PISA 2022 Field Trial

Jun 7, 2021

The Ministry of Education (MOE) through the MOE PISA Task Force (MPTF) in collaboration with the Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) is implementing the Programme for International Student Assessment (PISA) Field Trial which begins on Monday, 7 June 2021 until Saturday, 17 July 2021.

WhatsApp Image 2021-06-07 at 2.35.36 PM (2).jpeg

A total of 1,932 students aged 15 in 2021 have been selected to participate in the field trial. They comprise 69 students from each 28 secondary schools under the Ministry of Education, Ministry of Religious Affairs and private schools. The selection of schools for the Field Trial was guided by the procedures outlined by the OECD according to each school’s assessment schedule.

WhatsApp Image 2021-06-07 at 2.35.36 PM (3).jpeg

The PISA 2022 Field Trial will be a Computer-Based Assessment of approximately 3 ½ hours. PISA tests the three cognitive domains of Reading Literacy, Mathematics Literacy and Science Literacy while the innovative domain tested for PISA 2022 is Creative Thinking. Students will be assessed according to their abilities in terms of Content which is the basis of understanding materials or resources, Process which require students to use more complex thinking, Higher Order Thinking such as interpreting and analysing, and Context which is applying the knowledge in real life situations.

WhatsApp Image 2021-06-07 at 2.35.37 PM.jpeg

WhatsApp Image 2021-06-07 at 2.35.36 PM.jpeg

For the Field Trial, no performance results of the sampled students will be produced. The purpose of this PISA Field Trial is to gain vital information on survey operations, quality of instruments and to evaluate the effectiveness of computer-based assessment platforms for all countries participating in PISA 2022. Collectively, the issues and findings from the PISA 2022 Field Trial will be used to improve and enhance the efficiency of the data collection process and the quality of the implementation of the PISA 2022 Main Survey.


PISA is an international assessment for 15-year-old students held once every 3 years to measure a country's educational achievement, rather than individual student achievement. Meanwhile, the evaluation of the PISA 2022 Main Survey will be held in June 2022 and is the second participation for Brunei Darussalam.

WhatsApp Image 2021-06-07 at 2.35.37 PM (1).jpeg

Brunei Darussalam's first participation in this assessment was in 2018 which is one of Ministry of Education's initiatives in moving towards the achievement of Wawasan Brunei 2035 which is well-educated and highly skilled people. This participation will also enable stakeholders in the development of the education sector to see the potential that exists in the 21st Century National Education System (SPN21).


Participation in PISA will also be able to provide a unique opportunity for the country in understanding where the national education system stands when compared to other countries participating in this programme.

____________________________________________________________________________


KAJIAN RINTIS PISA 2022 (FIELD TRIAL)


Kementerian Pendidikan melalui Jawatankuasa Kerja Kumpulan Bertindak Kementerian Pendidikan (MPTF1) dengan kerjasama Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) sedang melaksanakan Programme for International Student Assessment (PISA) Field Trial yang bermula pada hari Isnin, 7 Jun 2021 hingga hari Sabtu, 17 Julai 2021.

 

Seramai 1,932 orang pelajar terpilih (sample) yang berumur 15 tahun pada tahun 2021, iaitu 69 orang setiap sekolah dari 28 buah sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan sekolah swasta telah dipilih mengikuti Kajian Rintis ini. Pemilihan sekolah bagi Kajian Rintis adalah berpandukan kepada prosedur yang telah digariskan oleh OECD dengan mengikut jadual penilaian sekolah masing-masing.

 

Kajian Rintis PISA ini dilaksanakan melalui penilaian berasaskan komputer (Computer-Based Assessment) yang akan mengambil masa lebih kurang 3 ½ jam dan akan menguji tiga domain kognitif iaitu Literasi Membaca, Literasi Matematik, Literasi Sains serta satu domain inovatif bagi PISA 2022 iaitu Pemikiran Kreatif. Pelajar akan dinilai mengikut kemampuan masing-masing dari segi Kandungan iaitu asas memahami bahan atau sumber, Proses yang memerlukan pelajar-pelajar menggunakan pemikiran yang lebih kompleks, berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking) seperti menginterpretasi dan menganalisis, dan Konteks iaitu mengaplikasi pengetahuan dalam situasi kehidupan sebenar.

 

Bagi Kajian Rintis ini, tidak ada keputusan pencapaian pelajar akan dihasilkan. Tujuan Kajian Rintis PISA ini dilaksanakan adalah untuk mendapatkan maklumat penting operasi kajiselidik (survey operations), kualiti instrumen serta menilai keberkesanan platform penilaian berasaskan komputer bagi semua negara yang menyertai PISA 2022. Secara kolektif, isu-isu dan dapatan dari Kajian Rintis PISA 2022 ini akan digunakan untuk pembaikan dan peningkatan kecekapan proses pengumpulan data dan kualiti pelaksanaan Kajian Utama PISA 2022 nanti.

 

PISA merupakan penilaian antarabangsa bagi pelajar-pelajar yang berumur 15 tahun yang diadakan sekali setiap 3 tahun untuk mengukur pencapaian pendidikan sesebuah negara, dan bukannya pencapaian pelajar secara individu. Sementara itu, penilaian Kajian Utama PISA 2022 (Main Survey) akan diadakan pada bulan Jun 2022 dan adalah merupakan penyertaan kali kedua bagi Negara Brunei Darussalam.


Penyertaan kali pertama Brunei Darussalam bagi penilaian ini adalah pada tahun 2018 yang mana adalah merupakan antara inisiatif Kementerian Pendidikan dalam menuju ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 iaitu rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. Penyertaan ini juga akan membolehkan pihak-pihak berkepentingan dalam perkembangan sektor pendidikan untuk melihat potensi yang ada di dalam Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21).

 

Penyertaan dalam PISA ini juga akan dapat memberikan peluang yang unik bagi negara ini dalam memahami di mana letaknya sistem pendidikan negara jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang menyertai program ini.

MPTF- MOE PISA Task Force