Sign In

Announcements

Title

Jati Diri 'Berkat' Programme Opening Ceremony

Body

THE OPENING CEREMONY FOR JATI DIRI 'BERKAT' PROGRAMME


BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management this morning held the opening ceremony for Jati Diri 'Berkat' Programme which was held at Dewan Serbaguna, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3), Lambak Kanan. The Programme was attended by a total of 90 students that have been awarded The Government of His Majesty's Overseas Scholarship and the Education Assistance Loan Scheme (SBPP) for the 2022/2023 academic session.


 WhatsApp Image 2022-08-22 at 4.12.02 PM(2).jpeg

WhatsApp Image 2022-08-22 at 4.12.02 PM (2).jpegWhatsApp Image 2022-08-22 at 4.12.01 PM.jpeg

The Jati Diri 'Berkat' Programme will be held for 5 days starting Monday, 22 August 2022. Various briefings, activities and knowledge-sharing sessions are organized in this programme such as life skills, leadership, the strengthening of faith as well as appreciation of the Malay Islamic Monarchy (MIB).


WhatsApp Image 2022-08-22 at 4.12.04 PM.jpeg

WhatsApp Image 2022-08-22 at 4.12.03 PM.jpegWhatsApp Image 2022-08-22 at 4.12.03 PM (1).jpeg

It is hoped that this programme will be able to prepare the students well for studying abroad as well as to provide them with the latest information and knowledge before departing Brunei.

 

The Ministry of Education through the Department of Scholarship Management will continue to strive to ensure the learning and well-being of the students will be monitored from time to time towards realizing Brunei Vision 2035.


________________________________________________________________________


MAJLIS PEMBUKAAN RASMI PROGRAM JATI DIRI 'BERKAT'


BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa pagi ini telah mengadakan majlis pembukaan rasmi Program Jati Diri 'Berkat' yang diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3), Lambak Kanan. Seramai 90 orang pelajar menyertai program berkenaan yang terdiri daripada penerima Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke Luar Negeri dan Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan (SBPP) sesi pengajian 2022/2023.

 

Program Jati Diri 'Berkat' ini akan diadakan selama 5 hari, bermula hari Isnin, 22 Ogos 2022. Pelbagai taklimat, aktiviti dan sesi perkongsian ilmu seperti Ilmu Kemahiran Hidup, Keyakinan, Kepimpinan, Pengukuhan Akidah, Penghayatan Melayu Islam Beraja (MIB) dan sebagainya telah disusun disepanjang program ini berjalan.

 

Program ini dihasratkan akan dapat mempersiapkan para pelajar untuk menjalani pengajian di luar negara selain memberikan maklumat-maklumat terkini serta ilmu pengetahuan kepada mereka sebagai panduan semasa menjalani pengajian di luar negara nanti.

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa akan terus menerus berusaha bagi memastikan pembelajaran dan kesejahteraan para pelajar akan dipantau dari masa ke semasa terutamanya dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/68(M)

Tarikh: 24 Muharram 1444H / 22 Ogos 2022M


Attachments
Created at 8/22/2022 4:21 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof
Last modified at 8/22/2022 5:44 PM by Dk Siti Farhana Binti Pg Hj Yusof