ASEAN YOUTH CAMP (AYC) 2025 AT PATHUM THANI, THAILAND 17 TO 20 JUNE 2025

Jun 16, 2025

ASEAN YOUTH CAMP (AYC) 2025 AT PATHUM THANI, THAILAND

17 TO 20 JUNE 2025

Monday, 19 Zulhijjah 1446 | 16 June 2025


BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, through the Department of Schools and the Science, Technology, and Environment Partnership Centre (STEP Centre), has coordinated the participation of four students and one teacher from Sekolah Menengah Rimba to take part in the ASEAN Youth Camp (AYC) 2025. The programme will be held from 17 to 20 June 2025 in Pathum Thani, Thailand.


Screenshot 2025-06-16 144249.png 



Present at Brunei International Airport to bid farewell to the participants was Yang Mulia Dayang Hajah Marina Chek binti Bujang, Director of Schools, Schools Department, Ministry of Education.


 Screenshot 2025-06-16 144439.png


Organised by the SEAMEO Regional Centre for STEM Education (SEAMEO STEM-ED) in collaboration with Ministry of Education Thailand and the National Science Museum of Thailand, the camp provides a platform for youth to explore the role of artificial intelligence (AI) in promoting environmental awareness and sustainable development.

The students representing Brunei Darussalam are Ahmad Razeen bin Adi Shahreen, Syahirah binti Salamat, Insyirah Bilqis binti Muhammad Firdaus, and Ahmad Khairi Zakwan bin Haji Mohd Marzuki, accompanied by their teacher, Lena Ang Yan Ping, as the head of the delegation.


 Screenshot 2025-06-16 144634.png


Participants will engage in online training sessions and participate in face-to-face hackathon activities, during which they will collaborate with youth from across Asia to address AI-based sustainability challenges. The program also includes leadership workshops, cultural exchanges, and educational visits, including a visit to the National Science Museum of Thailand. With the theme  'AI Hackathon for Green Sustainability', the camp brings together youth and educators from ASEAN Member States, Timor-Leste, China, Japan, and South Korea.

The AYC 2025 aims to empower Brunei's youth with vital 21st-century skills in AI, teamwork, and global citizenship, while fostering networking and collaboration among regional youth.

Also present at the Brunei International Airport were officials from the Ministry of Education, representing the Department of Schools; the Science, Technology and Environment Partnership Centre (STEP Centre); as well as parents and family members of the students.



____________________________________


ASEAN YOUTH CAMP (AYC) 2025 DI PATHUM THANI, THAILAND

17 HINGGA 20 JUN 2025

Hari Isnin, 19 Zulhijjah 1446 | 16 Jun 2025


BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah dan Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP) telah menyelaras penyertaan bagi empat orang pelajar dan seorang guru dari Sekolah Menengah Rimba untuk menyertai ASEAN Youth Camp (AYC) 2025. Program tersebut akan diadakan pada 17 hingga 20 Jun 2025 di Pathum Thani, Thailand.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada para peserta ialah Yang Mulia Dayang Hajah Marina Chek binti Bujang, Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Dianjurkan oleh Pusat Serantau SEAMEO untuk Pendidikan STEM (SEAMEO STEM-ED) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Thailand dan Muzium Sains Negara Thailand, kem ini menyediakan platform untuk golongan belia meneroka peranan kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar dan pembangunan lestari.

Pelajar-pelajar yang mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Ahmad Razeen bin Adi Shahreen, Syahirah binti Salamat, Insyirah Bilqis binti Muhammad Firdaus, dan Ahmad Khairi Zakwan bin Haji Mohd Marzuki, diiringi oleh guru mereka, Lena Ang Yan Ping selaku ketua delegasi.

Para peserta akan menyertai sesi latihan secara dalam talian dan aktiviti hackathon secara bersemuka, di mana mereka akan bekerjasama dengan belia dari seluruh Asia untuk menangani cabaran kelestarian berasaskan AI. Program ini turut merangkumi bengkel kepimpinan, pertukaran budaya, serta lawatan pendidikan termasuk ke Muzium Sains Negara Thailand. Bertemakan 'AI Hackathon for Green Sustainability', kem ini menghimpunkan golongan belia dan pendidik dari Negara-Negara Anggota ASEAN, Timor-Leste, China, Jepun, dan Korea Selatan.

AYC 2025 bertujuan memperkasakan belia Brunei dengan kemahiran abad ke-21 dalam bidang kecerdasan buatan (AI), kerja berpasukan, dan kewarganegaraan global, di samping menggalakkan jaringan dan kerjasama dalam kalangan belia serantau.

Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Jabatan Sekolah-Sekolah; Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP), serta ibu bapa dan ahli keluarga pelajar.


Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/081 (M)

Tarikh: 19 Zulhijjah 1446 | 16 Jun 2025​