SPECIAL EDUCATION DEPARTMENT CLOTHING AND SOCIAL SUSTAINABILITY PROJECT

Mar 16, 2026

SPECIAL EDUCATION DEPARTMENT CLOTHING AND SOCIAL SUSTAINABILITY PROJECT
Monday| 26 Ramadan 1447 | 16 March 2026
 

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Special Education, has implemented the Clothing and Social Sustainability Project as an integrated initiative that combines environmental sustainability and social welfare through a community-based approach.

JPKHas3.jpg

The highlight of the project is the JPKhas Sustainability Community Day, held on 16 to 17 March 2026 at the Hall of Sekolah Rendah Pintu Malim. The program provides an opportunity for students with special educational needs (SEN), their families and the general public to select and receive high-quality pre-loved clothing, donated by department staff and strategic partners.

JPKhas1.jpg

Key objectives of the project include reducing textile waste through the reuse of used pre-loved clothing; fostering a culture of sustainability and social responsibility among department personnel; supporting community welfare through the redistribution of usable clothing; increasing awareness of responsible waste management; and strengthening cooperation between the department, schools, and strategic partners.

The implementation of this project began with the Awareness and Collection Phase from 21 February to 12 March 2026, which included awareness campaigns as well as the collection and sorting of donated clothing. The project aims to collect at least 200 kilograms of clothing in good condition, with at least 60 per cent expected to be reused through distribution to eligible recipients in need.

JPKhas2.jpg

In addition to providing direct benefits to students with special educational needs, their families, and the public, the project is expected to reduce the amount of textile waste sent to landfill, cultivate sustainable habits among department staff, and strengthen collaboration between the department, schools, non-governmental organisations (NGOs), and the local community.

To ensure the continuity of the project's social impact, the remaining clothing that is still suitable for use will be handed over to NGOs or relevant agencies on 18 March 2026. The initiative is also proposed to be established as an annual departmental programme in an effort to promote sustainable practices continuously.

Through the JPKhas Clothing and Social Sustainability Project, the Department of Special Education demonstrates its commitment to supporting the national sustainability agenda, while strengthening social responsibility through the active involvement of department staff and the community collaboration.


________________________________________________________________________________________________


PROJEK KELESTARIAN PAKAIAN DAN SOSIAL JABATAN PENDIDIKAN KHAS
Hari Isnin | 26 Ramadan 1447 | 16 Mac 2026

 
BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Khas telah melaksanakan Projek Kelestarian Pakaian dan Sosial, iaitu satu inisiatif bersepadu yang menggabungkan aspek kelestarian alam sekitar dan kebajikan sosial melalui pendekatan berasaskan komuniti.

Kemuncak projek ini ialah Hari Komuniti Kelestarian JPKhas yang diadakan pada 16 hingga 17 Mac 2026 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Pintu Malim. Program ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas serta keluarga dan orang awam untuk memilih dan menerima pakaian terpakai yang masih berkualiti hasil sumbangan warga jabatan dan rakan strategik.

Antara objektif utama projek ini termasuklah mengurangkan sisa tekstil melalui amalan guna semula; memupuk budaya kelestarian dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga jabatan; menyokong kebajikan komuniti melalui pengagihan semula pakaian; meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan sisa secara bertanggungjawab; serta memperkukuh jaringan kerjasama antara jabatan, sekolah dan rakan strategik.

Pelaksanaan projek ini telah dimulakan dengan Fasa Kesedaran dan Pengumpulan dari 21 Februari hingga 12 Mac 2026, yang merangkumi kempen kesedaran serta aktiviti kutipan dan pengasingan pakaian sumbangan. Projek ini menyasarkan pengumpulan sekurang-kurangnya 200 kilogram pakaian masih dalam keadaan baik, dengan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya dijangka dapat digunakan semula melalui pengagihan kepada penerima yang layak dan memerlukan.

Selain memberi manfaat secara langsung kepada pelajar berkeperluan khas, keluarga mereka serta orang awam, projek ini dijangka dapat mengurangkan jumlah sisa tekstil yang dihantar ke tapak pelupusan, membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan warga Jabatan, serta mengeratkan kerjasama antara jabatan, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (Non-Government Organisations-NGOs) dan komuniti setempat.

Bagi memastikan kesinambungan impak sosial, baki pakaian yang masih sesuai akan diserahkan kepada NGOs atau agensi berkaitan pada 18 Mac 2026. Inisiatif ini juga dicadangkan untuk dijadikan program tahunan jabatan dalam usaha membudayakan amalan kelestarian secara berterusan.

Melalui Projek Kelestarian Pakaian dan Sosial JPKhas, Jabatan Pendidikan Khas mencerminkan komitmen dalam menyokong agenda kelestarian negara, di samping memperkasa tanggungjawab sosial dengan penglibatan aktif warga jabatan serta kerjasama komuniti yang inklusif.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2026/054 (M)
Tarikh: 26 Ramadan 1447 / 16 Mac 2026