Sign In

Announcements

Title

Online Teaching And Learning

Body

Ministry of Education, Berakas / 27 Zulhijjah 1442 corresponding to 7th August 2021 - The Ministry of Education on the advice of Ministry of Health hereby informs that teaching and learning sessions for all primary and secondary schools, colleges, sixth form centres, technical and vocational institution, training and lifelong learning centres, institutions of higher learning, and private schools under the purview of the Ministry of Education as well as schools under the Ministry of Religious Affairs WILL BE CONDUCTED ONLINE with effect from Monday, 29 Zulhijjah 1442 corresponding to 9th August 2021 until further notice. ONLINE TEACHING AND LEARNING for tuition centres and music schools will be implemented with immediate effect commencing Saturday, 27 Zulhijjah 1442 corresponding to 7th August 2021. 


To ensure students’ health and safety, students are advocated TO STAY HOME and follow online learning through suitable platforms based on the capacity of respective schools/institutions which are through emails, Google Docs, WhatsApp, Video Conference, Microsoft Teams and social media platforms or any suitable telecommunication applications. Additionally, schools/institutions will also be providing Home-Pack Learning (HPL) for students who have limited or do not have internet access. 


Schools and educational institutions are to activate their respective Business Continuity Plan (BCP) in the interest of maintaining the well-being of teachers, lecturers and school/institution community. As previously implemented, this includes allowing those deemed vulnerable to Work From Home (WFH) as stated by the Ministry of Health. This is inline with flexible working arrangements for all public servants as stated in the Prime Minister’s Office Circular with reference 06/2020. 


For further queries and information, kindly contact the Ministry of Education’s COVID-19 Operation Centre at 2382396 during office hours.


__________________________________________________________________


PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) 


Kementerian Pendidikan, Berakas / 27 Zulhijjah 1442 bersamaan 07 Ogos 2021 - Kementerian Pendidikan dengan nasihat Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa sesi pembelajaran dan pengajaran bagi semua sekolah rendah, menengah, maktab, pusat tingkatan enam, institusi pendidikan teknikal dan vokasional, pusat-pusat latihan dan pembelajaran sepanjang hayat, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah swasta di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan juga termasuk sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama akan dilaksanakan SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) bermula pada hari Isnin, 29 Zulhijjah 1442 bersamaan 09 Ogos 2021 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Manakala pembelajaran dan pengajaran SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) bagi pusat-pusat tuisyen dan sekolah-sekolah musik akan bermula dengan serta merta pada hari Sabtu, 27 Zulhijjah 1442 bersamaan 07 Ogos 2021. 


Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar-pelajar adalah terjaga serta terhindar daripada sebarang kemungkinan jangkitan, pelajar-pelajar akan dikehendaki untuk BERADA DI RUMAH dan mengikuti pembelajaran secara dalam talian melalui pelbagai landasan mengikut kapasiti sekolah / institusi pengajian masing-masing sama ada melalui emel, Google Docs, WhatsApp, Video Conference, Microsoft Teams dan platform media sosial atau sebarang aplikasi telekomunikasi yang bersesuaian. Selain itu, pihak sekolah / institusi pengajian juga akan memberikan pek pembelajaran di rumah (home-pack learning [HPL]) bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai akses kepada internet. 


Turut dimaklumkan bahawa, pihak sekolah dan institusi pengajian diarahkan untuk mengaktifkan Business Continuity Plan (BCP) masing-masing bagi menjaga kesejahteraan guru-guru, pensyarah-pensyarah dan warga sekolah dan institusi pengajian dengan memberikan kelonggaran bagi warga sekolah dan institusi pengajian yang termasuk dalam kategori vulnerable sepertimana yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. Pelaksanaan kaedah Work From Home (WFH) juga diselaraskan dengan kaedah flexible working arrangements bagi semua warga perkhidmatan awam seperti yang dinyatakan di dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 06/2020. 


Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Gerakan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 2382396 pada waktu pejabat. 

Attachments
Created at 8/7/2021 6:53 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 8/13/2021 8:00 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof