OFFICIAL VISIT BY THE MINISTRY OF EDUCATION, REPUBLIC OF SINGAPORE TO BRUNEI DARUSSALAM TOWARDS STRENGTHENING BILATERAL TIES IN THE FIELD OF EDUCATION

Jun 23, 2025


OFFICIAL VISIT BY THE MINISTRY OF EDUCATION, REPUBLIC OF SINGAPORE

TO BRUNEI DARUSSALAM TOWARDS STRENGTHENING BILATERAL TIES

 IN THE FIELD OF EDUCATION

Monday, 26 Zulhijjah 1446 | 23 June 2025

 

BANDAR SERI BEGAWAN – The Ministry of Education, Brunei Darussalam, through the Department of Private Education, welcomed an official visit by a delegation from the Ministry of Education, Republic of Singapore, as part of ongoing efforts to strengthen bilateral relations and regional collaboration in the field of education.

RSTNBD_6.png

The five-member delegation was led by Yang Mulia Dayang Safirah binti Misti, Assistant Director, Talent Development, Student Placement and Services Division, Ministry of Education, Republic of Singapore. She was accompanied by three school leaders: Yang Mulia Mr. Toh Thiam Chye, Principal of Dunman Secondary School; Yang Mulia Ms. Poh Shi Hui, Principal of Ngee Ann Secondary School; and Yang Mulia Mr. Low Chun Meng, Principal of Victoria School as well as Yang Mulia Mr. Toh Wei Kit, Manager of Talent Development at the Ministry.​

RSTNBD_1.png

RSTNBD_3.png

RSTNBD_4.png

During the two-day official visit, the delegation had the opportunity to visit several private educational institutions in Brunei Darussalam. The first day included visits to Chung Hwa Middle School Bandar Seri Begawan, St Andrew's School, and St George's School, while the second day will proceed with a visit to Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

These schools are among the private educational institutions selected for the visit that offer education from kindergarten to secondary level, with an emphasis on academic excellence and a holistic approach to student development.

 

Throughout the visit, the delegation had the opportunity to observe classroom teaching and learning sessions, tour school facilities, and engage in discussions with school leaders, senior teachers, and teachers. Topics discussed included innovative teaching methodologies, and the integration of technology in the classroom.

RSTNBD_2.png

This visit provided a valuable opportunity for the sharing of best practices, while also strengthening the potential for collaborative programmes such as STEAM education workshop, professional education forums and student-teacher exchange initiatives between the two countries.

 

The visit also reflects the close and mutually respectful bilateral relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, as well as their shared commitment to strengthening the quality of education and human capital development in the region.



_______________________________________


LAWATAN RASMI DELEGASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN REPUBLIK SINGAPURA

KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEBAGAI USAHA MEMPERKUKUH

HUBUNGAN DUA HALA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Isnin, 26 Zulhijjah 1446 | 23 Jun 2025

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pendidikan Swasta telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Kementerian Pendidikan Republik Singapura sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan antara kedua-dua negara.

 

Delegasi seramai lima orang tersebut diketuai oleh Yang Mulia Dayang Safirah binti Misti, Assistant Director, Talent Development, Student Placement and Services Division, Ministry of Education, Republic of Singapore, bersama tiga orang pemimpin sekolah iaitu Yang Mulia Mr. Toh Thiam Chye, Pengetua Dunman Secondary School; Yang Mulia  Ms. Poh Shi Hui, Pengetua Ngee Ann Secondary School; Yang Mulia Mr. Low Chun Meng, Pengetua Victoria School dan seorang pegawai dari kementerian iaitu Yang Mulia Mr. Toh Wei Kit, Manager, Talent Development

 

Dalam tempoh lawatan rasmi selama dua hari tersebut, delegasi berkesempatan mengunjungi beberapa institusi pendidikan swasta di Negara Brunei Darussalam. Pada hari pertama, lawatan diadakan ke Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan, Sekolah St Andrew's dan Sekolah St George's, manakala pada hari kedua, rombongan akan meneruskan lawatan ke Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Sekolah-sekolah berkenaan merupakan antara institusi pendidikan swasta yang dipilih untuk lawatan tersebut, yang menawarkan pendidikan dari peringkat tadika hingga menengah, dengan penekanan terhadap kecemerlangan akademik serta pendekatan holistik dalam pembangunan pelajar.

 

Semasa lawatan tersebut, para delegasi berpeluang meninjau kemudahan pembelajaran, menyaksikan sesi pengajaran dan pembelajaran secara langsung, serta mengadakan perbincangan bersama pihak sekolah termasuk pemimpin sekolah, guru kanan dan guru-guru. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah pendekatan inovatif dalam pedagogi dan integrasi teknologi dalam bilik darjah.

 

Lawatan ini memberikan peluang yang signifikan untuk perkongsian amalan terbaik, di samping mengukuhkan potensi pelaksanaan program kerjasama seperti bengkel pendidikan STEAM, forum profesional pendidikan serta inisiatif bagi pertukaran pelajar dan guru antara kedua-dua negara.

 

Lawatan ini turut mencerminkan hubungan dua hala yang erat dan saling menghormati antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, serta komitmen bersama dalam usaha memperkukuh mutu pendidikan dan pembangunan modal insan di rantau ini.



Rujukan   :   KPE/CCD/K1:2/PR/2025/83 (M)

Tarikh     :   26 Zulhijjah 1446 | 23 Jun 2025​