ASEAN Data Science Explorers 2021 Regional Final, 6th October 2021

Oct 6, 2021

ASEAN Data Science Explorers 2021 Regional Final was held virtually on the 6th October 2021 which saw the announcement of respective winners of the competition. The ASEAN Data Science Explorers Competition is a yearly data analytics competition that aims to enhance awareness and appreciation of the ASEAN community amongst ASEAN youth, organized by ASEAN Foundation in collaboration with SAP.

 

During the closing ceremony, The Honourable Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, the Minister of Education, Negara Brunei Darussalam had an opportunity to deliver his closing remarks where The Honourable Minister applaud ASEAN's commitment in preparing ASEAN youths to be future-ready. The Honourable Minister also highlighted that the event plays an important role in igniting the youth's creative minds in addressing common issues and problem with solutions which are innovative, creative and sustainable.

Gambar Dato.png

The virtual competition saw participation from ten ASEAN Member Countries which consist of students from the higher education institutions. By using the SAP Analytics Cloud, participants are encouraged to deliver data-driven insights which highlight issues in ASEAN across six United Nation Sustainable Development Goals, namely (1) SDG 6 –Clean Water and Sanitation, (2) SDG 7 – Affordable and Clean Energy, (3) SDG 8 – Decent Work and Economic Growth, (4) SDG 11 – Sustainable Cities and Communities, (5) SDG 12 – Sustainable Consumption and Production, and (6) SDG 13 – Climate Actions. During the announcement, Thailand was crowned as the winner whilst Cambodia and Malaysia were named first and second runner up respectively. This year, Negara Brunei Darussalam was represented by a team of students from Politeknik Brunei.

__________________________________________________________

PERTANDINGAN AKHIR SERANTAU ASEAN DATA SCIENCE EXPLORERS,

6 OKTOBER 2021

 

Pertandingan Akhir Serantau ASEAN Data Science Explorers 2021 telahpun diadakan secara maya pada 6 Oktober 2021 yang menyaksikan pengumuman pemenang pertandingan. Pertandingan ASEAN Data Science Explorers ini adalah merupakan pertandingan analisis data tahunan yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat ASEAN di kalangan belia ASEAN, yang dianjurkan oleh Yayasan ASEAN dengan kerjasama SAP.

 

Semasa majlis penutup, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam berkesempatan untuk menyampaikan ucapan penutup di mana Yang Berhormat Menteri memuji komitmen ASEAN dalam mempersiapkan belia-belia ASEAN bagi masa hadapan. Yang Berhormat Menteri juga menekankan bahawa acara ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan pemikiran kreatif para belia dalam menangani masalah dengan penyelesaian yang inovatif, kreatif dan lestari.

 

Pertandingan yang diadakan secara maya ini menyaksikan penyertaan dari sepuluh negara-negara ahli ASEAN yang terdiri daripada pelajar dari institusi pengajian tinggi. Dengan menggunakan SAP Analytics Cloud, para peserta diperlukan untuk mencadangkan jalan penyelesaian berdasarkan data yang memberi fokus terhadap isu-isu di ASEAN khususnya dalam mengambil kira enam Matlamat Pembangunan Mampan iaitu 1) SDG 6 –Clean Water and Sanitation, (2) SDG 7 – Affordable and Clean Energy, (3) SDG 8 – Decent Work and Economic Growth, (4) SDG 11 – Sustainable Cities and Communities, (5) SDG 12 – Sustainable Consumption and Production, and (6) SDG 13 – Climate Actions. Semasa acara penutup, Thailand telahpun dinobatkan sebagai pemenang sementara Kemboja dan Malaysia masing-masing dinobatkan sebagai naib juara pertama dan kedua. Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam diwakili oleh sekumpulan pelajar dari Politeknik Brunei.