Sign In

Announcements

Title

Technical And Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) Application Is Now Open For Registration

Body

​OPENING OF THE TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION SCHOLARSHIP SCHEME (BPTV) APPLICATION FOR THE 2023/2024 ACADEMIC SESSION

Wednesday, 8 Syaaban 1444H / 1 March 2023M

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management is pleased to announce that applications for the Technical and Vocational Education Scholarship Scheme (BPTV) for the academic year 2023/2024 specifically for eligible 'O' level school leavers to pursue higher education at local private higher institutions will be opened on Wednesday, 1 March 2023 at 8:30 am and will be closed on Saturday, 15 April 2023 at 4.00 pm.

 

The BPTV scheme is offered by the Government of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam which envisaged to fulfil the increasing demand for technical and vocational education in the country.

 

This scheme provides opportunities for school leavers at the 'O' level to continue their studies to a higher level and with the hope to envision Wawasan Brunei 2035 in producing educated and highly skilled citizens. 

 

The public, especially 'O' level school leavers who meet the set requirements are welcomed to apply for the BPTV Scholarship Scheme.

 

Surat Pemberitahuan with reference 4/2023 and the BPTV Scheme (BPTV/A) application form can be obtained from the Ministry of Education website at www.moe.gov.bn. The completed forms and all required documents must be submitted through the procedures set up by the Department of Scholarship Management, Ministry of Education no later than 15 April 2023 at 4.00pm.

 

Any enquiries on this matter, interested applicants can contact the Department of Scholarship Management, Ministry of Education as follows:

 

Office Number:             2380019 (Monday to Thursday and Saturday:

                                        7.45 am to 12.15 pm and 1.30 pm to 4.30pm)

Email:                            bptv@moe.gov.bn or scholarship@moe.gov.bn

 

_____________________________________________


PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM BIASISWA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (BPTV)

SESI AKADEMIK 2023/2024

Hari Rabu, 8 Syaaban 1444H / 1 Mac 2023M

 

BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa akan membukakan permohonan bagi Skim Biasiswa Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) bagi Sesi Akademik 2023/2024 khusus bagi pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi swasta dalam negeri pada hari Rabu, 01 Mac 2023, jam 8:30 pagi dan akan ditutup pada hari Sabtu, 15 April 2023 jam 4.00 petang.

 

Skim ini disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini.

 

Dengan adanya skim ini, ianya akan dapat memberi peluang pelajar lepasan sekolah di peringkat 'O' untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya bagi menyahut Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi. 

 

Dalam hubungan ini, orang ramai khususnya penuntut-penuntut lepasan sekolah di peringkat 'O' yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa Skim BPTV. 

 

Surat Pemberitahuan bilangan 4/2023 dan borang permohonan Skim BPTV (BPTV/A) boleh didapati dari laman web rasmi Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn. Borang-borang yang telah lengkap diisikan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui tatacara yang telah ditetapkan tidak lewat daripada hari Sabtu, 15 April 2023 jam 4.00 petang.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, pemohon yang berminat bolehlah menghubungi Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan melalui:

 

No. Telefon Pejabat:      2380019 (Hari Isnin hingga Khamis dan Sabtu:

                                          7.45 pagi hingga 12.15 tengahari dan 1.30 hingga 4.30 petang)

Emel:                                bptv@moe.gov.bn atau scholarship@moe.gov.bn


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/029 (M)

Tarikh: 8 Syaaban 1444H / 1 Mac 2023M​


Attachments
Created at 3/1/2023 5:26 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 3/9/2023 2:45 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof