REGISTRATION OPENING FOR THE BRUNEI-CAMBRIDGE GCE ‘O’, ‘AS’, ‘A’ LEVEL AND IGCSE EXAMINATIONS FOR OCTOBER / NOVEMBER 2024

May 6, 2024

REGISTRATION OPENING FOR THE BRUNEI-CAMBRIDGE GCE 'O', 'AS', 'A' LEVEL

AND IGCSE EXAMINATIONS FOR OCTOBER / NOVEMBER 2024

Monday, 26 Syawal 1445 / 6 May 2024

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Examinations Department is pleased to  announce that the registration for Brunei-Cambridge GCE 'O', 'AS', 'A' Level & IGCSE Examinations for October / November 2024 has opened starting today, Monday, 6 May 2024 until Thursday, 20 June 2024.

 

The registration forms and further information can be obtained from the Examinations Department Counter located at the One Stop Centre, Ministry of Education (Ground Floor, Block C, Ministry of Education, Old Airport Berakas) during office hours or by downloading the form and information about the subjects offered in Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Bilangan: 2/2024 through the Ministry of Education's website at www.moe.gov.bn.

 

The Examination Department will only accept completed registration forms every Monday to Thursday in the morning from 8.00 am to 11.00 am while in the afternoon from 1.30 pm to 3.00 pm and on Saturdays, from 8.00 am to 10.00 am.

 

Completed registration forms along with the required documents must be submitted to the Examinations Department Counter at the One Stop Centre, Ministry of Education no later than Thursday, 20 June 2024.

 

__________________________________________________________


PEMBUKAAN PENDAFTARAN PEPERIKSAAN BRUNEI-CAMBRIDGE
GCE PERINGKAT 'O', 'A', 'AS' & IGCSE BAGI BULAN OKTOBER / NOVEMBER 2024
Isnin, 26 Syawal 1445 / 6 Mei 2024


BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan sukacita mengumumkan bahawa pendaftaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat 'O', 'AS', 'A' & IGCSE bagi bulan Oktober/ November 2024 telah dibukakan mulai hari ini, Isnin, 6 Mei 2024 sehingga hari Khamis, 20 Jun 2024.

 

Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperolehi dari Kaunter Jabatan Peperiksaan bertempat di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan (Blok C, Aras Bawah, Bangunan Lama Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas) semasa waktu pejabat dibuka atau dengan memuat turun borang dan maklumat mengenai mata pelajaran yang ditawarkan dalam Surat Pemberitahuan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Bilangan: 2/2024 melalui laman web Kementerian Pendidikan iaitu www.moe.gov.bn.

 

Jabatan Peperiksaan hanya akan menerima borang pendaftaran yang telah Iengkap pada setiap hari Isnin hingga Khamis di sebelah pagi bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi manakala sebelah petang bermula jam 1.30 petang hingga 3.00 petang dan hari Sabtu, dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

 

Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah Iengkap berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Kaunter Jabatan Peperiksaan di Pusat Perkhidmatan Setempat Kementerian Pendidikan tidak lewat daripada hari Khamis, 20 Jun 2024.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/050 (M)

Tarikh: 26 Syawal 1445H / 6 Mei 2024​​