BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE SCHOOL TWINNING PROGRAMME 7 TO 12 MAY 2024

May 7, 2024

BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE SCHOOL TWINNING PROGRAMME

7 TO 12 MAY 2024

Tuesday, 27 Syawal 1445 / 7 May 2024

 

BERAKAS – The Ministry of Education through the Department of Schools has coordinated the participation for a delegation of 12 students and 3 accompanying teachers from Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) to visit Edgefield Secondary School (EFSS), Republic of Singapore for 6 days from 7 to 12 May 2024 under the Brunei Darussalam and the Republic of Singapore School Twinning Programme.

WhatsApp Image 2024-05-08 at 08.42.49.jpeg

Present to bid farewell at the Brunei International Airport was Yang Mulia Awang Haji Metussin bin Haji Jais, Acting Senior Special Duties Officer (Professional), Department of Schools, Ministry of Education. 

WhatsApp Image 2024-05-08 at 08.42.49 (1).jpeg

WhatsApp Image 2024-05-08 at 08.42.50 (1).jpeg

WhatsApp Image 2024-05-08 at 08.42.50.jpeg

The Brunei Darussalam delegation is represented by 12 Year 10 students namely Nathanial Ng Phek Sang, Aadi Jawad bin Dr Aammton/Mohammad Imbran, Muhd Danial Mu'izzuddin bin Muhammad Aariz Rizwan, Wan Mohammad Danish Idhar bin Wan Mohamad Hardiny,  Abdul Waseem As'ari bin Hj Abdul Khalid As'ari,  Zakwan Khairuddin bin Hj Zainal Khairulzzaddin, Aeryoona binti Arfan, Nur Aleya Farahiyah binti Mas Sunardy Yuzainie, Nurul Ameerah Syahriah binti Tali,  Amni Majidah binti Hj Mohammad Basher,  Batrisya Athilah binti Hj Misli and Adlina Ayesha binti Mohamad Serizal Sham. The students will be chaperoned by 3 Education Officers namely Cikgu Pg Hjh Fatriah binti Pg Hj Bujang, Cikgu Hj Mohd Moza Norhazahrin Shah bin Hj Moksin and Cikgu Lawrance Lee Chee Hung from the same school.


This year's Brunei Darussalam and The Republic of Singapore School Twinning Programme is the second cycle of the programme held, where the first round took place from 2018 to 2019. During the visit, the students will have the opportunity to see a wider scope of education in line with the current and future needs. It is hoped that this visit will be able to maintain the close relationship and cooperation that exists between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore through the sharing of ideas and experiences that will be beneficial to both schools. In addition, both schools can also learn and implement each other's best practices.

 

This programme will also facilitate learning by the sharing of knowledge inside and outside of the classroom giving students a well-balanced and all-rounded education as the itinerary includes class and CCA immersion, guided school tour, excursions to places of interest in Singapore as part of their cultural immersion.


______________________________________________________________________


PROGRAM SEKOLAH BERKEMBAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA

7 HINGGA 12 MEI 2024

Selasa, 27 Syawal 1445 / 7 Mei 2024


BERAKAS Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, telah menyelaras penyertaan satu delegasi yang terdiri daripada 12 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) untuk menyertai lawatan ke Edgefielfd Secondary School (EFSS), Republik Singapura selama 6 hari bermula 7 hingga 12 Mei 2024 di bawah Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Awang Haji Metussin bin Haji Jais, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Profesional), Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam terdiri dari pelajar Tahun 10, iaitu Nathanial Ng Phek Sang, Aadi Jawad bin Dr Aammton/Mohammad Imbran, Muhd Danial Mu'izzuddin bin Muhammad Aariz Rizwan, Wan Mohammad Danish Idhar bin Wan Mohamad Hardiny, Abdul Waseem As'ari bin Hj Abdul Khalid As'ari,  Zakwan Khairuddin bin Hj Zainal Khairulzzaddin, Aeryoona binti Arfan, Nur Aleya Farahiyah binti Mas Sunardy Yuzainie, Nurul Ameerah Syahriah binti Tali,  Amni Majidah binti Hj Mohammad Basher, Batrisya Athilah binti Hj Misli dan Adlina Ayesha binti Mohamad Serizal Sham. Para pelajar akan diiringi oleh 3 orang Pegawai Pendidikan iaitu Cikgu Pg Hjh Fatriah binti Pg Hj Bujang, Cikgu Hj Mohd Moza Norhazahrin Shah bin Hj Moksin dan Cikgu Lawrance Lee Chee Hung dari sekolah yang sama.

 

Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura pada tahun ini adalah pusingan kedua diadakan, di mana pusingan pertama telah berlangsung pada tahun 2018 hingga tahun 2019. Semasa lawatan tersebut, para pelajar akan berpeluang untuk melihat skop pendidikan yang lebih luas seiring dengan keperluan masa ini dan akan datang. Lawatan ini diharap akan dapat meneruskan hubungan erat dan kerjasama yang sedia ada di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura melalui perkongsian buah fikiran dan pengalaman yang akan memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua sekolah tersebut. Selain itu, kedua-dua sekolah juga dapat sama-sama belajar dan menerapkan amalan terbaik masing-masing.

 

Program ini juga akan bertindak sebagai pemudahcara kepada pembelajaran yang seimbang dan lengkap dengan adanya perkongsian pengetahuan di dalam dan juga di luar bilik darjah, yang mana pelajar SM SMJA akan mengikuti kelas dan juga aktiviti kokurikulum bersama rakan-rakan pelajar dari EFSS. Di samping itu, pelajar SM SMJA juga akan dibawa melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Singapura bagi mempelajari sejarah dan kebudayaan di sana.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2024/050 (M)

Tarikh: 27 Syawal 1445H / 7 Mei 2024