Sign In

Announcements

Title

ASEAN-UNICEF Conference On Digital Transformation Of The Education System Throughout ASEAN

Body

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education attended the ASEAN-UNICEF Conference on Digital Transformation of the Education System throughout ASEAN held virtually today. The online Conference was co-hosted by the Ministry of Education and Training Viet Nam, UNICEF and the ASEAN Secretariat.

The Conference was jointly officiated by H.E. Dr. Pung Xuan Nha, Minister of Education and Training of Viet Nam, H.E Dato Lim Jock Hoi, Secretary-General of ASEAN and Ms Karin Hulsof, UNICEF Regional Director.  The event amongst others has the objective to recognize the growing urgency to promote digital literacy and transferable skills across ASEAN education system as well as to share good practices and highlight challenges in these areas.

The Conference also consisted of three (03) ministerial sharing sessions where Yang Berhormat Dato had an opportunity to share the initiatives taken by the Ministry of Education in the journey towards digital education. It includes the focus the Ministry of Education has put on capacity building in terms of enhancement of the digital readiness of the teachers and school Leaders, digital Competencies for students; as well as ensuring equitable access to digital learning.

Present during the conference was Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education and officers from the Ministry of Education.

________________________________________________________________________________________________

Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan telah menghadiri persidangan secara dalam talian bertajuk ASEAN-UNICEF Conference on Digital Transformation of the Education System throughout ASEAN yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan dan Latihan Viet Nam, UNICEF dan Sekretariat ASEAN.  

Persidangan berkenaan telahpun dirasmikan bersama oleh Tuan Yang Terutama Dr. Pung Xuan Nha, Menteri Pendidikan dan Latihan Viet Nam, Tuan Yang Terutama Dato Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN and Puan Karin Hulsof, Pengarah Serantau UNICEF. Persidangan ini mempunyai tujuan antara lainnya untuk menyedari keperluan yang meningkat dalam mempromosikan literasi digital serta transferable skills ke seluruh sistem pendidikan ASEAN serta berkongsi amalan baik dan mengenal pasti cabaran dalam bidang berkenaan.

Persidangan turut merangkumi tiga (03) sesi perkongsian menteri di mana Yang Berhormat Dato berpeluang untuk mengongsikan mengenai inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam ke arah pendidikan digital. Ini termasuklah fokus Kementerian Pendidikan terhadap pembangunan kapasiti guru dan pemimpin sekolah dalam bidang digital, kemahiran digital bagi pelajar serta akses kepada pembelajaran digital yang saksama.

Turut hadir didalam Persidangan tersebut ialah Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan 



Attachments
Created at 10/15/2020 2:11 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 10/26/2020 5:04 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof