Sign In

Announcements

Title

Tahlil at Kubah Makam Diraja in Conjunction with Teacher's Day Celebration

Body


WhatsApp Image 2022-09-21 at 7.04.50 PM.jpeg

In conjunction with the 32nd Teacher's Day Celebration, the Ministry of Religious Affairs and Ministry of Education held a recitation of Surah Yaasiin and Tahlil ceremony for Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah at Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.

WhatsApp Image 2022-09-21 at 7.03.33 PM (1).jpeg

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN DAN AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT DAN AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI 'ABDUL 'AZIM SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-32 

Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah bertempat di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan, bersempena dengan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-32 Tahun 2022. 

Hadir sama di majlis pada petang tadi, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama. 

Bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Zulkifli bin Haji Murat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Kementerian Hal Ehwal Ugama diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah. 

Seramai 300 orang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai termasuk guruguru dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama menghadiri Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil tersebut. 

Turut hadir Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan; Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian dari kedua-dua buah kementerian berkenaan.

Attachments
Created at 9/21/2022 8:34 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 9/21/2022 9:39 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof