Sign In

Announcements

Title

Minister Of Education Attends The 52nd SEAMEC And The 6th SDEM In Manila, Philippines

Body

THE 52ND SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANIZATION

COUNCIL CONFERENCE (52ND SEAMEC)

AND THE 6TH STRATEGIC DIALOGUE OF EDUCATION MINISTERS (6TH SDEM)

IN MANILA, REPUBLIC OF PHILIPPINES
Thursday, 19 Rejab 1444H / 9 February 2023M

 

Manila – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, the Minister of Education of Brunei Darussalam attended the 52nd Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) Council Conference (52nd SEAMEC) and the 6th Strategic Dialogue of Education Ministers (6th SDEM) that was held from 8 and 9 February 2023 in Manila, Republic of Philippines.

SEAMECfeb2023.jpeg

The Council Conference was hosted by the Department of Education Philippines as the chair along with the SEAMEO Secretariat. This year's conference is attended by Ministers from Malaysia, Republic of Philippines and Singapore. While Deputy and Vice Ministers from Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Thailand, Timor-Leste and Vietnam also attended as their respective country participants. In addition, SEAMEO Associate members from Spain; SEAMEO Affiliate members (British Council and the University of Tsukuba), directors and key officers from the 26 SEAMEO regional centres are also attending the conference.


The conference was officiated by Her Excellency Sara Zimmerman Duterte, Vice President of the Republic of the Philippines and the Secretary of the Department of Education, Philippines. The welcoming speech was then delivered by His Excellency Mr. Chan Chun Sing, Minister of Education, Singapore as the President of SEAMEO Council. The opening ceremony also saw the video recording keynote address by His Excellency Ferdinand R Marcos Jr, President of the Republic of the Philippines.

 

With this year's 6th SDEM theme “Prioritising Foundational Learning and Lifelong Learning: Investing in Literacy, Numeracy, and STEM Education in the Digital Era", Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, the Minister of Education of Brunei Darussalam as the moderator of the First Round Table has shared efforts that have been made by Brunei Darussalam towards prioritising foundational and lifelong learning. During her statement, Yang Berhormat Minister of Education highlighted that the Ministry of Education recognises the significance of foundational learning thus, placing great emphasis on early childhood education through its efforts on the development of the National Quality Framework, the National Quality Policy as well as a National Quality Curriculum Framework specifically on Early Childhood Education as well as teacher capacity building and professional development workshops at the early childhood level. The Ministry of Education also gives emphasis on learning losses and learning gaps. Yang Berhormat Minister of Education also shared the development of the Digital Transformation Plan that aims to transform the education sector, by streamlining the processes and making use of technologies to enhance education. The establishment of the Lifelong Learning Centre was also shared, which offers over 140 courses in an effort to improve academics and quality education.


Also present was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, the Permanent Secretary (Core Education) and officials from the Ministry of Education.


___________________________________________________​


PERSIDANGAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA KE-52

(SEAMEC KE-52) DAN DIALOG STRATEGIK MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN KE-

 (SDEM KE-6) DI MANILA, REPUBLIK FILIPINA

Hari Khamis, 18 Rejab 1444H / 9 Februari 2023M 


Manila – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam telah menghadiri Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) kali Ke-52 (SEAMEC kali ke-52) dan Dialog Strategik Menteri- Menteri Pendidikan kali Ke-6 [SDEM kali Ke-6] yang telah diadakan pada 8 dan 9 Februari 2023 di Manila, Republik Filipina.


Persidangan tersebut dianjurkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Filipina selaku pengerusi majlis persidangan bersama pihak Urusetia SEAMEO. Selain itu, persidangan berkenaan dihadiri oleh menteri-menteri dari Republik Filipina, Malaysia dan Singapura, serta timbalan-timbalan menteri dan pegawai-pegawai kanan daripada Indonesia, Kemboja, Lao PDR, Myanmar, Thailand, Timor- Leste dan Vietnam. Sementara itu, persidangan berkenaan turut dihadiri oleh wakil daripada Ahli Bersekutu SEAMEO iaitu dari Sepanyol, dan ahli Gabungan SEAMEO iaitu dari British Council dan University of Tsukuba, pengarah-pengarah Pusat Sarantau SEAMEO, dan pegawai lain dari 26 Pusat Serantau SEAMEO.


Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Puan Yang Terutama Sara Zimmerman Duterte, Naib Presiden Republik Filipina dan Setiausaha Jabatan Pendidikan Filipina. Ucapan alu-aluan persidangan telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, Menteri Pendidikan, Singapura selaku Presiden Majlis SEAMEO. Perasmian tersebut turut menyaksikan ucaptama dari Tuan Yang Terutama Ferdinand R Marcos Jr, Presiden Republik Filipina, melalui rakaman video.


Dengan tema SDEM ke-6 tahun ini “Mengutamakan Pendidikan Asas dan Pembelajaran Sepanjang Hayat: Pelaburan dalam Literasi, Numerasi, dan Pendidikan STEM di Era Digital", Yang Berhormat Menteri Pendidikan, selaku moderator Meja Bulat Pertama, berpeluang untuk mengongsikan usaha yang telah dilaksanakan oleh Negara Brunei Darussalam ke arah mengutamakan pendidikan asas dan pembelajaran sepanjang hayat. Antara perkara yang dikongsikan dalam kenyataan berkenaan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan menekankan bahawa Kementerian Pendidikan amat menitikberatkan pembelajaran asas dengan memberi keutamaan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui usaha-usaha penyediaan Rangka Kerja Kualiti Kebangsaan (National Quality Framework), Dasar Kualiti Kebangsaan (National Quality Policy) serta Rangka Kerja Kualiti Kurikulum Kebangsaan (National Quality Curriculum Framework) khususnya dalam pembinaan kapasiti guru dan bengkel pembangunan profesional di peringkat awal kanak-kanak. Kementerian Pendidikan juga mengambil kira hal ehwal kehilangan pembelajaran (learning losses) dan jurang pembelajaran (learning gaps). Seterusnya Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga mengongsikan mengenai perangkaan Pelan Transformasi Digital yang bertujuan untuk mengubah sektor Pendidikan melalui pengemaskinian proses, dan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pendidikan. Selain itu, penubuhan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat juga dikongsikan, di mana pusat tersebut menawarkan lebih daripada 140 kursus-kursus dalam usaha untuk meningkatkan akademik dan pembangunan kualiti.


Turut hadir ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/021 (M)

Tarikh: 18 Rejab 1444H / 09 Februari 2023M


Attachments
Created at 2/10/2023 7:24 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 2/10/2023 9:04 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof