Launching Ceremony Of Higher Education Expo 2021

Feb 15, 2021

The launching ceremony of the Higher Education Expo 2021 was held today at the Main Hall, Ministry of Education.

Present as the guest of honor to officiate the expo was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education, Brunei Darussalam. Also present at the event were Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Deputy Permanent Secretary (Higher Education); Acting Director General of Education; Heads of Department and officers of the Ministry of Education.


TMP 1.JPG

TMP 2.JPG

 

The Higher Education Expo 2021 will be held virtually from today until 21st February 2021, from 9.00am to 5.00pm. This year's expo will be conducted online as an alternative platform to face-to-face events, in compliance with the guidelines of the Ministry of Health in tackling the COVID-19 pandemic, which is to avoid mass gatherings and practice social and physical distancing.

 

This is the 6th Higher Education Expo organized by the Ministry of Education through Higher Education Division. The primary focus of the expo is to be a 'One Stop Information Centre' for Higher Education which will gather all post-secondary educational institutions, government and private higher education institutions as well as local education agencies under one platform to provide an overview on the landscape of post-secondary education and higher education.

 

This year's virtual expo aims to create a 'Real Life Time' experience in particular to provide the public with an opportunity to interact with expo participants over live chat and video conferencing.

 

It is hoped that this expo would be able to provide opportunities to the public in discovering multiple pathways to higher education and educational opportunities available locally. In addition, the expo is expected to be the platform to facilitate students who wish to further their studies and to interact directly with participating institutions and educational agencies.

 

A total of 27 higher education institutions, educational services agencies and other relevant government and private agencies will participate in this year's expo. It comprises of 13 public and private higher education institutions, and 14 public and private agencies.

 

The public Higher Education Institutions participating in this expo includes Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB) and Institute of Brunei Technical Education (IBTE). Also joining the expo are Private Higher Education Institutions comprised of Laksamana College of Business, International Graduate Studies College (KIGS), Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT), Micronet International College (MIC), Kemuda Institute, BICPA - FTMS Accountancy Academy, Mahakarya Institute of the Arts and HAD Tech College. These institutions will introduce their programs, terms of admission, registration procedures and other related information to their respective institutions.

 

During the expo, Ministry of Education will be sharing the latest information on Higher Education Centralized Admission System (HECAS), Government Scholarships, application for the accreditation of courses / qualifications, careers and others. Ministry of Education will be represented by the Higher Education Division, Scholarship Division, Secretariat of Brunei Darussalam National Accreditation Council, Educators Management Department, Private Section Division, Lifelong Learning Centre and the Career Development Unit from Department of Schools.

 

Also participating in the expo are the Government agencies from Jabatan Pengajian Islam, Ministry of Religious Affairs; Youth Development Centre, Ministry of Culture, Youth and Sports; Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) Unit and Elaun Pelajar Unit, Treasury Department, Ministry of Finance and Economy. Meanwhile, private agencies participating in the  expo are Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd, and other Educational Service agencies such as Findlay (B) Sdn. Bhd., Paradigm Scholar Agency, HRDS Education Services and MEG Educational Services.

 

Several activities will be conducted throughout the expo such as webinar from the local educational institutions and associations through Zoom application. The sessions also include application procedure for Higher Education Centralized Admission System (HECAS), scholarship offer opportunities, new programs introduced by Higher Education Institutions, graduates success stories and many more.

 

Higher Education Expo 2021 is open to the public, especially for secondary and pre-university school leavers with Brunei G.C.E. 'O' Level and 'A' Level or equivalent, planning to pursue higher education such as National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Bachelor's Degree, Master's Degree and Doctoral Degree as well as those who wish to do upskilling or reskilling.

 

Members of the public who wish to participate in the expo may register online through the Higher Education Expo portal at http://heexpo.moe.gov.bn.

______________________________________________________________________

MAJLIS PELANCARAN EKSPO PENGAJIAN TINGGI 2021

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

ISNIN, 3 REJAB 1442 / 15 FEBRUARI 2021

 

BANDAR SERI BEGAWAN - Ekspo Pengajian Tinggi 2021 Kementerian Pendidikan telah membuka tirainya, hari ini, dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan ekspo berkenaan ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Juga turut hadir semasa majlis perasmian tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Yang Mulia Dr. Chin Wei Keh, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi); Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan; Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan.

 

Ekspo Pengajian Tinggi 2021 buat julung kalinya diadakan secara dalam talian bermula hari ini sehingga 21 Februari 2021, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Ekspo pada tahun ini diadakan secara dalam talian adalah sebagai landasan alternatif kepada ekspo bersemuka, bagi mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan dalam menangani pandemik COVID-19 iaitu mengelakkan perkumpulan secara besar-besaran serta mengamalkan penjarakan sosial dan fizikal.

 

Ini adalah kali ke-6 Ekspo Pengajian Tinggi diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pengajian Tinggi. Fokus utama ekspo ini adalah sebagai Pusat Informasi Sehenti (One Stop Information Centre) Pengajian Tinggi yang akan menyatukan semua institusi-institusi pengajian pasca menengah, institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta agensi-agensi sektor pendidikan dalam negeri yang berkaitan di bawah satu platform bagi memberikan gambaran mengenai lanskap pengajian pasca menengah dan pengajian tinggi yang terdapat di negara ini.

 

Ekspo maya tahun ini adalah bertujuan bagi mewujudkan suasana 'Real Life Time' khususnya dalam memberikan peluang kepada orang ramai berinteraksi secara sembang langsung (live chat) dan persidangan video (video conferencing) bersama para peserta ekspo.

 

Ekspo ini dihasratkan akan dapat memberikan orang ramai peluang untuk mengetahui pelbagai laluan (multiple pathways) ke pengajian tinggi dan peluang-peluang pendidikan yang sedia ada di negara ni. Disamping itu, ekspo ini diharap akan dapat memudahkan pelajar-pelajar yang berkeinginan untuk meninggi tahap pengajian dengan berinteraksi secara langsung bersama pihak institusi-institusi dan agensi-agensi pendidikan yang berkenaan.

 

Sebanyak 27 buah institusi pengajian tinggi, agensi perkhidmatan pendidikan dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta lain yang berkaitan menyertai ekspo pada kali ini, iaitu sebanyak 13 institusi-institusi pendidikan tinggi awam dan swasta dalam negeri, dan 14 agensi-agensi kerajaan dan swasta.

 

Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ikut serta dalam ekspo tersebut termasuk Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE). Manakala beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta juga menyertai ekspo ini seperti Laksamana College of Business (LCB), Kolej International Graduate Studies (KIGS), Cosmopolitan College of Commerce and Technology (CCCT), Micronet International College (MIC), Kemuda Institute, BICPA - FTMS Accountancy Academy, Mahakarya Institute of the Arts dan HAD Tech College. Institusi-institusi tersebut akan memperkenalkan program-program yang akan ditawarkan, syarat-syarat kemasukan, tatacara pendaftaran dan segala maklumat yang berkaitan dengannya.

 

Semasa eskpo ini, maklumat-maklumat terkini yang berkaitan dengan Sistem Pusat Kemasukan ke Pengajian Tinggi atau Higher Education Centralized Admission System (HECAS), Biasiswa-Biasiswa Kerajaan, permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan kursus/kelulusan dan sebagainya akan diberigakan oleh pihak Kementerian Pendidikan yang mana diwakili oleh Bahagian Pengajian Tinggi, Bahagian Biasiswa, Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Jabatan Pengurusan Pendidik, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat serta Unit Perkembangan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah.

 

Selain itu, ekspo ini juga disertai oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terdiri daripada Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Unit Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) dan Unit Elaun Pelajar, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi. Sementara itu, sektor swasta yang menyertai ekspo ini termasuk Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd dan Agensi-agensi Perkhidmatan Pendidikan seperti Findlay (B) Sdn. Bhd., Paradigm Scholar Agency, HRDS Education Services dan MEG Educational Services.

 

Beberapa aktiviti juga telah disusun bagi ekspo kali ini seperti webinar dari institusi-institusi pendidikan dan persatuan-persatuan tempatan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom. Antaranya ialah tatacara permohonan Sistem Pusat Kemasukan ke Pengajian Tinggi atau HECAS, peluang-peluang tawaran biasiswa, program-program baharu yang diperkenalkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi, success story daripada graduan dan sebagainya.

 

Ekspo Pengajian Tinggi 2021 ini dibukakan kepada orang awam, khususnya bagi lepasan menengah dan pra-universiti, iaitu Lepasan Brunei G.C.E. 'O' Level dan 'A' Level atau kelulusan yang sebanding dengannya, yang berhasrat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti program-program National Technical Education Certificate (NTec), Higher National Technical Education Certificate (HNTec), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dan juga mereka yang ingin mengembangkan kemahiran secara upskilling (meningkatkan kemahiran yang ada) dan reskilling (mempelajari kemahiran baharu yang lain).

 

Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai ekspo tersebut boleh membuat pendaftaran secara dalam talian (online) melalui portal Ekspo Pengajian Tinggi di http://heexpo.moe.gov.bn