Sign In

Announcements

Title

Sim Cards And Tablets Handover To Year 6 Students Under Ri'ayah Wa Mahabbah Programme

Body

Saturday, 18 September 2021 - The Ministry of Education through the Department of Schools today held a drive-through Sim Cards and Tablets Handover to 19 Year 6 students under the Ri'ayah Wa Mahabbah Programme at Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong.

 4za.jpeg

3za.jpeg

2za.jpeg

1za.jpeg


A total of 19 sim cards and 13 tablets were distributed to the students by Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Acting Director of Schools.


The contributions are from the Device Donation Campaign, which is an initiative by the Ministry of Education in cooperation with the Ministry of Transport and Infocommunications and the Authority for Info-communications Technology Industry (AITI) as well as the private sectors namely Dynamik Technologies Sdn Bhd, Progresif Sdn Bhd and Imagine Sdn. Bhd. in supporting online learning specifically for students in need.

 

The Device Donation Campaign is opened until 30 September 2021 and donations can be sent to the Department of Co-Curriculum Education, Lambak Kanan located at Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan, Berakas or Pusat Tingkatan Enam Tutong from 8:30 to 11:30 am daily, from 8:30 a.m. to 11:30 a.m., except every Friday, Sunday and public holiday.

 

The Ministry of Education would also like to express sincere appreciation and gratitude for the contributions and support from the public, the private sectors and Non-Governmental Organisations (NGOs) to the Device Donation Campaign.

 

For more information, please contact the Ministry of Education at +673-7163184 / AITI at +673-8198404 during office hours or via email to info.dcce@moe.gov.bn or visit the Ministry of Education website at www.moe.gov.bn.


______________________________________________________________________________________________________


Sabtu, 18 September 2021 – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah pada hari ini telah mengadakan Penyerahan Kad Sim dan Peranti Tab bagi 19 orang pelajar Tahun 6 di bawah program Ri'ayah Wa Mahabbah 2021 secara pandu-lalu (drive-through) di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong.

 

Sebanyak 19 kad sim dan 13 unit peranti tab telah diserahkan kepada pelajar berkenaan oleh Yang Mulia Awang Zainal Abidin bin Haji Kepli, Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah.

 

Sumbangan tersebut adalah merupakan hasil dari Kempen Sumbangan Peranti, inisiatif dan kerjasama Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) serta sektor-sektor swasta iaitu Dynamik Technologies Sdn Bhd, Progresif Sdn Bhd dan Imagine Sdn. Bhd untuk membantu pelaksanaan pembelajaran dalam talian (online learning) khusus bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.

 

Kempen tersebut dibukakan sehingga 30 September 2021 dan sumbangan bolehlah dihantar ke Jabatan Pendidikan Kokurikulum Lambak Kanan bertempat di Jalan 10, Kg. Perpindahan Lambak Kanan, Berakas atau di Pusat Tingkatan Enam Tutong dari jam 8:30 hingga 11:30 pagi pada setiap hari kecuali Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam.

 

Di kesempatan ini, Kementerian Pendidikan ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, sektor swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap Kempen Sumbangan Peranti ini.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Kementerian Pendidikan di talian +673-7163184 / pihak AITI di talian +673-8198404 semasa waktu bekerja atau melalui emel ke info.dcce@moe.gov.bn atau melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.bn.


Attachments
Created at 9/18/2021 8:12 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 9/25/2021 6:35 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof