Sign In

Announcements

Title

The 13th Joint Working Group Meeting Between The Ministry Of Education Brunei Darussalam And The Ministry Of Education Singapore

Body

The 13th Joint Working Group Meeting (JWG) between the Ministry of Education of Brunei Darussalam and the Ministry of Education of Singapore was held virtually today.

The meeting was co-chaired by Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education) at the Ministry of Education Brunei Darussalam and Mr. Lai Chung Han, Permanent Secretary (Education) at the Ministry of Education, Singapore.

The JWG meeting is an annual meeting held alternately between the two ministries that provide a platform for both ministries in sharing recent and ongoing education initiatives and development as well as sharing of best practices and approaches in education. In addition to this, the meeting also discusses collaborative educational programmes and activities between the two countries.

Dari Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh SUT (Pendidikan Teras).png

Dari Kementerian Pendidikan Singapura yang diketuai oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan)png.png

At the meeting, the Ministry of Education of Brunei Darussalam briefed its Singaporean counterparts on recent education developments concerning digital literacy whilst Singapore's Ministry of Education shared its ongoing efforts to strengthen digital literacy and integrate blended learning as a regular feature of the schooling experience. Both ministries also had the opportunity to talk about the governance of their respective Higher Education Institutions/Institutes of Higher Learning.

Existing collaborations were reviewed and progress of programmes and activities under the joint working group initiatives were reported at the meeting such as the school twinning programmes between primary and secondary schools of both countries, sharing session of Singapore's specialist career track and Singapore's participation in the School Leaders' Convention in Brunei Darussalam.

Joining the meeting with the Permanent Secretary (Core Education) were Acting Director General of Education, Dr Hazri bin Hj Kifle, Heads of Division, Centres and Unit and as well as senior officers from the Ministry of Education Brunei Darussalam.

______________________________________________________


MESYUARAT KUMPULAN KERJA BERSAMA KALI KE-13 DI ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN SINGAPURA 

Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan Singapura telahpun mengadakan mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Kali ke-13 secara maya pada hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam dan Yang Mulia Lai Chung Han, Setiausaha Tetap (Pendidikan) di Kementerian Pendidikan, Singapura.

Mesyuarat Kumpulan Kerja ini merupakan mesyuarat tahunan yang lazimnya diadakan secara bergilir di antara kedua-dua Kementerian yang menjadi platform bagi kedua-dua Kementerian untuk mengongsikan inisiatif dan perkembangan pendidikan yang terkini serta amalan-amalan baik dan pendekatan dalam bidang pendidikan. Di samping itu, mesyuarat juga membincangkan mengenai dengan program-program kerjasama serta aktiviti dalam bidang pendidikan di antara kedua-dua buah negara.

Semasa mesyuarat berkenaan, kedua-dua pihak berpeluang untuk mengongsikan perkembangan terkini di dalam bidang pendidikan di kedua-dua buah negara. Pihak Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam berpeluang untuk mengongsikan mengenai literasi digital manakala pihak Kementerian Pendidikan Singapura pula mengongsikan mengenai dengan usaha-usaha untuk mengukuhkan lagi literasi digital dan mengintegrasi pembelajaran bejalin sebagai norma baharu di dalam pengalaman bersekolah. Selain itu, pihak Negara Brunei Darussalam dan pihak Singapura juga telah memberikan taklimat mengenai urustadbir institusi-institusi pengajian tinggi di negara masing-masing.

Di samping itu, mesyuarat turut membincangkan kerjasama dan aktiviti serta program yang dijalankan oleh kedua-dua Kementerian seperti Brunei-Singapore School Twinning Programme, kongsisama dari pihak Singapura mengenai specialist career track dan penglibatan Singapura semasa School Leaders' Convention di Negara Brunei Darussalam. 

Turut hadir didalam mesyuarat tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Hazri bin Hj Kifle, ketua-ketua bahagain/pusat/unit dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.


Attachments
Created at 5/5/2021 3:51 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 5/6/2021 4:50 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof