MINISTER OF EDUCATION WORKING VISIT
IN CONJUNCTION WITH THE BEGINNING OF 2026 ACADEMIC YEAR
Saturday | 13 Rejab 1447 | 3 January 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – The first school term for the 2026 academic year for all government and private primary, secondary, colleges and sixth form centers under the purview of the Ministry of Education as well as Ugama and Arabic schools under the Ministry of Religious Affairs has commenced on Saturday, 13 Rejab 1444 corresponding to 3 January 2026.
In conjunction with the beginning of 2026 school term, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education and delegation visited Sekolah Rendah Mentiri , Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh Sungai Hanching dan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.

Among the purposes of the visit was to closely observe the implementation of activities and initiatives during the opening of the first term of the 2026 academic year. The focus of the visit included the implementation of orientation sessions, teaching and learning sessions, as well as the implementation of initiatives, including the Integration of Religious Subjects into the General Education System, STEAM Education and Skills (SES), as well as the Green Education Plan Programme.
During the visit, Yang Berhormat Datin and the delegation had the opportunity to observe the implementation of the Back to School activities, which included student participation and preparations by teachers, such as aerobics sessions, ice-breaking activities, and a brief introductory session held in conjunction with the first day of school.

Yang Berhormat Datin and the delegation also visited several classrooms and school facilities, including the preschool classrooms, Science Room, Library and Resource Centre, and had the opportunity to interact directly with teachers and students, including those who had just begun their schooling at the preschool level, while also delivering words of motivation and encouragement to inspire students to remain enthusiastic in their pursuit of knowledge and to fully utilise the learning facilities provided.
As part of the visit, Yang Berhormat Datin visited Nur Kasih (Model Inclusive School) at Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali to observe the facilities and the implementation of inclusive education provided for students.
Yang Berhormat Datin also had the opportunity to witness firsthand the orientation session for Year 7 students held in the school hall, which aimed to help students adapt to the environment and learning culture at the secondary school level.
Accompanying Yang Berhormat Datin were heads of departments and officers from the Ministry of Education. Meanwhile, the Permanent Secretaries and Deputy Permanent Secretaries of the Ministry of Education conducted separate working visits to government and private schools to review the implementation of the current school session.
With the start of the new school session, the Ministry of Education advises and seeks the cooperation of parents and guardians to ensure their children attend school sessions regularly, in ensuring their continued learning and education, especially for those within the age range of the Compulsory Education Act.
In accordance with the amendment to the Compulsory Education Act, Chapter 211, which was implemented in 2024, children who have reached the age of 5 are required to attend school, particularly those who are citizens or residents of Brunei Darussalam. For children who reach 5 years old on 31 December, it is mandatory to register for admission into pre-school at the beginning of the following year. For children who have not yet had the opportunity to be registered, parents or guardians are still given the opportunity to register them at their government primary schools according to their respective catchment areas.
This year, a total of 112 Government Primary Schools are offering preschool classes. This year, a total of 112 Government Primary Schools are offering preschool classes. Approximately 2,907 children aged five have been registered for preschool.
________________________________________________________________________________________________
LAWATAN KERJA MENTERI PENDIDIKAN
SEMPENA PERMULAAN PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2026
BANDAR SERI BEGAWAN – Sesi persekolahan penggal pertama bagi tahun akademik 2026 bagi semua sekolah rendah, menengah dan maktab serta pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan termasuk sekolah-sekolah ugama dan arab di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah bermula pada hari Sabtu, 13 Rejab 1447 bersamaan dengan 3 Januari 2026.
Sempena permulaan sesi persekolahan penggal pertama bagi tahun akademik 2026, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan berserta rombongan telah mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Mentiri , Sekolah Rendah Haji Mohamad Salleh Sungai Hanching dan Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti dan inisiatif sempena pembukaan penggal pertama Tahun 2026. Antara fokus utama lawatan tersebut termasuk menyaksikan pelaksanaan orientasi, pengajaran dan pembelajaran, serta beberapa inisiatif strategik yang sedang dilaksanakan seperti Integrasi Mata Pelajaran Ugama ke dalam Sistem Pendidikan Umum, Pendidikan dan Kemahiran STEAM (SES), dan Program Green Education Plan.
Semasa lawatan tersebut, Yang Berhormat Datin dan rombongan berpeluang meninjau pelaksanaan aktiviti 'Kembali ke Sekolah', yang merangkumi penglibatan aktif pelajar-pelajar serta persiapan rapi para guru, seperti sesi senam aerobik, aktiviti suai kenal dan sesi pengenalan ringkas yang diadakan sempena hari pertama persekolahan.
Yang Berhormat Datin dan rombongan turut meninjau beberapa bilik darjah dan beberapa prasarana sekolah seperti Bilik Darjah Prasekolah, Bilik Sains, Bilik Perpustakaan dan Pusat Sumber, serta berpeluang mengadakan interaksi secara langsung dengan para guru dan pelajar termasuk pelajar-pelajar yang baharu memulakan persekolahan di peringkat prasekolah, di samping menyampaikan kata-kata motivasi serta galakan agar mereka terus bersemangat dalam menuntut ilmu dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan pembelajaran yang disediakan.
Semasa lawatan berkenaan, Yang Berhormat Datin mengunjungi Nur Kasih (Model Inclusive School) di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali bagi meninjau kemudahan serta pelaksanaan pembelajaran inklusif yang disediakan untuk para pelajar.
Yang Berhormat Datin turut menyaksikan sesi orientasi pelajar-pelajar Tahun 7 yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, iaitu sebagai usaha untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya pembelajaran di peringkat sekolah menengah.
Turut menyertai rombongan Yang Berhormat Datin ialah ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan. Sementara itu, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan turut mengadakan lawatan kerja ke sekolah-sekolah kerajaan dan swasta secara berasingan bagi meninjau pelaksanaan sesi persekolahan tahun ini.
Dengan bermulanya sesi persekolahan baru ini, Kementerian Pendidikan sukacita menyeru dan menasihatkan para ibu bapa dan penjaga untuk memberikan kerjasama dalam memastikan anak-anak mereka menghadiri sesi persekolahan agar tidak tercicir dalam pembelajaran, lebih-lebih lagi bagi yang dalam lingkungan umur Akta Pendidikan Wajib.
Mengikut pindaan Akta Pendidikan Wajib Penggal 211 yang telah dilaksanakan pada tahun 2024, kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun adalah wajib bersekolah, khususnya mereka yang terdiri daripada warga Negara Brunei Darussalam dan yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam. Bagi kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada 31 Disember adalah diwajibkan mendaftar bagi kemasukan prasekolah bermula awal tahun berikutnya. Bagi kanak-kanak yang belum berkesempatan untuk didaftarkan, para ibu bapa atau penjaga masih diberi peluang untuk mendaftar di sekolah-sekolah rendah kerajaan mengikut kawasan tadahan masing-masing.
Pada tahun ini, sebanyak 112 buah Sekolah Rendah Kerajaan menawarkan kelas-kelas prasekolah. Seramai lebih kurang 2,907 orang kanak-kanak berumur lima tahun telah didaftarkan untuk mengikuti pembelajaran di peringkat prasekolah.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/002 (M)
Tarikh: 13 Rejab 1447H / 3 Januari 2026