CAMBRIDGE STAKEHOLDER ENGAGEMENT 2025

Jun 4, 2025

Wednesday, 4 June 2025 – The Ministry of Education, through the Examinations Department in collaboration with Cambridge International Education (Cambridge), today held a stakeholder engagement session at the Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.

CSE_2025_1.png

CSE_2025_2.png


The session was attended by officials from the Ministry of Education, including school leaders, reflecting Cambridge’s ongoing commitment to advancing education through collaborative partnerships.

The primary objective of today’s session was to share insights and gather feedback on the future direction of assessments. Discussions focused on Cambridge’s efforts to continually support the implementation of high-quality, fair, and relevant assessment systems for students in Brunei Darussalam. The session also provided updates on upcoming changes to the assessment framework, ensuring alignment with the nation’s educational goals and priorities.

CSE_2025_3.png
CSE_2025_4.png

Furthermore, this engagement is expected to strengthen the partnership between the Ministry of Education and Cambridge, thereby supporting the ongoing development of quality education in Brunei Darussalam.

CSE_2025_5.png

________________________________________________________________

PENGLIBATAN PIHAK BERKEPENTINGAN CAMBRIDGE 2025

Rabu, 4 Jun 2025 – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan dengan kerjasama Cambridge International Education (Cambridge) telah mengadakan sesi penglibatan pihak berkepentingan bertempat di Pusat Tingkatan Enam Sengkurong. 

Sesi ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan termasuk para pemimpin sekolah, yang merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Cambridge dalam pembangunan pendidikan melalui penglibatan secara kolaboratif.

Objektif utama sesi tersebut adalah untuk berkongsi pandangan serta mendapatkan maklum balas mengenai hala tuju penilaian masa depan. Perbincangan tertumpu pada usaha Cambridge dalam menyokong pelaksanaan sistem penilaian yang berkualiti tinggi, adil dan relevan bagi pelajar di Negara Brunei Darussalam. 

Sesi ini turut membincangkan pengemaskinian mengenai dengan perubahan sistem penilaian yang akan dilaksanakan, selari dengan matlamat dan keutamaan pendidikan negara. Sesi ini juga diharap akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan Cambridge, sekaligus menyokong usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Negara Brunei Darussalam.