Charity Event In Conjunction With The Celebration Of The World White Cane Day Organised By The Special Education Unit (SEU) And Brunei Darussalam National Association Of The Blind (BNAB)

Mar 28, 2021

The Ministry of Education through the Special Education Unit (UPK) in collaboration with the Brunei Darussalam National Association of the Blind (BNAB) has organised a charity event this morning at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, here. This is to celebrate World White Cane Day which is held every year on 15 October. Present as the Guest of Honor for the launching ceremony of the event was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

In conjunction with the World White Cane Day, many countries around the world including Brunei Darussalam are holding awareness and charitable events. This charity event is also one of the efforts in supporting the Bandarku Ceria programme organised by the Ministry of Home Affairs and also in conjunction with World Sight Day which is celebrated on every second Thursday in October. The event also aims to raise public awareness on the importance of the use of white canes for individuals with visual impairments.

Present as the Guest of Honor for the launching ceremony of the event was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education.

WhatsApp Image 2021-03-28 at 11.15.28 PM.jpeg

WhatsApp Image 2021-03-28 at 11.15.27 PM (3).jpeg

WhatsApp Image 2021-03-28 at 11.15.27 PM (2).jpeg

WhatsApp Image 2021-03-28 at 11.15.28 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2021-03-28 at 11.15.27 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2021-03-28 at 11.15.27 PM.jpeg

Among the activities organised during the event were the launching ceremony, walking around the field while wearing blindfolds and white cane activity and exhibition booths. A walk-in eye screening test booth was also set up by the eye clinic from the Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital as part of the charity drive. UPK and BNAB also held an exhibition on the assistive devices and specialised equipment used by the blind and low vision members of the community. The public was also given the opportunity to interact with UPK and BNAB officials to discuss visual impairment in the country. Also held was the presentation of certificates of appreciation to the event sponsors as a token of gratitude for the contributions and support given to make the event a success. Proceeds from the funds raised will be channelled to the Special Education Fund and the Brunei Darussalam National Association of the Blind (BNAB).

The event was opened to the public, especially to students and parents. Various agencies were also involved in providing support, assistance and specialised services to visually impaired individuals.

______________________________

AKTIVITI AMAL SEMPENA MERAIKAN HARI TONGKAT PUTIH SEDUNIA ANJURAN BERSAMA UNIT PENDIDIKAN KHAS (UPK) DAN PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN KEBANGSAAN (BNAB)


Kementerian Pendidikan melalui Unit Pendidikan Khas (UPK) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Kebangsaan (BNAB) telah menganjurkan aktiviti amal pada pagi ini di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Ini adalah bagi meraikan Hari Tongkat Putih Sedunia yang diadakan setiap 15 Oktober.

15 Oktober merupakan tarikh bagi Sambutan Hari Tongkat Putih sedunia dan lazimnya negara-negara luar melalui organisasi bantuan dan perkhidmatan golongan masalah penglihatan akan menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti amal sempena sambutan ini. Negara Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan Hari Tongkat Putih Sedunia ini dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang serupa. Aktiviti amal ini adalah juga salah satu usaha dalam mendokong program Bandarku Ceria kelolaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan bersempena Hari Penglihatan Sedunia yang diraikan pada setiap Khamis kedua bulan Oktober. Acara ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan penggunaan tongkat putih bagi individu-individu yang mengalami masalah penglihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis bagi melancarkan aktiviti amal tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah majlis pelancaran, acara berjalan kaki sambil memakai penutup mata dan menggunakan tongkat putih keliling padang; pameran dan lain-lain. Klinik Mata, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) juga telah menyediakan sebuah bilik pemeriksaan mata sebagai sebahagian daripada aktiviti amal tersebut. Selain itu, UPK dan BNAB juga mengadakan pameran mengenai alat bantu dan peralatan khas yang digunakan oleh individu-individu yang mempunyai masalah penglihatan. Orang ramai juga diberikan kesempatan untuk berinteraksi dengan pegawai-pegawai UPK dan BNAB bagi membincangkan perihal golongan masalah penglihatan di negara ini. Turut diadakan adalah penyampaian sijil penghargaan kepada pihak penaja sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan acara tersebut. Hasil dana yang dikumpulkan akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Khas dan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Kebangsaan (BNAB).

Aktiviti amal tersebut telah dibukakan kepada orang ramai khususnya para pelajar dan ibu bapa. Pelbagai agensi juga telah turut serta dalam memberikan sokongan, bantuan dan perkhidmatan khusus kepada individu-individu yang mengalami masalah penglihatan.