Sign In

Announcements

Title

School Community Start Using SM Sultan Hassan New Building

Body

THE USE OF SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN, TEMBURONG NEW BUILDING

Monday, 13 Sya'ban 1444H / 6 March 2023M

 

TEMBURONG – The Ministry of Education would like to announce that following the Handover Ceremony of Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong New Building which was held on Monday, 29 Rejab 1444H corresponding to 20 February 2023M, the New Building located in Kampong Batu Apoi, Mukim Batu Apoi, Temburong District is now being used by the school community starting from Wednesday, 8 Sya'ban 1444H corresponding to 1 March 2023. The school's new building is to replace the previous Sekolah Menengah Sultan Hassan building that was originally built in 1984 and has been used since 1986. 

 smh 1.JPG

The school building currently accommodates 714 students, 80 teaching staff and 16 support staff.

 smh2.JPG

smh6.JPG

smh3.JPG


Among the facilities provided are the Administration Block, Multipurpose Hall, Classroom Block, Science Laboratory Block, Library, Surau, Canteen and Dining Hall, Parking Area, Drop-off area, Assembly Area, Perimeter Fence, Covered Walkways, Football Field, Security Guard Post, Rubbish Collection Point, Sub-Station and Network Infrastructures.

smh4.JPG

smh5(1).JPG 

 

smh7.JPG 

smh8.JPG 

smh9.JPG 

smh10.JPG

The rebuilding project is in line with the long-term plan and the Ministry of Education's intention to provide a more conducive and quality educational infrastructure through the 11th National Development Plan.

​____________________________________

PENGGUNAAN BANGUNAN BARU SEKOLAH MENENGAH SULTAN HASSAN, TEMBURONG

Hari Isnin, 13 Sya'ban 1444H / 6 Mac 2023M

 

TEMBURONG – Kementerian Pendidikan ingin mengumumkan bahawa susulan daripada Majlis Penyerahan Kunci bagi Bangunan Baru Sekolah Menengah Sultan Hassan, Temburong yang telah diadakan pada Hari Isnin, 29 Rejab 1444H bersamaan 20 Februari 2023M, Bangunan Baru tersebut yang terletak di Kampong Batu Apoi, Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong kini telah mula digunakan oleh warga sekolah bermula pada Hari Rabu, 8 Sya'ban 1444H bersamaan 1 Mac 2023. Bangunan baru sekolah tersebut adalah bagi menggantikan bangunan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar yang asal yang telah dibina sekitar tahun 1984 dan mula digunakan pada tahun 1986. 

 

Pada masa ini, bangunan sekolah tersebut menempatkan 714 orang pelajar, 80 orang tenaga pengajar dan 16 orang tenaga sokongan.

 

Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah bangunan Blok Pentadbiran, Blok Dewan Serbaguna, Blok Bilik Darjah, Blok Makmal Sains, Blok Perpustakaan, Blok Surau, Blok Kantin dan Dewan Makan, Kawasan Letak Kereta, Tempat Penurunan, Tempat penuntut beratur, Pagar Keliling Kawasan, Laluan beratap, Padang Sekolah, Pondok Penjaga Keselamatan, Pondok Pembuangan Sampah, Sub-Stesen dan Rangkaian Infrastruktur.

 

Projek pembinaan semula tersebut adalah selaras dengan rancangan jangka panjang dan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menyediakan infrastruktur pendidikan yang lebih kondusif dan berkualiti melalui pelan Rancangan Kemajuan Negara ke-11. 

​ 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/032 (M)

Tarikh: 13 Syaaban 1444H / 6 Mac 2023M​


Attachments
Created at 3/6/2023 2:55 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 3/9/2023 2:45 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof