LAUNCHING CEREMONY OF SMART AND GREEN CLASSROOM

Jun 24, 2025

 LAUNCHING CEREMONY OF SMART AND GREEN CLASSROOM

Tuesday, 27 Zulhijjah 1446 | 24 June 2025

​ 

SUNGAI AKAR – The Ministry of Education through the Department of Schools, the Department of Communication Technology and Information, and the Educational Technology Centre today held the Launching Ceremony of Smart and Green Classroom for Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna and Sekolah Menengah Lambak Kiri at Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

24.06.25 Green classroom.zip - 1.png

24.06.25 Green classroom.zip - 2 (2).png

Present as the Guest of Honour and officiating the launch of the project was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education.

The ceremony was also attended by His Excellency Xiao Jianguo, Ambassador of the People's Republic of China to Brunei Darussalam; and Yang Mulia Mr. Frank Guo Hanxin, Managing Director of Huawei International Pte.Ltd, representing Huawei Technologies (B) Sdn Bhd.

24.06.25 Green classroom.zip - INT 3.png

24.06.25 Green classroom.zip - 2 (3).png

24.06.25 Green classroom.zip - 2 (4).png

24.06.25 Green classroom.zip - INT 3 (2).png

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa Selamat by Yang Mulia Muhd Zakaria bin Haji Mohd Salleh, Mosque Affairs Officer of Kampung Tanah Jambu Mosque. This was followed by a welcoming address by Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), Ministry of Education. The ceremony also featured a demonstration on the use of educational technology, showcasing the 'Solar Panel Dashboard' and 'Remote Teaching and Learning'.

This project is the result of a Public-Private Partnership (PPP) initiative between the Ministry of Education and Huawei Technologies (B) Sdn Bhd., through which the company, under its Corporate Social Responsibility (CSR) programme, has contributed a smart green classroom concept to two selected secondary schools which are Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna and Sekolah Menengah Lambak Kiri. This initiative is part of Huawei's efforts to support technology-driven and sustainable educational transformation in the country.​

24.06.25 Green classroom.zip - 2 (9).png

The implemented project aims to provide a classroom equipped with smart technology powered by solar energy in each selected school. Among the primary objectives of this project are to enhance pedagogical experiences through the use of modern technology, making learning more engaging, interactive, and efficient.

Additionally, this initiative supports the Ministry of Education's commitment to promoting green and sustainable practices, including fostering awareness and understanding among students on its importance. This effort is aligned with the Brunei Darussalam National Climate Change Policy (BNCCP), particularly Strategy 4: Renewable Energy, which aims to increase the total share of renewable energy to at least 30% of total capacity in the power generation mix by 2035, and Strategy 10: Awareness and Education, which aims to increase awareness and education surrounding mitigation and adaptation responses against climate change.

24.06.25 Green classroom.zip - 2 (10).png

Also present at the ceremony were Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries, Directors, and Senior Officers from ministries, government agencies, and relevant private sectors.

______________________________________


MAJLIS PELANCARAN SMART AND GREEN CLASSROOM

Selasa, 27 Zulhijjah 1446 | 24 Jun 2025

 

SUNGAI AKAR – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah, Jabatan Komunikasi Teknologi dan Maklumat serta Pusat Teknologi Pendidikan, hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Smart and Green Classroom bagi Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sekolah Menengah Lambak Kiri yang berlangsung di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya melancarkan projek tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan.

Majis tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo, Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam dan Yang Mulia Frank Guo Hanxin, Pengarah Urusan Huawei International Pte.Ltd, mewakili Syarikat Huawei Technologies (B) Sdn Bhd.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Muhd Zakaria bin Haji Mohd Salleh, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Tanah Jambu. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Dr. Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan. Majlis turut menyaksikan demonstrasi berkaitan penggunaan teknologi pendidikan iaitu 'Solar Panel Dashboard' dan 'Remote Teaching and Learning'.


Projek ini merupakan hasil kerjasama di bawah inisiatif Perkongsian Awam-Swasta (PPP) antara Kementerian Pendidikan dan Syarikat Huawei Technologies (B) Sdn Bhd., yang mana syarikat berkenaan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), telah menyumbangkan sebuah konsep bilik darjah pintar hijau bagi dua buah sekolah menengah terpilih, iaitu Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Sekolah Menegah Lambak Kiri. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat berkenaan dalam mendokong transformasi pendidikan berteraskan teknologi dan kelestarian di Negara ini.

Projek yang dilaksanakan ini bertujuan untuk menyediakan sebuah bilik darjah yang dilengkapi dengan teknologi pintar yang dijana melalui tenaga suria di setiap sekolah yang terpilih. Antara objektif utama projek ini adalah meningkatkan pengalaman pedagogi melalui penggunaan teknologi moden, menjadikan pembelajaran lebih menarik, interaktif dan efisien.

Di samping itu, inisiatif ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan dalam mendokong pelaksanaan amalan hijau dan kelestarian, termasuk memupuk kesedaran serta kefahaman dalam kalangan pelajar mengenai kepentingannya. Usaha ini adalah sejajar dengan Dasar Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BNCCP), khususnya Strategi 4: Tenaga Boleh Diperbaharui, iaitu untuk meningkatkan jumlah bahagian tenaga diperbaharui kepada sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah kapasiti dalam campuran penjanaan kuasa menjelang 2035, serta Strategi 10: Kesedaran dan Pendidikan, iaitu bagi meningkatkan kesedaran dan pendidikan yang berkaitan mitigasi serta adaptasi terhadap perubahan iklim.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkaitan.


Rujukan     :  KPE/CCD/K1:2/PR/2025/084 (M)

Tarikh        :  27 Zulhijjah 1446 | 24 Jun 2025​