Sign In

Announcements

Title

ASEAN-Australia Education Dialogue Webinar On Digital Transformation Of Higher Education In ASEAN And Australia; Tuesday, 02 August 2022 [Online]

Body

Ministry of Education An ASEAN-Australia Education Dialogue (AAED) Webinar on Digital Transformation of Higher Education in ASEAN and Australia was held virtually today. The webinar focused  on the Digital Transformation in the Higher Education Sector in Southeast Asia and Australia, bringing together the experience of Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB) and Curtin University (Australia and Malaysia).

 12348Dr.Azman Webinar ASEAN Australia.JPG

This webinar commenced with opening remarks from Her Excellency Chintana Vongpaseuth, Australian Deputy High Commissioner to Brunei Darussalam and Yang Mulia Dr. Hj Azman bin Ahmad, the Permanent Secretary (Higher Education) of the Ministry of Education, Brunei Darussalam. In his opening remark, he mentioned that the children of today have grown up with technology and emphasised that schools and educational institutions should undergo an extensive digital transformation to be able to meet the needs of the young generation and their digitalized future. He further highlighted the Digital Transformation Plan at the Ministry of Education which focuses on three areas namely Educational Technology; Management Technology; and Enabling Policies and Infrastructure.

 

During the panel discussion, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB) and Curtin University (Australia and Malaysia) showcased their digital transformation strategies and how their students are responding. The universities also had the opportunity to share their steps and strategies implemented in ensuring their platforms and learning management systems are flexible enough to accommodate various digital device types and can include new and emerging technologies. Representing Brunei Darussalam were Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Vice Chancellor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) and Yang Mulia Datin Paduka Professor Dr. Dayang Hajah Zohrah Haji Sulaiman, Vice Chancellor, Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 

Also present at the meeting with the Permanent Secretary (Higher Education) were officials from the Ministry of Education Brunei Darussalam, Universiti Brunei Darussalam and Universiti Teknologi Brunei, Brunei Darussalam.


 __________________________________________________________


Dialog Pendidikan ASEAN-Australia Webinar mengenai Transformasi Digital

di dalam Pengajian Tinggi di ASEAN dan Australia, 02 Ogos 2022

Secara Maya

 

Kementerian Pendidikan – Dialog Pendidikan antara ASEAN-Australia mengenai Transformasi Digital Pengajian Tinggi di ASEAN dan Australia telahpun diadakan pada 02 Ogos 2022 secara maya. Webinar ini menumpukan kepada Transformasi Digital dalam Sektor Pengajian Tinggi di Asia Tenggara dan Australia, dan menghimpunkan pengalaman dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Universiti Curtin (Australia dan Malaysia).

 

Webinar ini dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Puan Yang Terutama Chintana Vongpaseuth, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam dan Yang Mulia Dr. Hj Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Dalam ucapan perasmiannya, Yang Mulia Dr. Hj Azman bin Ahmad menyatakan bahawa kanak-kanak di zaman yang moden ini telah membesar dengan teknologi dan menekankan bahawa sekolah dan institusi pendidikan perlu menjalani transformasi digital yang meluas agar dapat memenuhi keperluan generasi muda dan masa depan digital mereka. Beliau kemudian mengongsikan mengenai Pelan Transformasi Digital di Kementerian Pendidikan yang memfokuskan kepada tiga bidang iaitu Teknologi Pendidikan; Teknologi Pengurusan; dan Dasar Pembolehan dan Infrastruktur.

 

Semasa webinar tersebut, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Universiti Curtin (Australia dan Malaysia) telah menerangkan strategi transformasi digital universiti masing-masing dan bagaimana pelajar mereka bertindak balas. Universiti-universiti berkenaan juga berpeluang untuk berkongsi langkah dan strategi yang telah dilaksanakan dalam memastikan platform dan sistem pengurusan pembelajaran di universiti-universiti berkenaan cukup fleksibel dalam menampung pelbagai jenis peranti digital dan boleh merangkumi teknologi baru dan yang baru muncul. Mewakili perbincangan panel dari Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Dr. Hazri bin Haji Kifle, Naib Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Yang Mulia Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah Haji Sulaiman, Naib Canselor, Universiti Teknologi Brunei (UTB).

 

Turut menghadiri bersama-sama Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) semasa acara webinar berkenaan adalah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei, Negara Brunei Darussalam.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/61

Tarikh: 04 Muharram 1444H / 02 Ogos 2022


Attachments
Created at 8/3/2022 9:15 AM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 8/8/2022 6:36 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof