Sign In

Announcements

Title

School Leaders Dialogue Session for Heads of Departments of the Ministry of Education with School Leaders in Conjunction with the School Leaders Convention 2021

Body

Ministry of Education through Department of Educators Management held a dialogue session for Heads of Departments of the Ministry of Education with School Leaders in conjunction with the School Leaders Convention 2021. The event was held at BRIDEX Conference Hall, Jerudong.  


Present as the Guest of Honour is Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Acting Permanent Secretary (Core Education) Ministry of Education.

WhatsApp Image 2021-06-08 at 12.16.07 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2021-06-08 at 12.16.05 PM (1).jpeg

This dialogue session is a continuation of the School Leaders Convention which was held in February 2021. The theme for the Dialogue Session was 'Quality Leaders, Quality Education' and focused on creativity and Innovation as sub-themes.


The objective of the Dialogue session as aligned to The School Leaders Convention 2021 is to serve as a platform for school leaders nationwide on the current needs and expectations in supporting the Ministry of Education's Strategic Plan 2018 – 2022; Wawasan Brunei 2035 and thus aligning with global expectations. This session focused on the Dialogue Session of Heads of Department under the Ministry of Education and A Decision-Making Workshop for school leaders. 

 WhatsApp Image 2021-06-08 at 7.32.19 PM.jpeg

The morning session began with a welcoming speech by Yang Mulia Dayang Masdiah binti Haji Tuah, acting Director of Educators Management as the Chairman of the Working Committee. The session continued with a speech from the Guest of Honour. Decision-Making Workshop for School Leaders was also held in which participants were involved in a number of activities to discuss and determine aspects or areas in which they can implement decisions at the respective school. The ceremony also continued with a presentation on the newly established Entrepreneurship and Innovation Centre which was presented by Yang Mulia Awang Adna Shatriremie bin Haji Abdul Rahman, Head of the Entrepreneurship Innovation Centre, Ministry of Education.

 

The afternoon session saw the Dialogue Session of Heads of Departments, Ministry of Education and followed by the presentation of workshop resolutions presented by the Head of the School Leaders Council Yang Mulia, Cikgu Haji Metussin bin Haji Jais. The event ended with closing remarks presented by Yang Mulia, Pengiran Hajah Mashayu binti Pengiran Haji Yusof, Head of the School Leadership Unit, Planning and Career Development Division, Department of Educators Management, Ministry of Education.

WhatsApp Image 2021-06-08 at 7.32.18 PM (1).jpeg

WhatsApp Image 2021-06-08 at 7.32.18 PM.jpeg

Also present at the event were the Acting Director General of Education, Heads of Department as well as 154 leaders from government primary, secondary, sixth form centers.

WhatsApp Image 2021-06-08 at 7.33.36 PM.jpeg

_____________________________________________________________________

Sesi Dialog Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Pendidikan Bersama Pemimpin Sekolah Sempena

Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah Tahun 2021


Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Pendidik telah mengadakan Sesi Dialog Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Pendidikan bersama Pemimpin-Pemimpin Sekolah bersempena dengan Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah 2021 yang berlangsung di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi sesi berkenaan ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras).

 

Sesi dialog ini merupakan kesinambungan dari Majlis Konvensyen Pemimpin-Pemimpin Sekolah (School Leaders Convention) yang telah diadakan pada bulan Februari 2021 yang lalu. Tema bagi Sesi Dialog berkenaan ialah 'Pemimpin Berkualiti, Pendidikan Berkualiti' dan fokus kepada kreativiti dan Inovasi sebagai sub tema. 

 

Tujuan utama sesi dialog ini adalah untuk mengukuhkan kesepaduan sistem (systemic coherence) melalui penglibatan dan sokongan yang kukuh serta telus dari pelbagai pihak yang berkepentingan di Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan inisiatif pendidikan selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan 2018-2022 dan seterusnya bagi mendokong usaha berterusan untuk mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035. Sesi kali ini memfokuskan kepada Sesi Dialog Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan dan Bengkel Membuat Keputusan bagi Pemimpin Sekolah (Decision Making workshop). 

Sesi di sebelah pagi dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Yang Mulia Dayang Masdiah binti Haji Tuah, Pemangku Pengarah Pengurusan Pendidik selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sesi Dialog Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Pendidikan bersama Pemimpin Sekolah. Sesi diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis. Pada sesi tersebut, Bengkel Membuat Keputusan bagi Pemimpin Sekolah (Decision Making workshop) juga telah diadakan. Di dalam bengkel ini, para pemimpin sekolah terlibat sama dalam beberapa aktiviti untuk membincangkan dan menentukan aspek atau bidang di mana mereka dapat melaksanakan keputusan di peringkat sekolah masing-masing. Majlis juga diteruskan dengan sesi penyampaian mengenai pusat yang baharu ditubuhkan iaitu Pusat Keusahawanan Inovasi, Kementerian Pendidikan. Penyampaian tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Adna Shatriremie bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pusat berkenaan.

 

Manakala sesi petang diteruskan lagi dengan Sesi Dialog Ketua-Ketua Jabatan, Kementerian Pendidikan dan juga diikuti dengan penyampaian resolusi bengkel yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Metusin bin Haji Jais, Yang Di Pertua Majlis Pemimpin Sekolah Brunei Darussalam (MPSBD). Ucapan Penutup disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mashayu binti Pengiran Haji Yusof, Ketua Unit Kepimpinan Sekolah, Bahagian Pembangunan dan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Pendidik yang juga selaku Setiausaha Jawatankuasa Kerja Sesi Dialog Ketua-Ketua Jabatan Kementerian Pendidikan bersama Pemimpin Sekolah sempena Majlis Konvensyen Pemimpin Sekolah 2021.

 

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Jabatan serta 154 orang pemimpin-pemimpin sekolah rendah, menengah, pusat tingkatan enam kerajaan dari Kementerian Pendidikan. 

Attachments
Created at 6/8/2021 8:57 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 6/19/2021 5:37 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof