Sign In

Announcements

Title

Muzakarah Session Between The Ministry of Education And Members Of Legislative Council For The Year 2023

Body

MUZAKARAH SESSION BETWEEN THE MINISTRY OF EDUCATION

AND MEMBERS OF LEGISLATIVE COUNCIL FOR THE YEAR 2023

Isnin, 15 Rejab 1444H / 06 Februari 2023M

 

Bandar Seri Begawan, Monday, 06th February 2023 - The Ministry of Education held a muzakarah session with the Legislative Council Members today at the Conference Hall P1, Ministry of Education.

muzakarah mmn 2023.JPG

The session is part of an annual event of Department of Councils of State, Prime Minister's Office with all ministries and relevant agencies. The muzakarah session was attended by 19 Legislative Council members, led by Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam.

mmn20234.JPG

mmn20233.JPG

mmn20232.JPG

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah Binti Haji Md Salleh, the Minister of Education, was present as the Chair Person of the muzakarah session. Also present were Permanent Secretaries, Vice Chancellors, Rector, Deputy Permanent Secretaries, Heads of Departments and Senior Officers at the Ministry of Education.

mmn20231.JPG

The Muzakarah session commenced with a welcoming remark by Yang Berhormat Minister of Education, where she touched on the main initiatives that have been implemented by the Ministry of Education and its achievements in ensuring the provision of holistic education in accordance with the vision of the Ministry of Education which is Quality Education, Dynamic Nation.

Some of the initiatives shared under Core Education are:

1.     The Learning Support Programme which aims to help students who face difficulties in mastering literacy and numeracy skills in every primary and secondary school across the country.

2.     Strengthening standards and curriculum in line with international standards for the subjects of Bahasa Melayu, Mathematics, English Language, Science, Digital Literacy (standards) and Information and Communication Technology (curriculum).

3.    The preparation of a framework to implement a curriculum based on 21st century skills such as the Financial Literacy Competency Framework for School Children and Adults, and Digital Citizenship: Framework and Guideline for Schools.

4.      Introduction of Student Personality Programme (Program Sahsiah Pelajar) in filling the Co-Curriculum.

5.    The continuous provision of Centre of Excellence to ensure that the potential development and learning needs of students with special needs can be met.

6.     In order to strengthen and improve 21st century teaching skills, the School Based Assessment will continue to be widely implemented.

Yang Berhormat Minister of Education also mentioned several initiatives implemented in Higher Education:

1.     Employment Rate after 6 months of graduation for Politeknik Brunei (PB) and Brunei Institute of Technical Education (IBTE) cohort 2021 graduates has shown a good percentage.

2.  Obtained international recognition that measures specific ability criteria comparable to international universities.

3.   In supporting lifelong learning, UBD and UTB have introduced the Postgraduate Microcredentials Programme to give professionals and graduates the opportunity to improve their skills which in turn will enable them to obtain Brunei Darussalam Qualification Framework (BDQF) approval at either Level 6 and 7.

Yang Berhormat Minister of Education also added that in realising every plan led by the Ministry of Education, priority will continue to be given to the development of Organisational Excellence, especially from the point of view of governance, availability of infrastructure, and increasing human resource capacity. At the International Level, close cooperation especially through bilateral relations with foreign educational institutions continues to be strengthened.

Yang Berhormat Minister of Education also touched on the challenges brought by COVID-19, which has resulted in school closures leading to learning loss as well as affecting the health and well-being of students. There are also some challenges during online learning or Home Based Learning such as the absence of digital devices and internet data. Among the Ministry's approaches in dealing with these challenges is through the implementation of the Learning Recovery Programme for primary, secondary and sixth form education in literacy, numeracy and science. This is also in line with the Education Response and Recovery Strategy (e2Rs) to deal with the effects of online learning during the COVID-19 pandemic.

Also delivering her speech during the meeting was the representative and Head of Legislative Council Members delegation, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam.

The meeting proceeded with a dialogue session between the Legislative Council members and representatives from the Ministry of Education. The sharing session was conducted in an open discussion setting to discuss issues and share information to support the Ministry of Education in its efforts to realise Goal 1 of the Wawasan Brunei 2035 that is Highly Educated, Skilled and Successful People and further enhance the quality of education of the nation.

______________________________________________

SESI MUZAKARAH ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

BERSAMA AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA BAGI TAHUN 2023

Hari Isnin, 15 Rejab 1444H / 06 Februari 2023M

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan telah mengadakan Sesi Muzakarah bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara pada hari ini bertempat di Dewan Persidangan P1, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

Permuzakarahan ini adalah merupakan acara tahunan Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Jabatan Perdana Menteri bersama kementerian-kementerian dan agensi-agensi berkepentingan. Sesi Muzakarah bersama Kementerian Pendidikan pada kali ini telah dihadiri oleh seramai 19 orang Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang diketuai oleh Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam.

Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah Binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan telah hadir selaku Pengerusi Majlis Sesi Muzakarah. Turut hadir sama ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Rektor, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pendidikan.

Sesi Muzakarah ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan, di mana Yang Berhormat Menteri telah menyentuh mengenai insiatif-inisiatif utama yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan serta pencapaiannya dalam memastikan penyediaan pendidikan yang holistik sepertimana jua selaras dengan visi Kementerian Pendidikan iaitu Pendidikan Berkualiti, Negara Dinamik.

Antara inisiatif yang dikongsikan di bawah Pendidikan Teras adalah:

1.     Program Sokongan Pembelajaran atau Learning Support Programme bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran literasi dan numerasi di setiap sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

2.     Pengukuhan piawaian dan kurikulum selaras dengan piawaian antarabangsa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Mathematics, English Language, Science, Digital Literacy (piawaian) dan Information and Communication Technology (kurikulum).

3.     Menyediakan rangka-kerja bagi melaksanakan kurikulum yang berdasarkan kemahiran abad 21 seperti Financial Literacy Competency Framework for School Children and Adults dan Digital Citizenship: Framework and Guideline for Schools.

4.     Memperkenalkan Program Sahsiah Pelajar dalam pengisian Ko-Kurikulum.

5.     Penyediaan Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence bagi memastikan keperluan perkembangan potensi dan pembelajaran pelajar berkeperluan khas.

6.     Bagi mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran pengajaran abad ke-21, Penilaian Berasaskan Sekolah atau School Based Assessment akan terus dilaksanakan secara meluas.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga turut mengongsikan pencapaian dan inisiatif Kementerian di peringkat Pengajian Tinggi:

1.     Employment Rate atau Kadar Pekerjaan selepas 6 bulan menamatkan pengajian bagi graduan Politeknik Brunei (PB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) kohort 2021 telah menunjukkan peratus yang baik.

2.    Pencapaian pengiktirafan antarabangsa yang mengukur kriteria keupayaan khusus setanding dengan universiti-universiti antarabangsa.

3.   Dalam mendokong pembelajaran sepanjang hayat, UBD dan UTB telah memperkenalkan Program Postgraduate Microcredentials bagi memberi peluang kepada para profesional dan graduan untuk meningkatkan kemahiran yang seterusnya membolehkan mereka untuk memperoleh kelulusan Brunei Darussalam Qualification Framework (BDQF) sama ada di Tahap 6 dan 7.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga menambah bahawa dalam merealisasikan setiap perancangan yang diterajui Kementerian Pendidikan, keutamaan terus diberikan kepada pembangunan Kecemerlangan Organisasi (Organisational Excellence) khasnya dari sudut urus tadbir, ketersediaan prasarana, dan peningkatan keupayaan sumber tenaga manusia. Di Peringkat Antarabangsa pula, kerjasama rapat khasnya melalui hubungan dua hala dengan institusi pendidikan luar negara terus diperkukuh.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan turut menyentuh mengenai cabaran khususnya yang dibawa oleh COVID-19 yang telah mengakibatkan penutupan sekolah yang membawa kepada kehilangan pembelajaran (Learning Loss) serta memberikan kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan pelajar. Terdapat juga beberapa cabaran semasa pembelajaran atas talian atau Home Based Learning seperti ketiadaan peranti digital dan internet data. Antara pendekatan Kementerian dalam menangani cabaran ini adalah menerusi perlaksanaan Program Pemulihan Pembelajaran atau Learning Recovery Programme bagi pendidikan rendah, menengah dan tingkatan enam dalam literasi, numerasi dan sains.  Ini  adalah juga selaras dengan Education Response and Recovery Strategy (e2Rs) untuk menangani kesan pengajaran pembelajaran secara maya (online) semasa pandemik COVID-19.

Sejurus itu, Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd Salam selaku Ketua Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2023 juga menyampaikan ucapan balas semasa permuzakarahan tersebut.

Permuzakarahan seterusnya diikuti dengan sesi dialog di antara Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan pihak Kementerian Pendidikan. Sesi Dialog ini diadakan dalam suasana silaturahim dan secara terbuka bagi perkongsian maklumat, isu dan cadangan yang sudah setentunya dapat memberi manfaat kepada Kementerian Pendidikan dalam usaha bagi merealisasikan Matlamat 1 Wawasan Brunei 2035 iaitu Rakyat yang Berpendidikan Tinggi, Berkemahiran dan Berjaya serta meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/020 (M)
Tarikh: 15 Rejab 1444H / 06 Februari 2023M 


Attachments
Created at 2/6/2023 2:03 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 2/6/2023 2:31 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof