2020 Outstanding Achievers' Awards Ceremony Ministry of Education

Jul 10, 2021

datin.png

The Ministry of Education through the Department of Schools, the Department of Examinations, the Private Education Department and the Special Education Department in collaboration with the Cambridge Assessment International Educations (CAIE) held The 2020 Outstanding Achievers' Awards, this afternoon at the Bridex Hall, Jerudong.

 

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Deputy Minister of Education, Brunei Darussalam.


A total of 292 recipients from primary schools, secondary schools, sixth form centres, colleges and private education institutions received their awards in today's ceremony. Categories awarded were:- 

 

(i).   Cambridge Outstanding Achiever Award (COAA), 

(ii).  Excellence in BC-GCE 'O' Level/IGSCE, 

(iii). Excellence in BC-GCE 'A' Level 

(iv). Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate, 

(v).  Excellence in Penilaian Sekolah Rendah (PSR) and

(vi). Special awards for Brunei Cambridge - GCE O Level and Penilaian Sekolah Rendah (PSR) from the Special Education Unit 

 

Each Cambridge Outstanding Achievers' Award recipients received trophies, certificates and prizes from the Cambridge Assessment International Education Board. Meanwhile, students awarded Excellences in BC-GCE 'A' Level and 'O' Level, Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate, Penilaian Sekolah Rendah (PSR) and Candidates with Special Needs received trophies, certificates and cash prizes.

 

The ceremony is aimed to acknowledge and appreciate students who achieved academic excellence, particularly in national public examinations.

DS.jpeg

The ceremony proceeded with a welcoming speech from the co-chairperson, Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Acting Director of Schools, Department of Schools, Ministry of Education, a video presentation of the speech by the Cambridge Assessment International Education (CAIE) representative, Dr. Ben Schmidt, Regional Director, Southeast and Pacific (Asia) followed by the award presentations by the Guest of Honour.

 Students33.jpeg

The ceremony ended with a doa prayer led by Yang Mulia Awang Morni bin Haji Nayan, Mosque Affair Officer, Masjid Pengiran Muda Abdul Malik Kampong Tungku, Katok, Gadong.

 

Also in attendance during the ceremony were Permanent Secretary (Core Education), Acting Director General of Education, Directors and Senior Officers from the Ministry of Education, school leaders and also parents and guardians of award recipients.

___________________________________________________________________________

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Swasta dan Jabatan Pendidikan Khas serta dengan kerjasama pihak Cambridge Assessment International Education (CAIE) pada petang ini telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Kementerian Pendidikan bertempat di Dewan Persidangan Bridex, Jerudong.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis pada petang ini ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

 

Seramai 292 orang pelajar dari Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pusat Tingkatan Enam Kerajaan dan Swasta serta Sekolah Antarabangsa seluruh negara telah menerima anugerah mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu:-

 

i).   Anugerah Cambridge Outstanding Achiever Awards (COAA), 

ii).  Anugerah Pelajar Cemerlang dalam BC-GCE 'A' Level,

iii).  Anugerah Pelajar Cemerlang dalam BC-GCE 'O' Level/IGCSE, 

iv).  Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Pearson BTEC Level 2 Extended Certificate, 

v).  Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan 

vi).  Anugerah Pendidikan Khas Brunei Cambridge - GCE O Level dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) (Jabatan Pendidikan Khas). 

 

Setiap penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Cambridge (Cambridge Outstanding Achievers Award) menerima trofi, sijil pencapaian dan hadiah khas daripada Cambridge Assessment International Education (CAIE). Sementara, bagi penerima-penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Brunei Cambridge-GCE 'A' Level, Brunei Cambridge-GCE 'O' Level/IGCSE, Anugerah Pendidikan Khas Brunei Cambridge-GCE 'O' Level, Pearson  BTEC Level 2 Extended Certificate, Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan Anugerah Pendidikan Khas Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pula menerima trofi, sijil pencapaian dan wang tunai.

 

Anugerah Pelajar Cemerlang  2020 ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik khususnya di dalam peperiksaan awam.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Abdul Aziz bin Noor Nasran, salah seorang pelajar penerima High Achievement Cambridge O- Level COAA, dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Awang Zainal Abidin Bin Haji Kepli, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, diikuti dengan ucapan wakil daripada Cambridge Assessment International Education (CAIE), Dr. Ben Schmidt, Regional Director, Southeast and Pacific (Asia) secara rakaman video dan seterusnya penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Morni bin Haji Nayan, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Pengiran Muda Abdul Malik Kampong Tungku, Katok, Gadong.

 

Turut hadir dalam majlis ini ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Pemimpin-Pemimpin Sekolah dan ibu bapa serta penjaga para penerima anugerah.