INTEGRATION OF RELIGIOUS SUBJECTS INTO THE GENERAL EDUCATION SYSTEM
Monday, 8 Rabiulakhir 1445 | 23 October 2023
BERAKAS – In response to the Titah of His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam during Brunei Darussalam's 39th National Day Celebration 1444/2023, the Ministry of Religious Affairs and the Ministry of Education hereby announce the "Integration of Religious Subjects into the General Education System".
The integration of Religious Subjects into the General Education System will commence on Wednesday, 17 Rabiulakhir 1445 corresponding to 1 November 2023. Through this integration, subjects that are normally taught in religious schools will be absorbed into the general education curriculum in government and private primary schools including international schools.
This integration will only involve students who are studying at the Pre-school level to Darjah 3 in religious schools. These students will continue their Religious Education in their respective primary schools. Meanwhile, Darjah 4 to Darjah 6 religious school students will continue their learning as usual in their respective religious schools.
In this regard, school hours for the schools and students involved will be changed from 7.30 am to 12.00 pm and from 1.30 pm to 3.00 pm. Religious subjects that are integrated into the general education timetable will be taught for one hour, that is, 2 periods per day. As for the school attire, students will only wear one school uniform, which is the uniform of their respective government and private primary schools as well as international schools.
Among the objectives of this integration is to safeguard the students' well-being by reducing student workload and reducing time spent in school, which will further improve their work-life balance and mental health. In addition, this change is also expected to increase learning efficiency, where the reduced school hours will give room for teachers and students to focus on better quality learning.
The Ministry of Religious Affairs and the Ministry of Education expresses its highest appreciation and gratitude to the teachers, school leaders in government and private primary schools, international schools and religious schools as well as the understanding and cooperation from parents and guardians during the implementation of this integration.
With strong support from all stakeholders as well as with Tawakal to Allah Subhanahu Wa Taala, the Ministry of Religious Affairs and the Ministry of Education will be able to implement this integration smoothly and successfully for the well-being of all our children.
_____________________________________________________
PENGINTEGRASIAN MATA PELAJARAN UGAMA KE DALAM SISTEM PENDIDIKAN UMUM
Hari Isnin, 8 Rabiulakhir 1445H | 23 Oktober 2023M
BERAKAS – Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-39 Bagi Tahun 1444H/2023M, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan dengan ini sukacita mengumumkan “Pelaksanaan Pengintegrasian Mata Pelajaran Ugama ke Dalam Sistem Pendidikan Umum".
Pengintegrasian mata pelajaran Ugama ke dalam sistem pendidikan umum akan mula dilaksanakan pada hari Rabu, 17 Rabiulakhir 1445 bersamaan 1 November 2023. Melalui pengintegrasian ini, mata-mata pelajaran yang lazimnya diajarkan di sekolah-sekolah ugama akan diserapkan ke dalam kurikulum pendidikan umum di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta termasuk sekolah-sekolah antarabangsa.
Pengintegrasian ini hanya akan melibatkan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di peringkat Pra sehingga Darjah 3 Ugama. Dalam hal ini, pelajar-pelajar ini akan mengikuti Pendidikan Ugama mereka di sekolah rendah masing-masing. Manakala, pelajar-pelajar yang menuntut dalam Darjah 4 hingga Darjah 6 Ugama masih meneruskan pembelajaran di sekolah-sekolah Ugama seperti lazimnya.
Berikutan ini, waktu persekolahan untuk sekolah-sekolah yang terlibat bagi pelajar-pelajar yang dimaksudkan akan diubah dan diselaraskan masanya bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang hingga 3.00 petang. Mata pelajaran Ugama yang diintegrasikan ke dalam jadual pendidikan umum akan diajar selama satu jam iaitu 2 waktu atau period sehari. Pakaian seragam sekolah juga akan diselaraskan di mana pelajar-pelajar hanya memakai satu seragam sekolah sahaja iaitu pakaian seragam di sekolah rendah kerajaan dan swasta serta sekolah antarabangsa masing-masing.
Antara tujuan pengintegrasian ini adalah untuk menjaga kesejahteraan pelajar dengan mengurangkan beban kerja pelajar dan mengurangkan masa berada di sekolah, yang akan meningkatkan lagi keseimbangan hidup (work-life balance) dan kesihatan mental (mental health) para pelajar. Selain itu, perubahan ini juga diharap akan meningkatkan lagi efisiensi pembelajaran, di mana waktu persekolahan yang berkurang akan memberi ruang kepada guru dan para pelajar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran yang lebih berkualiti.
Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru, pemimpin-pemimpin sekolah di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta, sekolah-sekolah antarabangsa dan sekolah-sekolah ugama serta kefahaman dan kerjasama dari pihak ibu bapa dan penjaga semasa pelaksanaan pengintegrasian ini.
Dengan sokongan padu daripada semua pihak yang berkepentingan, serta dengan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pendidikan akan dapat melaksanakan pengintegrasian ini dengan lancar dan jayanya demi kesejahteraan anak-anak kitani semua.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2023/145 (M)
Tarikh: 8 Rabiulakhir 1445 / 23 Oktober 2023