BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE SCHOOL TWINNING PROGRAMME 6 TO 10 MAY 2024

May 6, 2024

BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE SCHOOL TWINNING PROGRAMME

6 TO 10 MAY 2024

Monday, 26 Syawal 1445 / 6 May 2024


Berakas – The Ministry of Education through the Department of Schools has coordinated a delegation of 12 students, a Deputy Principal and 2 accompanying teachers from Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa to visit Boon Lay Secondary School, Republic of Singapore for 5 days from 6 to 10 May 2024 under the Brunei Darussalam and the Republic of Singapore School Twinning Programme.

P6.png

Present to bid farewell at the Brunei International Airport was Yang Mulia Dayang Hajah Sarifah binti Haji Matsawali, Head of Cluster 2, Department of Schools, Ministry of Education.


P4.png


Negara Brunei Darussalam delegation is represented by Year 9 and Year 10 students namely Nur Syasya Bazilah binti Haji Razman, Nur Amirah Syafiqah Alisha binti Abdul Bari, Nurfarzanah binti Zulkarnain, Nurul Farzana Batrisyia binti Sulaiman, Dhyalaila Insyirah binti Abdul Rahman, Muhammad Danial Haikal bin Muhammad Abdul Hafiz, Nor Aiman bin Mohd Isham, Mohammad Akmal Zuhair bin Merkawi, Dayangku Nur Alia Natasya binti Pengiran Osman, Muhammad Nuraiman Hazwan bin Abdullah, Razeeq Darwisy bin Mohammad Amin dan Awangku Abdul Raziq Naufal bin Pengiran Matassan. Present as the head of the delegation was Cikgu Dayang Siti Salmiah binti Awang Abas, Deputy Principal of Administration and two chaperones namely Cikgu Awang Ali Zainul Amsyar bin Haji Aliamat and Cikgu Dayang Nadiah Maimunah binti Khanafiah.


P1.png 

P3.png

P2.png

P5.png


Among the main purposes of this visit is to strengthen the relationship at the secondary school level between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, as well as providing a platform to share information, ideas and experiences as well as best practices in learning and teaching. At the same time, this visit is expected to broaden the minds of the participants regarding the current and future needs of education.


In addition, the visit is also expected to provide an opportunity for students to increase their knowledge and broaden their experience with the learning conditions of secondary schools in Singapore. The students will also be able to exchange experiences and share knowledge with Singaporean students. At the same time, the accompanying teachers can gain knowledge about teaching techniques, student assessment, classroom management and effective intervention programmes to adapt and apply when they return to school. Meanwhile, the Deputy Principal of Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam will also be able to exchange views with the administrators of Boon Lay Middle School, Singapore on best practices in teachers professional development, the management of the Parents and Teachers Association as well as ways to explore and further improve the dissemination of school ethos and culture efficiently.

_______________________________________________________________________


PROGRAM SEKOLAH BERKEMBAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA

6 HINGGA 10 MEI 2024

Isnin, 26 Syawal 1445 / 6 Mei 2024


BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, telah menyelaras penyertaan satu delegasi yang terdiri daripada 12 orang pelajar, seorang Timbalan Pengetua dan 2 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa untuk menyertai lawatan ke Sekolah Menengah Boon Lay, Republik Singapura selama 5 hari bermula 6 hingga 10 Mei 2024 di bawah Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.


Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Dayang Hajah Sarifah binti Haji Matsawali, Ketua Kluster 2, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.


Delegasi Negara Brunei Darussalam terdiri dari pelajar Tahun 9 dan 10, iaitu Nur Syasya Bazilah binti Haji Razman, Nur Amirah Syafiqah Alisha binti Abdul Bari, Nurfarzanah binti Zulkarnain, Nurul Farzana Batrisyia binti Sulaiman, Dhyalaila Insyirah binti Abdul Rahman, Muhammad Danial Haikal bin Muhammad Abdul Hafiz, Nor Aiman bin Mohd Isham, Mohammad Akmal Zuhair bin Merkawi, Dayangku Nur Alia Natasya binti Pengiran Osman, Muhammad Nuraiman Hazwan bin Abdullah, Razeeq Darwisy bin Mohammad Amin and Awangku Abdul Raziq Naufal bin Pengiran Matassan. Turut serta selaku ketua delegasi ialah Cikgu Dayang Siti Salmiah binti Awang Abas, Timbalan Pengetua Pentadbiran dan dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Awang Ali Zainul Amsyar bin Haji Aliamat dan Cikgu Dayang Nadiah Maimunah binti Khanafiah.


Antara tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengukuhkan perhubungan peringkat sekolah menengah di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, serta menyediakan landasan untuk berkongsi maklumat, idea serta pengalaman dan amalan terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran. Pada masa yang sama lawatan ini diharap dapat membuka minda para peserta mengenai keadaan pendidikan masa ini dan akan datang.


Selain itu, lawatan tersebut juga diharap akan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menambah pengetahuan mereka dan meluaskan pengalaman mereka dengan keadaan pembelajaran sekolah menengah di Singapura. Para pelajar juga akan dapat bertukar-tukar pengalaman dan berkongsi pengetahuan bersama pelajar-pelajar Singapura. Pada masa yang sama, guru-guru pendamping dapat menimba ilmu pengetahuan tentang teknik-teknik pengajaran, penilaian pelajar, pengendalian kelas serta program intervensi yang efektif untuk disesuaikan dan diterapkan apabila kembali ke sekolah nanti. Manakala, Timbalan Pengetua Pentadbiran Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah​ Mariam juga akan dapat bertukar-tukar pandangan dengan pentadbir Sekolah Menengah Boon Lay Singapura mengenai amalan terbaik dalam kursus latihan guru, pengendalian Persatuan Ibu bapa dan Guru serta cara-cara untuk meningkatkan dan memperbaiki lagi penyebaran etos dan budaya sekolah secara berkesan. 



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/049 (M)

Tarikh: 26 Syawal 1445H / 6 Mei 2024​