Korban Ceremony For Ministry of Education Year 1442H/ 2021M

Jul 22, 2021

Datin11.jpeg

The Ministry of Education through the Department of Schools Inspectorate and Corporate Communication Division, Ministry of Education held a Korban Ceremony this afternoon in conjunction with Hari Raya Aidiladha 1442H/2021M at Masjid Kampong Limau Manis, Jalan Junjungan, Brunei Darussalam.

 datin12.jpeg

datin14.jpeg

dr azman1.jpeg

Present as the guest of honour and distributing the Korban meat to the female Afdal recipients and Korban participants was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education while the distribution of Korban meat to the male afdal recipients was completed by Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education.


The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Imam Md Asdey bin Hj Md Zain, Imam Masjid Limau Manis.

 

This ceremony is one of the religious activities organised every year by the Ministry of Education and its Departments to commemorate and enliven the great days of Islam. It is aimed to provide an opportunity for officers and staff to do good deeds and give alms to the needy as a sign of obedience and gratitude for the blessings of Allah Subhanahu Wata'ala.

 

This year, a total of six cows were sacrificed during the ceremony from the participation of 42 officials, staffs and family members from the Ministry of Education.

 

A total of 77 recipients were selected for this years' Korban, comprising Skim Miftahun Najaah students from Sekolah Menengah Masin and Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.

 

Also present were Yang Mulia Permanent Secretary (Core Education); Deputy Permanent Secretary (Core Education); Acting Director General of Education; Head of Departments, officers and officials from Ministry of Education.


__________________________________________________________________________


Pada petang hari ini, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dan Bahagian Komunikasi Korporat telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan Tahun 1442H / 2021M yang berlangsung di Masjid Kampong Limau Manis, Jalan Junjungan, Negara Brunei Darussalam.

                                                                                

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging ibadah korban kepada para penerima afdal perempuan dan peserta korban disempurnakan oleh Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan. Manakala pengagihan kepada para penerima afdal lelaki di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Md Asdey bin Hj Md Zain, Imam Masjid Limau Manis.


Majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan yang diadakan setiap tahun oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam. Majlis juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangannya untuk beramal dan bersedekah kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda taat dan bersyukur di atas nikmat kurnia daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Sebanyak enam (6) ekor sapi dikorbankan hasil daripada penyertaan 42 orang pegawai dan kakitangan serta keluarga Kementerian Pendidikan pada tahun ini.

 

Seramai 77 penerima daging ibadah korban yang terpilih bagi Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan pada tahun ini terdiri daripada penuntut Skim Mifathun Najaah dari Sekolah Menengah Masin dan Pusat Tingkatan Enam, Sengkurong.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai, Kementerian Pendidikan.