BRUNEI DARUSSALAM AND THE REPUBLIC OF SINGAPORE
SCHOOL TWINNING PROGRAMME
8 TO 12 JULY 2025
Tuesday, 12 Muharam 1447 | 8 July 2025
BERAKAS – The Ministry of Education, Brunei Darussalam, through the Department of Schools, today has coordinated a study visit by a delegation from Sekolah Rendah Panaga, Seria comprising 12 Year 5, along with three accompanying teachers, to Pei Ying Primary School, Republic of Singapore. The five-day visit, held from 8 to 12 July 2025, is part of the Brunei Darussalam–Republic of Singapore School Twinning Programme.

Present at the Brunei International Airport to bid farewell to the delegation was Yang Mulia Dayang Hajah Sarifah binti Haji Matsawali, Acting Senior Special Duties Officer (Corporate), Department of Schools, Ministry of Education.
The programme aims to strengthen bilateral relations between schools from both countries through the sharing of best practices in academics, pedagogy, and holistic student development. The activities planned include joint classroom learning sessions, school immersion programmes, student leadership initiatives, educational visits to historical sites in Singapore, as well as local cultural experiences.

The visit is expected to provide students with valuable exposure to international education systems, while fostering friendship, unity, and universal values beyond national borders. The delegation will also have the opportunity to showcase Brunei Darussalam's culture through performances and interactive sessions with Singaporean students.


Also present at the airport were officers from the Department of Schools, Ministry of Education, Administration of Panaga Primary School, Seria as well as parents and family members of the participating students.
____________________________________________
PROGRAM SEKOLAH BERKEMBAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA
8 HINGGA 12 JULAI 2025
Hari Selasa, 12 Muharam 1447 |8 Julai 2025
BERAKAS– Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Sekolah-Sekolah hari ini telah menyelaras lawatan delegasi Sekolah Rendah Panaga, Seria yang terdiri daripada 12 orang pelajar Tahun 5 serta tiga orang guru sekolah berkenaan ke Pei Ying Primary School, Republik Singapura. Lawatan selama lima hari ini bermula pada 8 hingga 12 Julai 2025 adalah merupakan sebahagian daripada Program Sekolah Berkembar Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada delegasi ialah Yang Mulia Dayang Hajah Sarifah Binti Haji Matsawali, Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat) Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara sekolah-sekolah dari kedua-dua negara melalui perkongsian amalan terbaik dalam bidang akademik, pedagogi serta pembangunan pelajar secara menyeluruh. Antara aktiviti yang telah dirancang termasuk sesi pembelajaran bilik darjah bersama, program pengalaman sekolah, inisiatif kepimpinan pelajar, lawatan pendidikan ke tapak bersejarah sekitar Singapura, serta pengalaman budaya tempatan.
Lawatan ini dijangka dapat memberi pendedahan yang bermakna kepada para pelajar mengenai sistem pendidikan antarabangsa dan memperkukuh semangat persahabatan, perpaduan serta nilai sejagat merentasi sempadan negara. Delegasi juga berpeluang mengetengahkan kebudayaan Brunei Darussalam melalui persembahan dan interaksi bersama pelajar-pelajar di Singapura.
Turut hadir di lapangan terbang ialah pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dari Jabatan Sekolah-Sekolah, wakil pentadbiran Sekolah Rendah Panaga serta ibu bapa dan ahli keluarga para pelajar.
Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/094 (M)
Tarikh: 12 Muharam 1447 | 8 Julai 2025