FINAL STAGE OF THE AZAN SUBUH COMPETITION FOR GOVERNMENT PRIMARY SCHOOLS 1445 / 2024

May 4, 2024

FINAL STAGE OF THE AZAN SUBUH COMPETITION

FOR GOVERNMENT PRIMARY SCHOOLS 1445 / 2024

Saturday, 24 Syawal 1445 / 4 May 2024

 

KG. KATOK – The Ministry of Education through the Programme and Academic Division, Department of Schools today held the Final Stage of the Azan Subuh Competition for Government Primary Schools 1445H / 2024M held at Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

azan2.jpeg

azan3.jpeg

azan7.jpeg

azan4.jpeg

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Ustaz Haji Shamshol bin Haji Omar, Director of Islamic Studies, Department of Islamic Studies, Ministry of Religious Affairs, Brunei Darussalam.

azan6.jpeg

azan5.jpeg

A total of 12 Year 3 students from 12 government primary schools representing 6 clusters competed in the final stage. The competition started in February this year according to stages, namely at the school level and the cluster level. The schools that made it to the final stage were Sekolah Rendah Semabat, Temburong and Sekolah Rendah Pintu Malim from Cluster 1, Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh Sungai Hanching and Sekolah Rendah Mabohai from Cluster 2, Sekolah Rendah Rimba III and Sekolah Rendah Pantai Berakas from Cluster 3, Sekolah Rendah Jerudong and Sekolah Rendah Batang Mitus from Cluster 4, Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang II and Sekolah Rendah Lamunin from Cluster 5 as well as Sekolah Rendah Merangking and Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof, Seria represented Cluster 6.

 azan10.jpeg

azan8.jpeg

azan9.jpeg

The Champion of the Azan Subuh Competition was Awang Muhd Adib Nazhan bin Mohd Nasir from Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh Sungai Hanching, the Runner-up Awang Muhd Izz Haikal bin Alihan from Sekolah Rendah Rimba III and in third place was Awang Muhd Radin Hadizul Khaliq bin Hj Muhd Azzatul Amin, dari Sekolah Rendah Mabohai

 

One of the purposes of the Azan Subuh competition is to nurture students' talents and abilities in delivering the azan correctly. The objective of this competition was to raise awareness of the beauty of the call to prayer and its importance in the life of a Muslim, to give students the opportunity from the primary level to highlight their talents and abilities in delivering the call to prayer and to promote students' respect for the call to prayer.

 azan1.jpeg

Also present at the event were directors, heads of divisions and departments as well as officials from the Ministry of Education and the Department of Islamic Studies, Ministry of Religious Affairs, teachers and parents of the students who participated in this competition.


_________________________________________________________


PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN AZAN SUBUH

BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KERAJAAN TAHUN 1445 / 2024

Sabtu, 24 Syawal 1445 / 4 Mei 2024


KG. KATOK – Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Program dan Akademik, Jabatan Sekolah-Sekolah pada hari ini telah mengadakan Peringkat Akhir Pertandingan Azan Subuh bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan bagi Tahun 1445 / 2024 bertempat di Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Ustaz Haji Shamshol bin Haji Omar, Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

 

Seramai 12 orang pelajar Tahun 3 dari 12 buah sekolah rendah kerajaan yang mewakili 6 kluster bertanding di peringkat akhir. Pertandingan bermula pada bulan Februari tahun ini mengikut peringkat iaitu di peringkat sekolah dan peringkat kluster. Sekolah-sekolah yang berjaya mara ke peringkat akhir ialah Sekolah Rendah Semabat, Temburong dan Sekolah Rendah Pintu Malim dari Kluster 1, Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh Sungai Hanching dan Sekolah Rendah Mabohai dari Kluster 2, Sekolah Rendah Rimba III dan Sekolah Rendah Pantai Berakas dari Kluster 3, Sekolah Rendah Jerudong dan Sekolah Rendah Batang Mitus dari Kluster 4, Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang II dan Sekolah Rendah Lamunin dari Kluster 5 dan Sekolah Rendah Merangking dan Sekolah Rendah Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof, Seria mewakili bagi Kluster 6.

 

Johan Pertandingan Azan Subuh disandang oleh Awang Muhd Adib Nazhan bin Mohd Nasir dari Sekolah Rendah Haji Mohd Salleh Sungai Hanching, Naib Johan dimenangi oleh Awang Muhd Izz Haikal bin Alihan, dari Sekolah Rendah Rimba III dan tempat ketiga disandang oleh Awang Muhd Radin Hadizul Khaliq bin Hj Muhd Azzatul Amin, dari Sekolah Rendah Mabohai.

 

Antara tujuan pertandingan Azan Subuh ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kebolehan pelajar dalam menyampaikan azan dengan betul dan baik. Objektif pertandingan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang keindahan azan dan pentingnya azan dalam kehidupan sesorang yang berugama Islam, memberi peluang kepada pelajar-pelajar bermula dari peringkat rendah bawah lagi bagi menonjolkan bakat dan kebolehan dalam menyampaikan azan serta mempertingkatkan kesedaran pelajar-pelajar untuk menghormati azan.

 

Turut hadir di majlis tersebut ialah pengarah-pengarah, ketua-ketua bahagian dan jabatan serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, para guru dan ibu bapa pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/048 (M)

Tarikh: 24 Syawal 1445H / 04 Mei 2024