43RD SESSION OF THE GENERAL CONFERENCE OF UNESCO

Nov 2, 2025

43RD SESSION OF THE GENERAL CONFERENCE OF UNESCO

Sunday | 11 Jamadilawal 1447 | 2 November 2025

 

Samarkand, Republic of Uzbekistan – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Minister of Education, Brunei Darussalam, in her capacity as Chairperson of the National Commission of Brunei Darussalam for the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), attended the 43rd Session of the UNESCO General Conference held at the Silk Road Samarkand Congress Centre in Samarkand, Republic of Uzbekistan, from 30 October to 13 November 2025.

 UNES431.png

UNES433.png

The General Conference brought together representatives from 194 Member States and Associate Members, as well as observers, intergovernmental organisations, and non- governmental organisations (NGOs). The biennial conference serves as UNESCO's highest decision-making body, responsible for formulating the Organisation's policies, reviewing its activities and budget, and electing Members to the Executive Board.

 UNES432.png

Among the key highlights of the General Conference was the General Policy Debate, during which Heads of Delegation from each Member State delivered national statements reaffirming their commitment to the United Nations 2030 Agenda for Sustainable Development. These statements reflected the diversity of ongoing efforts and achievements in advancing education, science, culture, and related fields.

 

In her National Statement, Yang Berhormat Datin, reaffirmed Brunei Darussalam's steadfast commitment to advancing Sustainable Development Goal 4 (SDG 4), with particular emphasis on STEAM education and future-ready competencies. She highlighted the launch of the Greening Education Plan at the 53rd SEAMEO Council Conference hosted by Brunei Darussalam in July 2025, demonstrating the nation's regional leadership in shaping the global education agenda beyond 2030. Brunei Darussalam remains committed to upholding UNESCO's core principles: promoting peace, fostering scientific collaboration for sustainable development, and cultivating inclusive societies through quality education and cultural preservation.

 

Additionally, the High-Level Ministerial Segment on Education was held as a side event in conjunction with the General Conference.

 UNES434.png

Also in attendance with Yang Berhormat Datin was Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Permanent Secretary (Core Education) as the Secretary- General of the National Commission of Brunei Darussalam for UNESCO. Accompanying them were officials from the Embassy of Brunei Darussalam in Ankara, Republic of Türkiye, representing the Permanent Delegation of Brunei Darussalam to UNESCO, as well as officers from the Ministry of Education. 

 

 

PERSIDANGAN AGUNG UNESCO KALI KE-43
Hari Ahad | 11 Jamadilawal 1447 | 2 November 2025

 

Samarkand, Republik Uzbekistan – Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, selaku Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), telah menghadiri Persidangan Agung UNESCO kali ke-43 yang berlangsung di Pusat Kongres Silk Road Samarkand, Samarkand, Republik Uzbekistan, bermula dari 30 Oktober hingga 13 November 2025.

 

Persidangan Agung tersebut telah menghimpunkan wakil-wakil daripada 194 Negara Anggota dan Anggota Bersekutu, serta pemerhati, pertubuhan antara kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Persidangan setiap dua tahun sekali tersebut berperanan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi UNESCO, yang bertanggungjawab dalam merangka dasar Pertubuhan, meneliti aktiviti dan peruntukan, serta pengundian Keahlian bagi Lembaga Eksekutif.

 

Antara acara utama Persidangan Agung berkenaan merangkumi Perbahasan Dasar Umum, di mana Ketua Delegasi daripada setiap Negara Anggota menyampaikan kenyataan negara masing-masing bagi menegaskan semula komitmen mereka terhadap Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pembangunan Mampan. Kenyataan-kenyataan berkenaan mencerminkan kepelbagaian usaha dan pencapaian yang berterusan dalam memajukan bidang pendidikan, sains, kebudayaan, dan bidang-bidang berkaitan.

 

Dalam Kenyataan Kebangsaan Yang Berhormat Datin, beliau menyatakan semula komitmen teguh Negara Brunei Darussalam terhadap usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 4 (SDG 4), dengan menekankan khusus terhadap kepentingan pendidikan STEAM dan kemahiran berdaya saing masa hadapan. Seterusnya, beliau turut merujuk mengenai pelancaran Pelan Pendidikan Hijau semasa Persidangan Majlis SEAMEO kali ke-53 yang diadakan di Negara Brunei Darussalam pada bulan Julai 2025, yang memperlihatkan kepimpinan serantau Negara Brunei Darussalam serta sumbangannya dalam membentuk agenda pendidikan global pasca 2030. Negara Brunei Darussalam akan tetap terus berusaha dan kekal komited terhadap prinsip-prinsip teras UNESCO, iaitu: memupuk keamanan, memperkukuh kerjasama saintifik bagi pembangunan mampan, serta memperkasa masyarakat inklusif melalui pendidikan berkualiti serta pemeliharaan budaya.

 

Di samping itu, Segmen Menteri Peringkat Tinggi dalam Pendidikan telah diadakan sebagai salah satu acara sampingan yang diadakan bersempena dengan Persidangan Agung tersebut.

 

Turut hadir bersama Yang Berhormat Datin ialah Yang Mulia Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) selaku Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Brunei Darussalam bagi UNESCO. Rombongan diiringi daripada pegawai-pegawai dari Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Ankara, Republik Türkiye, yang mewakili Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke UNESCO, serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan. 

 

Rujukan: KPE/CCD/K1:2/PR/2025/155(M)
Tarikh: 11 Jamadilawal 1447 |2 November 2025