Sign In

Announcements

Title

Preschool Session For Government School Starts Today

Body

THE START OF 2023 PRESCHOOL

FOR GOVERNMENT SCHOOLS

16 Jamadilakhir 1444H / 09 January 2023

 

Monday – The Government Primary Schools across the country began the preschool session simultaneously in all four districts today. This year, a total of 116 government primary schools in the country have prepared classes for the 2023 preschool. A total of 2958 children consisting of 1587 boys and 1371 girls have been registered to attend preschool this year.

 pra2.JPG


In preparation to help children adjust to the start of school, the Ministry of Education through the Early Childhood Education Unit (UPAKK) has implemented several initiatives including the Preschool Orientation Program for New Preschool Children in 2023 Programme in November 2022, the  Staggered Entry and Registration for Preschool children Programme as well as the Temporary Job Placement Programme for 'A' and 'O' Level Graduate Students as Assistant Teacher at the beginning of school this year.​

 pra1.JPG

pra3.JPG


Among the objectives of the programmes are to ensure every stakeholder involved in early childhood education to be better prepared when facing new preschool children in providing a holistic and balanced education. The programme is also intended to improve the quality of education in this country which is to produce children who are confident and able to be independent through learning experiences that have been planned by the preschool teachers.

____________________________________________

PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN PRA TAHUN 2023

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KERAJAAN

16 Jamadilakhir 1444H / 09 Januari 2023


Isnin – Sekolah-sekolah Rendah Kerajaan di seluruh negara pada hari ini telah memulakan sesi persekolahan bagi prasekolah secara serentak di keempat-empat daerah. Pada tahun ini, sebanyak 116 buah sekolah rendah kerajaan di negara ini telah menyediakan kelas-kelas prasekolah bagi tahun 2023. Seramai 2958 kanak-kanak yang terdiri daripada 1587 lelaki dan 1371 perempuan telah didaftarkan untuk mengikuti pembelajaran peringkat prasekolah tahun ini.

Sebagai persediaan bagi membantu kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan suasana permulaan persekolahan, Kementerian Pendidikan melalui Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak (UPAKK) telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk mengadakan Program Orientasi Prasekolah Untuk Kanak-Kanak Baru Prasekolah Tahun 2023 pada bulan November tahun 2022, Program Kemasukan dan Pendaftaran Kanak-Kanak Prasekolah Secara Berperingkat-Peringkat (Staggered Entry and Registration) dan juga penggunaan khidmat bantuan melalui Program Penempatan Kerja Sementara Pelajar Lepasan Peringkat 'A' dan 'O' Sebagai Pembantu Sukarela Guru Prasekolah pada permulaan sekolah tahun ini.

Antara tujuan program-program tersebut diadakan adalah untuk memastikan setiap pihak berkepentingan (stakeholder) yang terlibat di dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk lebih bersedia menghadapi kanak-kanak baru prasekolah dengan memberikan pendidikan yang holistik dan seimbang. Pengendalian program-program ini juga dihasratkan untuk dapat meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini dengan melahirkan kanak-kanak yang lebih berkeyakinan serta mampu berdikari melalui pengalaman pembelajaran yang telah dirancang oleh guru-guru prasekolah.



Lembar Maklumat

1. Program Orientasi Prasekolah Untuk Kanak-Kanak Baru Prasekolah telah dilaksanakan pada bulan November 2022 yang lalu. Program ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kanak-kanak menangis pada hari pertama sekolah dimulakan dengan mendedahkan kanak-kanak kepada suasana dan pengalaman persekolahan melalui orientasi. Kanak-kanak berpeluang untuk bersosialisasi dan belajar sambil bermain bersama rakan sebaya melalui pengajaran yang tidak formal dan di dalam persekitaran yang lebih tenang. Manakala, ibu bapa atau penjaga juga dibenarkan untuk turut serta di dalam kelas prasekolah sepanjang orientasi dijalankan. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi kanak-kanak sepanjang ianya dijalankan seperti nyanyian dan lakonan, melakukan aktiviti fizikal serta aktiviti serta aktiviti yang berunsurkan kreativiti.

 

2. Program Kemasukan dan Pendaftaran Kanak-Kanak Prasekolah Secara berperingkat-peringkat (Staggered Entry and Registration) juga  merupakan program yang memberikan autonomi kepada para pemimpin sekolah untuk memulakan persekolahan kanak-kanak prasekolah mereka pada tarikh yang dilewatkan dari kemasukan murid peringkat lain di bulan Januari. Objektif mengadakan perbezaan tarikh kemasukan sebagai hari pertama persekolahan kanak-kanak prasekolah ialah untuk memberi peluang kepada para guru prasekolah agar lebih bersedia untuk menerima kemasukan mereka dengan lebih teratur dan sempurna.

Ibu bapa atau penjaga juga merasa yang anak-anak mereka berada dalam keadaan selesa dan selamat kerana mereka dapat memberikan tumpuan khas kepada anak-anak prasekolah mereka sahaja disebabkan anak-anak yang lebih tua telah memulakan persekolahan mereka lebih awal lagi.


3. Program Penempatan Kerja Sementara Pelajar Lepasan Peringkat 'A' dan 'O' Sebagai Pembantu Sukarela Guru Prasekolah merupakan program yang menempatkan para sukarelawan yang terdiri dari pelajar-pelajar lepasan peringkat 'A' dan 'O' sebagai pembantu guru (teacher assistants) di bilik-bilik prasekolah di negara ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi para sukarelawan pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang pendidikan di peringkat prasekolah serta memberi mereka kemahiran dan pengalaman dalam mengendali kanak-kanak di bilik prasekolah. Selain itu, antara tugas mereka ialah untuk membantu guru prasekolah di dalam pengurusan bilik darjah dan membantu kanak-kanak yang memerlukan pertolongan.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/004 (M)
Tarikh: 16 Jamadilakhir 1444H / 9 Januari 2023M

 

Attachments
Created at 1/9/2023 11:30 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 1/9/2023 2:06 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof