Sign In

Announcements

Title

The Scholarship Award And Agreement Signing Ceremony For Brunei Darussalam - Republic Of Singapore Youth Scholarship Programme

Body

THE SCHOLARSHIP AWARD AND AGREEMENT SIGNING CEREMONY FOR BRUNEI DARUSSALAM -

REPUBLIC OF SINGAPORE YOUTH SCHOLARSHIP PROGRAMME

Wednesday, 04 Jamadilakhir 1444 / 28 December 2022


BANDAR SERI BEGAWAN - The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management this morning held the Scholarship Award and Agreement Signing Ceremony for the 2023 / 2024 Brunei Darussalam - Republic of Singapore Youth Scholarship Programme at the Auditorium Hall, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Belia1.JPG

Present as the guest of honour was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

Belia2.JPG

Belia3.JPG

A total of two students have been awarded the Brunei Darussalam Singapore Youth Scholarship to enroll in secondary level studies in Singapore commencing January 2023.

Belia4.JPG

Belia8.JPG

Belia6.JPG

Belia7.JPG

The ceremony began with the recital of Surah Al-Fatihah and Doa Kesyukuran led by Yang Mulia Awang Saufi bin Haji Suhaini, Mosque Affairs Officer, Ministry of Religious Affairs and followed by the signing of agreement by all the scholarship recipients. Signing on behalf of the Government of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam was Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat, Senior Special Duties Officer, Department of Scholarship Management and His Excellency Mr. Heng Aik Yeow, High Commissioner of Republic of Singapore to Brunei Darussalam on behalf of Republic of Singapore. Meanwhile, the scholarship recipients signed the agreement along with two (2) guarantors consisting of students' parents or close relatives.

Belia5.JPG

The ceremony then continued with Welcoming Speech by Senior Special Duties Officer, Department of Scholarship Management, Yang Mulia Awang Julaihi Bin Mohamad / Mohamat as chairman of the ceremony. The ceremony ended with the presentation of the award certificates to the scholarship recipients by the guest of honour, Yang Berhormat Minister of Education.

Belia9.JPG

Also present during the ceremony were Permanent Secretary (Higher Education), Acting Permanent Secretary (Core Education), Directors, Senior Officers and Officers of the Ministry of Education and parents of scholarship recipients. 


___________________________________________________________________


MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN MENANDATANGANI PERJANJIAN

SKIM BIASISWA PENDIDIKAN BELIA

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM - REPUBLIK SINGAPURA
Hari Rabu, 04 Jamadilakhir 1444H / 28 Disember 2022M


BANDAR SERI BEGAWAN Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa pagi tadi telah mengadakan Majlis Penganugerahan dan Menandatangani Perjanjian bagi Skim Biasiswa Pendidikan Belia Negara Brunei Darussalam - Republik Singapura sesi akademik 2023/2024 bertempat di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.


Seramai dua orang pelajar telah dianugerahkan Biasiswa Pendidikan Belia Negara Brunei Darussalam-Republik Singapura untuk mengikuti pengajian peringkat menengah di Republik Singapura yang akan bermula pada bulan Januari 2023.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Saufi bin Haji Suhaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan diikuti dengan sesi penandatanganan perjanjian bagi penerima anugerah biasiswa tersebut. Hadir menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Tuan Yang Terutama Mr. Heng Aik Yeow, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam bagi pihak Republik Singapura. Manakala para penerima biasiswa pula disertai oleh dua (2) orang penjamin yang terdiri daripada ibu bapa / penjaga pelajar atau ahli keluarga terdekat.


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Yang Mulia Awang Julaihi Bin Mohamad / Mohamat selaku Pengerusi Majlis. Seterusnya, majlis diakhiri dengan penyampaian sijil-sijil penganugerahan kepada penerima-penerima biasiswa oleh tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Menteri Pendidikan.


Turut hadir di majlis tersebut adalah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Kementerian Pendidikan dan para ibu bapa / penjaga pelajar. 


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/121(M)
Tarikh: 04 Jamadilakhir 1444H / 28 Disember 2022 


Attachments
Created at 12/28/2022 10:47 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 12/28/2022 2:59 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof