The Closing Ceremony Of The 3rd Virtual School Leaders Convention 2021 Ministry Of Education

Nov 25, 2021

Thursday, 25 November 2021The Ministry of Education through the School Leadership Unit, Department of Educators Management held the virtual Closing Ceremony for the Third School Leaders Convention for the Year 2021/2022 which commenced on 23 November 2021.


The Convention is a continuation of the same event held in February and June this year. The theme for this Convention is ‘Quality Leaders, Quality Education’ and focuses on creativity and Innovation as sub-themes.


The closing ceremony this morning began with a sharing session of two presentations  by Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Acting Director of Schools on Learning Support Framework, and followed by an update on Decision-making by Yang Mulia Pengiran Hajah Rahmah binti Pengiran Haji Abas, Honorary Secretary of the Brunei Darussalam School Leaders Council.


The ceremony ended with the sharing of Resolutions from the Digital Citizenship in Schools Workshop with School Leaders, presented by Yang Mulia Awang Mohammad bin Haji Suhaili, Vice President of the Brunei Darussalam School Leaders Council and followed by a closing remark delivered by Yang Mulia Pengiran Hajah Mashayu binti Pengiran Haji Yusof, Head of the School Leadership Unit, Career Planning and Development Division, Educator Management Department as the Head of the Secretariat of the School Leaders Convention Council.


With the Blended Learning Models method, school leaders are expected to be more aware of its significant importance during the second wave of the COVID-19 pandemic in Brunei Darussalam as well as to coordinate Digital Literacy with the Ministry of Education's Digital Transformation Plan and the development of Digital Citizenship Guidelines for Schools in supporting the vision and mission of the Ministry of Education.

SLC HOD-01.png

SLC 2-01.png

SLC 3-01.png

SLC 4-01.png


_____________________________________________________


ACARA PENUTUP BAGI 

MAJLIS KONVENSYEN PEMIMPIN SEKOLAH 

KALI KETIGA TAHUN 2021 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SECARA MAYA


18 Rabiulakhir hingga 20 Rabiulakhir 1433 bersamaan 

23, 24 dan 25 November 2021


Khamis, 25 November 2021 – Kementerian Pendidikan melalui Unit Kepimpinan Sekolah, Jabatan Pengurusan Pendidik telah mengadakan Acara Penutup bagi Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah Kali Ketiga Tahun 2021/2022 secara maya yang   mana telah berjalan selama tiga hari sejak 23 November yang lalu.


Majlis Konvensyen ini merupakan kesinambungan dari acara yang sama yang telah diadakan pada bulan Februari dan Jun tahun ini. Tema bagi Majlis Konvensyen ini ialah ‘Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti’ dan memberi fokus kepada kreativiti dan Inovasi sebagai sub tema.

 

Acara penutup pada pagi ini dimulakan dengan perkongsian daripada dua penyampaian, iaitu daripada Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah mengenai Learning Support Framework, dan diikuti dengan penyampaian pengemaskinian mengenai Decision-making oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Rahmah binti Pengiran Haji Abas, Setiausaha Kehormat Majlis Pemimpin Sekolah Brunei Darussalam.

 

Majlis diakhiri dengan perkongsian Resolusi hasil daripada Bengkel Digital Citizenship in Schools bersama Pemimpin-Pemimpin Sekolah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad bin Haji Suhaili, Naib Yang DiPertua Majlis Pemimpin Sekolah Brunei Darussalam dan diikuti dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mashayu binti Pengiran Haji Yusof, Ketua Unit Kepimpinan Sekolah, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Pendidik selaku Ketua Sekretariat Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah.

 

Dengan kaedah Blended Learning Models, para pemimpin sekolah diharap akan lebih mengetahui kepentingannya yang ketara semasa gelombang kedua pandemik COVID-19 di Negara Brunei Darussalam serta menyelaraskan Literasi Digital dengan Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan dan pembangunan Panduan Kewarganegaraan Digital (Digital Citizenship) untuk Sekolah dalam mendokong visi dan misi Kementerian Pendidikan.