MINISTRY OF EDUCATION'S MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM CELEBRATION 1447H / 2025M
Monday | 22 Rabiulawal 1447 | 15 September 2025
BERAKAS - The Ministry of Education today held a Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Celebration at Main Hall, Ministry of Education.

Present as the Guest of Honor at the ceremony was Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Doa led by Yang Mulia Awang Mohamad Hazmi bin Haji Ahmad Daud, Education Officer, Department of Examinations, followed by a Special Talk entitled 'Meneladani Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam’' by Yang Mulia Dr Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Assistant Professor, Centre for the Advancement of Knowledge and Language, Universiti Islam Sultan Sharif Ali. The ceremony continued with the recitation of Dikir Marhaban, led by a dikir group comprising officers and staff from the Ministry of Education. This was followed by the presentation of a token of appreciation to the invited speaker by the Guest of Honour. The event concluded with the recitation of the Closing Prayer.


The celebration is a major Islamic celebration that is commemorated by the Ministry of Education annually to express gratitude to Allah Subhanahu Wata'ala and deepened the devotion to our Prophet Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. The theme for this year's celebration is 'Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah'.


Also present were the Permanent Secretaries, Vice Chancellor Universiti Brunei Darussalam, Deputy Permanent Secretaries, as well as Heads of Departments, officers and staff from the Ministry of Education.
This year's Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Celebration Ministry of Education was jointly organized by the Department of Administration and Services, the Department of Planning, Development and Research, as well as the Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre.
____________________________________________________________________________________________
MAJLIS SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 1447H / 2025M
Hari Isnin |22 Rabiulawal 1447 |15 September 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari ini bertempat di Dewan Utama, Kementerian Pendidikan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.
Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohamad Hazmi bin Haji Ahmad Daud, Pegawai Pelajaran, Jabatan Peperiksaan dan diikuti dengan Ceramah Khas bertajuk 'Meneladani Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Penolong Profesor, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Majlis diteruskan lagi dengan Dikir Marhaban yang diketuai oleh kumpulan dikir yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan diikuti dengan penyampaian cenderhati kepada penceramah jemputan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.
Majlis ini merupakan salah satu acara hari-hari kebesaran Islam yang diraikan oleh Kementerian Pendidikan pada setiap tahun bagi merafa'kan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan meningkatkan lagi rasa kecintaan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Majlis sambutan pada tahun ini membawa tema 'Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah'.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.
Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallahu 'Alaihi Wasallam Kementerian Pendidikan bagi tahun ini dikendalikan bersama oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan; Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan serta Pusat Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP).