Sign In

Announcements

Title

Qurban Ceremony Of Ministry Of Education Year 1440H/2019M

Body

Mulaut, 13th August 2019, Wednesday – The Ministry of Education held a Korban ceremony this afternoon in conjunction with Hari Raya Aidiladha 1440H/2019M at Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Mosque, Kampong Mulaut, Mukim Sengkurong, Brunei Darussalam.

 

Present as the guest of honour and distributing the Korban meat to the male Asnaf Fakir Miskin and Korban participants was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education. Also present to distribute the korban meat to the female Asnaf Fakir Miskin and Korban participants was Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Deputy Minister of Education.

IMG-20190813-WA0011.jpg

 

IMG-20190813-WA0012.jpg

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat led by Imam Haji Khairul Nizam bin Haji Md Said, Mosque Affairs Officer of Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Mosque, Kampong Mulaut, Brunei Darussalam.

 

Also present were Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education); Vice Chancellors dan Rector of Universities; Acting Director General of Education; Head of departments and other Head Villages under Mukim Sengkurong.


This year, a total of 70 officials, staffs and family members from the Ministry of Education had participated in the Korban ceremony. A total of ten cows were sacrificed during the ceremony and 220 Asnaf Fakir Miskin registered under Brunei Islamic Religious Council (MUIB) who lives in area of Mukim Sengkurong received the Korban meat.

IMG-20190813-WA0009.jpg

This year Ibadah Korban was co-organized by the Department of Curriculum Development and Secretariat of Brunei National Accreditation Council.

 

The purpose of the event was to create a spirit of resilience among the officials and staff under the Ministry of Education in obeying Allah SWT and to create a Muslim generation willing to sacrifice wealth, energy and life in carrying out the law of Allah SWT and promote the spirit of cooperation among people of the Ministry of Education and sacrifice in the blessing of Allah SWT. 

_________________________________________________________________________


Mulaut, 13 Ogos 2019, Rabu – Pada petang hari ini, warga Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan Tahun 1440H/2019M yang berlangsung di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampong Mulaut, Mukim Sengkurong, Negara Brunei Darussalam. 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengagihan daging-daging ibadah korban kepada para penerima Asnaf Fakir Miskin lelaki dan peserta korban di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Manakala, pengagihan kepada Asnaf Fakir Miskin perempuan dan peserta korban disempurnakan oleh Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan.


Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Haji Khairul Nizam bin Haji Md Said, Pegawai Hal Ehwal Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Kampong Mulaut, Brunei Darussalam.


Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras); Naib-Naib Canselor dan Rektor Universiti; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Ketua-Ketua Unit / Bahagian Kementerian Pendidikan.


Sebanyak sepuluh (10) ekor lembu telah dijadikan binatang korban hasil daripada penyertaan 70 orang pegawai dan kakitangan serta keluarga Kementerian Pendidikan pada tahun ini.


Seramai 220 penerima daging ibadah korban yang terpilih bagi Majlis Ibadah Korban Kementerian Pendidikan pada tahun ini terdiri daripada penduduk di bawah tadahan Mukim Sengkurong yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).


Majlis pada tahun ini telah diungkayahkan oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum dan Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Kementerian Pendidikan.


Objektif majlis ini diadakan adalah untuk mewujudkan sifat tabah dan sabar di dalam jiwa warga Kementerian Pendidikan dalam mematuhi perintah Allah SWT dan melahirkan generasi Islam di kalangan pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan agar sentiasa bersedia untuk berkorban harta, tenaga dan jiwa dalam melaksanakan syariat Allah SWT serta meningkatkan semangat kerjasama di kalangan warga Kementerian Pendidikan serta berkorban demi mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Attachments
Created at 8/13/2019 3:57 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 8/18/2019 4:25 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof