SECOND REGIONAL MEETING OF FIVE NATIONAL COMMISSIONS FOR UNESCO

Jun 10, 2025

 SECOND REGIONAL MEETING OF

FIVE NATIONAL COMMISSIONS FOR UNESCO

 10 June 2025

 

Tuesday, 10 June 2025 – Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education), Ministry of Education as the Secretary-General of the National Commission of Brunei Darussalam for United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) participated in the Second Regional Meeting of Five National Commissions for UNESCO, which convened virtually on 10 June 2025.

 dr.Sam.jpg

The meeting was co-organized by the UNESCO Regional Office in Jakarta and the UNESCO National Commission of the Philippines (UNACOM). The meeting sought to further strengthen collaboration and partnerships amongst the Five National Commissions for UNESCO. It aims to promote international and regional cooperation, foster knowledge sharing, and encourage the development of innovative collaborative solutions across the fields of education, the sciences, culture, and communication—all in support of advancing the Sustainable Development Goals (SDGs) within the region.

 

As part of the program agenda of the Regional Meeting, representatives from the National Commissions of Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Republic of the Philippines and Timor-Leste presented updates on their respective activities since the inaugural Regional Meeting of the Five National Commissions for UNESCO, held in May 2024 in Jakarta, Indonesia. Yang Mulia Permanent Secretary (Core Education) shared key developments and notable achievements, as well as upcoming programs and strategic initiatives aimed at strengthening regional cooperation and advancing UNESCO's priorities in the country.

 

Accompanying Yang Mulia Permanent Secretary (Core Education) were officials from the Ministry of Education; Ministry of Culture, Youth and Sports; Ministry of Transport and Infocommunications; and Ministry of Primary Resources and Tourism.


________________________________


MESYUARAT SERANTAU LIMA SURUHANJAYA-SURUHANJAYA KEBANGSAAN

BAGI UNESCO KALI KE-DUA

10 Jun 2025

 

Selasa, 10 Jun 2025 – Yang Mulia Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan selaku Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), telah menyertai Mesyuarat Serantau Lima Suruhanjaya-Suruhanjaya Kebangsaan bagi UNESCO Kali Ke-Dua yang diadakan secara maya pada 10 Jun 2025.


Mesyuarat tersebut adalah anjuran bersama Pejabat Serantau UNESCO di Jakarta dan Suruhanjaya Kebangsaan Republik Filipina bagi UNESCO (UNACOM). Mesyuarat ini bertujuan untuk terus mengukuhkan kerjasama dan jalinan perkongsian diantara Lima Suruhanjaya-Suruhanjaya Kebangsaan bagi UNESCO. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dan serantau, memupuk perkongsian ilmu, serta menggalakkan pembangunan penyelesaian inovatif secara kolaboratif merangkumi bidang pendidikan, sains, kebudayaan dan komunikasi bagi menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) di rantau ini.

 

Antara sebahagian daripada agenda program Mesyuarat Serantau tersebut, wakil-wakil daripada Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Republik Filipina dan Timor-Leste telah membentangkan perkembangan aktiviti masing-masing sejak Mesyuarat Serantau sulung Suruhanjaya Kebangsaan bagi UNESCO Lima Negara yang telah diadakan pada Mei 2024 di Jakarta, Indonesia. Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) turut mengongsikan perkembangan utama dan pencapaian yang signifikan beserta program dan inisiatif yang akan datang bagi mengukuhkan kerjasama serantau dan menyokong keutamaan UNESCO di negara ini.

 

Turut mengiringi Yang Mulia Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.



Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/75 (M)

Tarikh: 15 Zulhijjah 1446 | 12 Jun 2025​