PENDAFTARAN BAGI KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) TAHUN 2022
MELALUI PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)
Selasa, 22 November 2022 – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital
Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn. Bhd. dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd.
(MachTel) akan menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bagi mendapatkan
Keputusan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi tahun 2022.
Ibu bapa/Penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan ini adalah dikehendaki
untuk mendaftar secara atas talian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan
memasukkan teks berikut: MOE<jarak>REG<jarak>[KOD PUSAT]<jarak>[NOMBOR CALON]
dan dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST dan 38666 bagi pelanggan Progresif Sdn Bhd.
Untuk makluman, tiada bayaran akan dikenakan sewaktu pendaftaran melalui laman web
atau telefon bimbit. Ibu bapa/penjaga dan pelajar boleh mula melanggan perkhidmatan ini
mulai pada hari Rabu, 23 November 2022.
Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah
mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk
mengeluarkan keputusan tersebut. Pelanggan akan dikenakan pembayaran sejumlah B$3.00
bagi setiap keputusan SMS yang diterima.
Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan yang disediakan ini akan dapat
memberi manfaat kepada orang ramai, terutama sekali para ibu bapa/penjaga dan pelajar
serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai tatacara
pendaftaran, bolehlah berhubung melalui emel ke machbrunei.com/moe.html.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/109 (M)
Tarikh: 27 Rabiulakhir 1443H / 22 November 2022M