Sign In

Announcements

Title

Minister Of Education Working Visits In conjunction With The Beginning Of 2023 Academic Year

Body

MINISTER OF EDUCATION WORKING VISIT

IN CONJUNCTION WITH THE BEGINNING OF 2023 ACADEMIC YEAR

Wednesday, 11 Jamadilakhir 1444H / 4 January 2023

 

TUTONG – In conjunction with the beginning of the 2023 academic year, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education visited several schools in Tutong District namely Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai, Sekolah Rendah Muda Hashim and Sekolah Menengah Sufri Bolkiah.

photo_2023-01-04_17-42-25.jpg

photo_2023-01-04_17-42-22.jpg

photo_2023-01-04_17-42-19.jpg

Among the objectives of the visit is to review and observe more closely the implementation of back-to-school activities, observe school infrastructure and facilities such as staff rooms, school halls and libraries as well as the implementation of the Learning Recovery Programme to overcome Learning Loss and Learning gaps as a result of school closures due to the spread of COVID-19.

photo_2023-01-04_17-42-01.jpg

photo_2023-01-04_17-42-05.jpg

photo_2023-01-04_17-42-16.jpg

 

a)     Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai

 

Yang Berhormat Minister of Education started the visit at Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai. The arrival of Yang Berhormat Minister of Education was welcomed by Yang Mulia Dayang Nurkara'en binti Haji Tuneh, the school's principal.

 

During the visit, Yang Berhormat Minister of Education had the opportunity to witness the back-to-school activities held in groups in four locations which are the school's hall, library, conference room and playground area.

 

Yang Berhormat Minister of Education also had the opportunity to interact with teachers and students during the visit.

 A.jpg


b)     Sekolah Rendah Muda Hashim

 

Yang Berhormat Minister of Education and the delegation continued their working visit to Sekolah Rendah Muda Hashim. The arrival of Yang Berhormat Minister of Education was welcomed by Yang Mulia Dayang Sanah @ Bazlaa' Hasanah binti Haji Daud, the principal of the school.

During the visit, Yang Berhormat Minister of Education had the opportunity to observe the back-to-school activities and visit the classrooms where she interacted and delivered motivational speech to the students.

 B.jpg


c)     Sekolah Menengah Sufri Bolkiah

 

Yang Berhormat Minister of Education and delegation then continued their working visit to Sekolah Menengah Sufri Bolkiah. The arrival of Yang Berhormat Minister of Education was welcomed by Yang Mulia Awang Eddy Nazrin bin Haji Seruji, the Principal of the school.

 

During the visit, Yang Berhormat Minister of Education inspected the school's infrastructure to ensure that the existing infrastructure is conducive to support teaching and learning sessions. In addition, the Minister of Education also had the opportunity to interact and and offer motivational speech to the students. The visit ended with a group photo session.

 C.jpg


Also joining the delegation were heads of department and officials from the Ministry of Education.

_______________________________________________________


LAWATAN KERJA MENTERI PENDIDIKAN

SEMPENA PERMULAAN PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN AKADEMIK 2023

Hari Rabu, 11 Jamadilakhir 1444H / 4 Januari 2023


Tutong – Sempena permulaan persekolahan bagi tahun akademik 2023, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa sekolah di daerah Tutong iaitu Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai, Sekolah Rendah Muda Hashim dan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah di daerah Tutong.

 

Antara tujuan lawatan adalah untuk meninjau dan menyaksikan secara lebih dekat pelaksanaan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah, meninjau prasarana dan kemudahan sekolah seperti bilik-bilik guru, dewan sekolah dan perpustakaan serta perlaksanaan Program Pemulihan Pembelajaran (Learning Recovery Programme) bagi mengatasi Learning Loss dan Learning Gaps (Jurang Pembelajaran) disebabkan penutupan sekolah akibat penularan COVID-19.

 

a)     Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan memulakan lawatan ke Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya, Sengkarai. Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Nurkara'en binti Haji Tuneh, Guru Besar sekolah tersebut.

 

Semasa lawatan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berpeluang menyaksikan aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah yang diadakan secara berkumpulan di empat lokasi iaitu dewan sekolah, perpustakaan, bilik persidangan dan taman permainan.

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga berkesempatan berinteraksi dengan para guru dan pelajar semasa lawatan tersebut.

 

b)     Sekolah Rendah Muda Hashim

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan seterusnya meneruskan lawatan kerja ke Sekolah Rendah Muda Hashim. Ketibaan Yang Berhormat Menteri Pendidikan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Sanah @ Bazlaa' Hasanah binti Haji Daud, Guru Besar sekolah tersebut.

Semasa lawatan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkesempatan meninjau aktiviti-aktiviti kembali ke sekolah serta melawat bilik-bilik darjah di mana Yang Berhormat Menteri berpeluang untuk berinteraksi dan menyampaikan kata-kata motivasi kepada para pelajar.

 

c)     Sekolah Menengah Sufri Bolkiah

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan seterusnya meneruskan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah. Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Eddy Nazrin bin Haji Seruji, Pengetua sekolah berkenaan.

 

Semasa lawatan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan meninjau prasarana sekolah bagi memastikan prasarana yang sedia ada adalah kondusif untuk mendokong sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, Yang Berhormat Menteri Pendidikan berpeluang berinteraksi serta memberi kata-kata motivasi kepada para pelajar. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

 

Turut menyertai rombongan itu ialah ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan, Kementerian Pendidikan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/002 (M)
Tarikh: 11 Jamadilakhir 1444H / 4 Januari 2023​


Attachments
Created at 1/4/2023 3:27 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 1/4/2023 5:58 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof