Sign In

Announcements

Title

Walkathon Event In Conjunction With The 32nd Teacher's Day 2022

Body

The Ministry of Education through the Department of Co-Curriculum Education will hold a Walkathon Event in conjunction with the 32nd Teacher's Day 2022. The conference was held at Ruang Legar, Department of Co-Curriculum Education, Ministry of Education.

 

Present to explain the event was Yang Mulia Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais, Acting Director of Co-Curriculum Education, Ministry of Education as The Chairman of the Walkathon Event Working Committee in conjunction with the 32nd Teacher's Day and also Chairman of the Sports Events Committee in conjunction with the Teacher's Day Celebration 32nd.

 walkathon1.jpeg

The Walkathon event in conjunction with the 32nd Teacher's Day Celebration will be held on Sunday, 23 October 2022 at 7.00 am at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

 

This 3 kilometer long walkathon will start and end at Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien with the route as shown in the attached map.

 

Participation is open to the public, as well as members of the Ministry of Education and Ministry of Religious Affairs and registration forms can be obtained from the headquarters and branches of the Department of Co-Curriculum Education or downloaded through the website of the Ministry of Education at www.moe.gov.bn or through link https://bit.ly/WHG2022.

 walkathon2.png

Registration opens on 28 September 2022 to 2 October 2022 and completed forms can be sent to the Co-curricular Education Department Headquarters, Lambak from 9.00 am to 3.30 pm except Fridays (closed from 12.00 noon to 2.00 pm) while at Department branches Co-Curriculum Education, Ministry of Education on working days from 9.00 am to 11.30 am and 1.30 pm to 3.30 pm.

 

The delivery and distribution of participant shirts will be carried out on 18 October to 20 October 2022 at 9.00 am to 3.30 pm in the Brunei-Muara district (headquarters) while in the Belait, Tutong and Temburong District branches at 9.00 am to 11.30 am and 1.30 pm to 3.30 pm (during working hours).

 

Also present during the press conference were Yang Mulia, Haji Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakti Dato Paduka Haji Abd Razak, Acting Assistant Director of Co-Curriculum Education, Ministry of Education as Deputy Chairman; Yang Mulia Awang Sukardi bin Kaderi, Head of the Physical Unit and Yang Mulia Dayang Nordiana binti Mohamad, Head of the Administration Unit as Joint Secretary of the Working Committee Members of the 32nd Teacher's Day Walkathon Event, Year 2022.

 

For any questions or further information, please contact the Walkaton Event Secretary in conjunction with the 32nd Teacher's Day 2022, at 2333053/43/53.

 

____________________________________________________________________ 


SIDANG MEDIA

ACARA WALKATON SEMPENA HARI GURU KE-32, TAHUN 2022

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah mengadakan sidang media mengenai acara Walkaton Sempena Hari Guru ke-32, Tahun 2022.  Sidang Media berkenaan diadakan di Ruang Legar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

 

Hadir bagi menerangkan acara tersebut ialah Yang Mulia Awang Mohammad Norilham bin Haji Jais, Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Acara Walkaton Sempena Hari Guru Ke-32, Tahun 2022 dan juga Pengerusi Jawatankuasa Acara-Acara Sukan Sempena Sambutan Hari Guru Kali Ke-32.

 

Acara Walkaton Sempena Hari Guru Ke-32, Tahun 2022 akan diadakan pada hari Ahad, 23 Oktober 2022 pada jam 7.00 pagi bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

 

Walkaton sejauh 3 kilometer ini akan bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien dengan laluan seperti dalam peta lampiran.

 

Penyertaan adalah dibukakan kepada orang ramai selain warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan borang pendaftaran boleh diperolehi dari ibu pejabat dan cawangan-cawangan Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum atau dimuat turun melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn atau melalui pautan  https://bit.ly/WHG2022.

 

Pendaftaran dibukakan pada 28 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 dan borang yang lengkap bolehlah dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Lambak dari jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang kecuali hari Jumaat (jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang ditutup) manakala di cawangan-cawangan Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan pada hari-hari bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan jam 1.30 petang hingga 3.30 petang.

 

Penyerahan dan pengagihan baju peserta akan dilaksanakan pada 18 Oktober hingga 20 Oktober 2022 pada jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang di daerah Brunei-Muara (ibu pejabat) manakala di cawangan Daerah Belait, Tutong dan Temburong pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang (pada waktu bekerja).

 

Turut hadir semasa sidang media tersebut ialah Yang Mulia, Haji Eady Sardi bin Pehin Datu Derma Sakti Dato Paduka Haji Abd Razak, Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Timbalan Pengerusi; Yang Mulia Awang Sukardi bin Kaderi, Ketua Unit Jasmani dan Yang Mulia Dayang Nordiana binti Mohamad, Ketua Unit Pentadbiran selaku Setiausaha Bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Acara Walkathon Hari Guru Ke-32, Tahun 2022.

 

Bagi sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Acara Walkaton Sempena Hari Guru Ke-32 Tahun 2022, di talian 2333053/43/53.


Attachments
Created at 11/3/2022 10:26 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 11/3/2022 10:32 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof