Sign In

Announcements

Title

Sesi Penggal Kedua Persekolahan Bermula 2 Jun 2020

Body

Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa dengan nasihat dan kerjasama Kementerian Kesihatan dalam mengikuti perkembangan semasa wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Bahagian Kedua Sesi Persekolahan Penggal Ke-2 bagi semua sekolah-sekolah rendah, menengah, pusat-pusat tingkatan enam, sekolah-sekolah vokasional dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan juga termasuk sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama, sekolah-sekolah swasta akan bermula pada hari Selasa, 10 Syawal 1441 bersamaan 2 Jun 2020. Sementara, bagi sekolah-sekolah antarabangsa, ianya adalah tertakluk kepada tarikh yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi masing-masing.

Bagi Sesi Persekolahan ini, pembelajaran dan pengajaran secara fizikal atau ‘face to face’ akan dimulakan secara berperingkat. Ini ialah bagi memastikan kesejahteraan, tahap keselamatan dan kesihatan pelajar-pelajar serta warga sekolah di Negara Brunei Darussalam sentiasa terjamin, selain mengelak berlakunya penularan gelombang baharu COVID-19. Bagi melancarkan sesi pembelajaran dan pengajaran itu nanti, prosedur operasi mengenai perkara-perkara berikut telah dikongsikan bersama pemimpin-pemimpin sekolah:

1. Pembukaan Sekolah secara Berperingkat
2. Garispanduan bagi Sekolah-Sekolah
3. Persiapan Penjarakan dan Kebersihan Diri
1. Pembukaan Sekolah secara Berperingkat. Kementerian Pendidikan akan membuka

sesi persekolahan secara berperingkat menurut tahap keadaan yang dinasihatkan oleh akan dibuat sebagai langkah untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti sekolah terjamin. Ini termasuk:

i. Pemeriksaan suhu badan bagi sesiapa yang memasuki premis sekolah;
ii. Menghadkan seorang penjaga untuk menghantar pelajar ke sekolah;
iii. Pembekalan ‘hand sanitizer’ di lokasi-lokasi strategic ruang kawasan sekolah;
iv. Tiada perkumpulan atau perhimpunan sekolah, kegiatan luar, kegiatan fizikal dan kelas-kelas drama;
v. Kedudukan tempat duduk di dalam kelas adalah dijarakkan sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain;
vi. dan lain-lain perkara yang sudah dikongsikan dengan pemimpin-pemimpin sekolah.

Di kantin-kantin sekolah, petugas-petugas kantin diperlukan untuk:

i. memakai penutup muka dan sarung tangan;
ii. mengamalkan kebersihan diri setiap masa seperti mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan;
iii. selalu membersihkan premis kantin; dan
iv. melaksanakan sistem tempahan awal (sehari sebelum) sebagai satu pilihan untuk pelajar.

Kementerian Pendidikan juga mengenalpasti terdapat keperluan khusus bagi pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah tertentu:

a. Asrama-asrama di sekolah-sekolah adalah ditutup buat sementara waktu manakala pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang tinggal jauh bolehlah mengikuti pembelajaran dari rumah selama (lima) 5 hari seminggu. Perkara ani akan dikemaskini mengikut keadaan COVID-19 dari semasa ke semasa.

b. Bagi Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, para pelajar diperlukan hadir bagi mata pelajaran-mata pelajaran yang melibatkan projek dan kelas-kelas praktikal. Ini termasuk para pelajar di sekolah lain yang mengikuti praktikal dan kerja-kerja projek di mana mereka boleh hadir ke sekolah pada hari-hari yang diperlukan hadir untuk menjalani kelas makmal atau praktikal dan menyiapkan projek mereka yang diperlukan untuk peperiksaan awam.


Untuk meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman terhadap keutamaan menjaga penjarakan sosial, kebersihan diri dan langkah kawalan dalam tempoh pandemik ini, para pelajar, ibu-bapa dan guru-guru juga akan turut diberikan maklumat pentingnya mengenai perkara yang perlu diberi perhatian. Kementerian Pendidikan akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan perkembangan terkini dan nasihat yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
- TAMAT –


Attachments
Created at 5/21/2020 5:36 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 6/4/2020 7:03 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof