Regu Lelaki Remaja melalui Awang Mohammad Abel Aflah bin Abdullah, Awang Muhammad Hamizan bin Hanapiah dan Awang Md Izz Malek bin Haji Harmaini. Seterusnya, Dayang Fatin Hazirah binti Muhidi turut menyumbang satu lagi pingat perak dalam Kategori Tanding Wanita Remaja Kelas 'B'.
Sementara itu, Negara Brunei Darussalam memperoleh beberapa pingat gangsa, iaitu melalui Kategori Regu Wanita Remaja melalui Dayang Nur Hidayatul Najwa binti Asrizal, Dayangku Nur Asyifa Na'imullah binti Pengiran Haji Md Yasrizam Ayub dan Dayang Nursyaziyah Mawaddah binti Mohd Fauzi, diikuti oleh Awang Muhd Khairul Hafiy bin Mohd Haddi yang meraih pingat gangsa dalam Kategori Tanding Lelaki Remaja Kelas 'A', Awang Md Aminuddin bin Mohd Azree dalam Kategori Tanding Lelaki Remaja Kelas 'F', dan Dayang Adi Aina Marhanna binti Muhd Zaidi yang turut menyumbang pingat gangsa dalam Kategori Tanding Wanita Remaja Kelas 'A'.
Penyampaian pingat bagi Kategori Tanding Wanita Remaja Kelas 'B' dan Kategori Tanding Lelaki Remaja Kelas 'F' telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.
Sementara penyampaian pingat bagi Kategori Regu Lelaki Remaja, Kategori Regu Wanita Remaja, Kategori Tanding Lelaki Remaja Kelas 'A' dan Kategori Tanding Wanita Remaja Kelas 'A' telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.
Turut menyaksikan pertandingan pencak silat pada petang ini ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam.
Kejohanan Pencak Silat telah diadakan selama lima hari, bermula 22 hingga 26 November 2025, menyaksikan penyertaan atlet-pelajar ASEAN dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.
Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 Tahun 2025 (ASG14) sedang berlangsung dari 20 hingga 28 November 2025. Tahun ini melibatkan penyertaan melebihi 900 atlet-pelajar yang akan bertanding dalam lapan acara sukan terdiri daripada Badminton, Bola Keranjang, Bola Jaring, Olahraga, Sepak Takraw, Renang, Pencak Silat dan Wushu.
Tema rasmi kejohanan pada tahun ini ialah “Dream, Strive, Achieve", yang diadaptasi daripada perambahan Brunei, “Bekarih, Bejarih, Belurih". Motto ini mengajak para atlet-pelajar untuk mencapai impian melalui usaha yang tekun dan berdisiplin serta semangat juang, dan kerja keras.
Untuk maklumat lanjut mengenai ASG14, sila layari laman web rasmi di https://ease.moe.gov.bn/ASG14 atau mengikuti Instagram rasmi di @14thASEANSchoolsGames.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/175 (M)
Tarikh: 5 Jamadilakhir 1447 / 25 November 2025