Sign In

Announcements

Title

ASEAN Business And Investment Roundtable 2021 Discussion On Skills For A Digital Age 29th September 2021

Body

Wednesday, 29th September 2021 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Minister of Education of Negara Brunei Darussalam was invited to deliver the Opening Keynote Address at the ASEAN Business and Investment Roundtable on Skills for a Digital Age 2021 held virtually today. The event is part of the series of official business programme hosted by the ASEAN Business Advisory Council (BAC) Brunei, as Chair of the ASEAN BAC 2021, aiming to engage the ASEAN community on key issues that impact our region, focusing on three strategic thrusts namely 'Recovery, Digitalisation, Sustainability'.

 

WhatsApp Image 2021-10-01 at 1.13.45 PM.jpeg


By discussing key themes that are relevant to ASEAN, it aims to provide a greater understanding, and how to better prepare, the changing landscape of work in Southeast Asia, particularly upon the impact of the 4th Industrial Revolution. The Chair of ASEAN BAC Brunei had also shared a legacy project titled "Harnessing Impact with Resilient Employability Digitally" (HIRED) aiming to address the shift of digital technology in strengthening the capacity of workforce in ASEAN, where they will be prepared with skills that are fit for the industry working in the digital era.

 

The event was attended by Yang Berhormat FDr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty Dato Seri Laila Jasa Hj Abd Rahman, ASEAN BAC Chair, Yang Mulia Dayang Haslina Hj Taib, Chair of ASEAN Business and Investment Summit 2021, The Honourable Mr Mark Garnier Member of Parliament, Prime Minister's Trade Envoy to Thailand, Myanmar and Brunei at Department for International Trade, The Honourable Mr Satvinder Singh, Deputy Secretary-General for the ASEAN Economic Community, Yang Mulia Dayang Faridah Dato Talib, Managing Director and CEO of Brunei Liquefied Natural Gas, and other participants from international organisations, as well as education and business sectors from Negara Brunei Darussalam  and across Southeast Asia.

 

In his address during the event, Yang Berhormat Minister of Education substantiated the importance of equipping the society for a digital future relying on the development of the younger generation with relevant 21st century skills, knowledge and competencies, particularly with the "6Cs", which are critical thinking, collaboration, communication, creativity, cultural awareness and character education, to enable us to respond to the needs of 4th Industrial Revolution and Society 5.0, where the demand for technological, social and emotional, and higher cognitive skills will grow. Yang Berhormat Dato congratulated the ASEAN BAC Brunei in spearheading this important event, and hopes to further strengthened alliances and potential cooperation that will mutually benefit all parties in building resilient and sustainable future for ASEAN and work in this digital era.

 

Also present during the event were senior officials from Ministry of Education as well as higher education institutions.


________________________________________________________________________________


Rabu, 29hb September 2021 – Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman, Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam telah dijemput untuk menyampaikan Ucaptama Pembukaan di Perbincangan Meja Bulat Perniagaan dan Pelaburan ASEAN mengenai Kemahiran untuk Zaman Digital 2021 yang diadakan secara maya hari ini. Acara ini adalah sebahagian daripada rangkaian program perniagaan rasmi yang dihoskan oleh Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (BAC) Brunei, sebagai Ketua ASEAN BAC 2021, bertujuan untuk melibatkan masyarakat ASEAN dalam isu-isu penting yang mempengaruhi rantau ini, dengan memfokuskan kepada tiga teras strategik iaitu 'Pemulihan, Digitalisasi, Kelestarian'.

 

Dengan membincangkan tema-tema utama yang relevan di ASEAN, ia bertujuan untuk memberikan pemahaman dengan lebih lanjut, dan seterusnya membuat persediaan dengan lebih baik, bagi perubahan landskap pekerjaan di Asia Tenggara, khususnya mengenai kesan Revolusi Industri ke-4. Pengerusi ASEAN BAC Brunei juga telah mengongsikan projek warisan bertajuk "Harnessing Impact with Resilient Employability Digitally" (HIRED) yang bertujuan untuk mengatasi pergeseran teknologi digital dalam memperkukuhkan keupayaan tenaga kerja di ASEAN, dalam mempersiapkan kemahiran yang bersesuaian dengan pekerjaan industri di era digital.

 

Acara tersebut dihadiri oleh Yang Berhormat FDr. Ar. Dayang Siti Rozaimeriyanty Dato Seri Laila Jasa Hj Abd Rahman, Pengerusi BAC ASEAN, Yang Mulia Dayang Haslina Hj Taib, Pengerusi Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2021, Tuan Yang Terutama Mark Garnier Ahli Parlimen, Utusan Perdagangan Perdana Menteri ke Thailand, Myanmar dan Brunei di Jabatan Perdagangan Antarabangsa, Tuan Yang Terutama Satvinder Singh, Timbalan Setiausaha Agung untuk Komuniti Ekonomi ASEAN, Yang Mulia Dayang Faridah Dato Talib, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Liquefied Natural Gas Brunei, dan peserta lain dari organisasi antarabangsa, dan sektor pendidikan dan perniagaan dari Negara Brunei Darussalam dan seluruh Asia Tenggara.

 

Dalam ucaptama semasa acara tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan menekankan pentingnya untuk melengkapkan masyarakat bagi masa depan digital yang bergantung kepada peningkatan generasi muda dengan kemahiran, pengetahuan dan kecekapan abad ke-21 yang relevan, terutamanya dengan "6C", iaitu pemikiran kritis, kolaborasi , komunikasi, kreativiti, kesedaran budaya dan pendidikan watak, dalam menangani keperluan Revolusi Industri ke-4 dan Masyarakat 5.0, di mana permintaan untuk kemahiran teknologi, sosial dan emosi, dan kognitif yang lebih tinggi akan berkembang. Yang Berhormat Menteri Pendidikan juga mengucapkan tahniah kepada ASEAN BAC Brunei dalam menerajui acara penting ini, dan berharap akan dapat mengukuhkan lagi pakatan dan kerjasama yang saling berpotensi bagi semua pihak dalam membangunkan masa depan yang berdaya tahan dan mampan bagi ASEAN dan pekerjaan didalam era digital.

 

Turut hadir pada acara berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan dan institusi pengajian tinggi.

Attachments
Created at 10/1/2021 1:26 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 10/6/2021 7:43 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof