Sign In

Announcements

Title

Minister of Education's Dialogue Session With Brunei Darussalam Students In the United Kingdom

Body

YANG BERHORMAT MINISTER OF EDUCATION'S DIALOGUE SESSION

WITH BRUNEI DARUSSALAM STUDENTS IN THE UNITED KINGDOM

Thursday, 05 Jamadilakhir 1444H / 29 December 2022M

 

London – The Brunei Students Unit in United Kingdom has organised a dialogue session between the Minister of Education, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh and students on 19th December 2022 at the Brunei Hall residence. A total of 30 students and 6 officers attended the dialogue session.

dialogue5(1).jpg 

dialogue2(1).jpg

The event began with the recitation of Al-Fatihah and doa read by Yang Mulia Ustaz Haji Mohammad Fahmi bin Haji Abas, the Religious Officer of the Students Unit. The session continued with an opening remarks Yang Mulia Mohd Danny bin Aimi the Director of Studies where he stated that the objective of the dialogue is to strengthen relationships between the Ministry of Education and the students who are studying in the United Kingdom as well as to discuss the welfare of students there.

The Director of Studies also shared about the Al-Quran Programme which are going to be implemented for Brunei students abroad to uphold His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam titah on the importance of recitation of Al-Quran.

dialogue4.png

The session then continued with the speech by the guest of honour, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

Yang Berhormat congratulated the officers and students on the success of the 'Majlis Bersama Rakyat' that was held on the 18 December 2022. In addition, Yang Berhormat also hopes that the students will always take precautions against COVID-19, to persevere when facing various challenges, as well as to preserve the Brunei Darussalam identity known for our commendable morals and steadfast adherence to the Islamic faith.

dialogue6.png

Also in attendance were Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamat, Senior Special Duties Head of the Department of Scholarship Management as well as senior officials of Ministry of Education.


______________________________________________________


SESI DIALOG YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN DENGAN

PENUNTUT-PENUNTUT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI UNITED KINGDOM

Hari Khamis, 05 Jamadilakhir 1444H / 29 Disember 2022M

 

 

London – Satu sesi dialog bersama Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh dengan para penuntut yang membuat pengajian di United Kingdom telah diadakan pada 19 Disember 2022 di Brunei Hall, London yang mana telah dianjurkan oleh Unit Penuntut-Penuntut Brunei Darussalam di United Kingdom. Seramai 30 orang penuntut dan 6 orang pegawai telah hadir dalam sesi dialog tersebut.

 

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohammad Fahmi bin Haji Abas, Pegawai Agama daripada Unit Penuntut-Penuntut. Sesi diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Mohd Danny bin Aimi, Pengarah Pengajian di mana beliau menyatakan objektif sesi dialog tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan para penuntut di United Kingdom dengan pihak Kementerian Pendidikan dan sama-sama membincangkan mengenai perkembangan hal-ehwal kesejahteraan para penuntut di sana. 

 

Pengarah Pengajian juga mengongsikan mengenai pelaksanaan Program Al-Quran yang dilaratkan kepada para penuntut luar negeri bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai kepentingan amalan pembacaan Al-Quran.

 

Sesi diteruskan dengan ucapan tetamu kehormat, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

 

Yang Berhormat mengucapkan tahniah kepada para pegawai dan penuntut di atas kejayaan Majlis Bersama Rakyat yang telah diadakan pada 18 Disember 2022.  Di samping itu, Yang Berhormat berharap para penuntut sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam menangani Covid-19, tabah dalam menghadapi pelbagai cabaran, serta memelihara identiti Negara Brunei Darussalam yang terkenal dengan akhlak terpuji dan berpegang teguh kepada akidah Islam.

 

Turut hadir dalam sesi dialog tersebut ialah Yang Mulia Awang Julaihi bin Mohamat, Ketua Tugas-Tugas Khas Kanan Jabatan Pengurusan Biasiswa serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/122 (M)
Tarikh: 05 Jamadilakhir 1444H / 29 Disember 2022



Attachments
Created at 12/28/2022 4:10 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 12/29/2022 11:50 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof