Sign In

Announcements

Title

Media Statement: Viral Audio Recording Of A Conversation Between A Mother And A Teacher

Body

Following a viral audio recording of a conversation between a mother and a teacher with regards to dissatisfaction over the teacher's alleged unacceptable conduct, the Ministry of Education would like to advise members of the public especially parents that any inquiries and complaints can be raised through proper procedures.

 

Inquiries and/or complaints on the education service or about teachers at school can be brought to the attention of the respective school leader or the Ministry of Education. Additionally, the Ministry of Education also has various online platforms (website and social media accounts) opened for the public to raise concerns and inquiries. Raised issues will be addressed within appropriate time frame depending on the gravity or scope of the issue.

 

The Ministry of Education would like to reiterate that the safety and security of the school community and the Ministry are protected by law. The authority will take action against any threat, violence, discrimination, verbal abuse or obstruction of any public servant in the discharge of his/her public duties. The Ministry of Education looks at the viral recording seriously and is currently investigating the matter. On this note, the Ministry of Education requests for public cooperation in maintaining the well-being and good name of the school community and all parties concerned.

__________________________________________________________


Rakaman Audio Tular di Media Sosial

Mengenai Perbualan Antara Seorang Ibu dan Guru

 

Berikutan tersebarnya rakaman audio di media sosial berhubung perbualan antara seorang ibu pelajar dengan guru mengenai etika seorang guru, Kementerian Pendidikan dengan ini menasihatkan para ibu-bapa dan penjaga bahawa sebarang kewahaman, kegusaran atau aduan mengenai perkhidmatan pendidikan boleh disalurkan melalui prosedur yang sedia ada.

 

Sebarang isu mengenai guru atau perkhidmatan pendidikan di sesebuah sekolah boleh dibawa ke perhatian pemimpin sekolah yang berkenaan atau Kementerian Pendidikan. Selain itu, Kementerian Pendidikan juga mempunyai beberapa platform terbuka dalam bentuk laman web dan akaun-akaun media sosial Kementerian ini yang boleh digunakan pihak awam termasuk ibu-bapa untuk menyalurkan sebarang perkara yang berkaitan. Mana-mana isu yang ditimbulkan akan diproses untuk diselesaikan dalam tempoh dan cara yang bersesuaian.

 

Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan turut menekankan bahawa keselamatan dan perlindungan warga sekolah dan Kementerian adalah dilindungi oleh undang-undang negara di mana sebarang ancaman, kekerasan, gangguan, kekasaran lisan atau menghalang dari melaksanakan tugas akan diambil tindakan oleh pihak yang berwajib. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan memberikan perhatian yang serius terhadap insiden tular berkenaan dan menjalankan siasatan terhadap perkara ini. Dalam masa yang sama, pihak Kementerian Pendidikan memohon agar orang ramai juga memberikan kerjasama dalam sama-sama menjaga kesejahteraan warga dan komuniti sekolah serta nama baik semua pihak.


Attachments
Created at 6/19/2021 5:30 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 6/23/2021 3:28 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof