REGISTRATION FOR PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) EXAMINATION RESULTS, 2025 THROUGH SHORT MESSAGING SERVICE (SMS)

Nov 6, 2025

REGISTRATION FOR PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) EXAMINATION RESULTS, 2025 

THROUGH SHORT MESSAGING SERVICE (SMS)

Thursday, 15 Jamadilawal 1447 | 6 November 2025

 

The Ministry of Education, in collaboration with Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST), Progresif Sdn. Bhd. (Progresif), Imagine Sdn. Bhd. (Imagine) and Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) will be offering Short Messaging Service (SMS) for obtaining the Penilaian Sekolah Rendah (PSR) Examination Results 2025.

 

Parents or guardians and students who wish to subscribe to this service are required to register through mobile phones via Short Messaging Service and will need to input the following text : MOE<space>REG<space>[CENTRE CODE]<space>[CANDIDATE NUMBER] and send to 8885555 for DST Subscribers, 38666 for Progresif Subscribers and 39966 for Imagine Subscribers.

 

Parents or Guardians and students may begin subscribing to this service from Friday, 7 November 2025. Subscibers are hereby informed that no charges will be incurred for registration through mobile phones.

 

Examination results will only be sent to subscribers via SMS upon approval from the Department of Examinations, Ministry of Education to release these results. Subscribers will be charged an amount of B$3.00 for each SMS result received.

 

The Ministry of Education hopes that this service will benefit the public, particularly parents or guardians, students and stakeholders of the Ministry of Education in general.

 

For more information or any further enquiries on how to register, please contact 8671355 or email moeresults@machbrunei.com.

_________________________________________________________________


PENDAFTARAN BAGI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) 2025 

MELALUI PERKHIDMATAN PESANAN RINGKAS (SMS)

Khamis, 15 Jamadilawal 1447 | 6 November 2025

 

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST), Progresif Sdn. Bhd. (Progresif), Imagine Sdn. Bhd. (Imagine) dan Mach Telecommunications Systems Sdn. Bhd. (MachTel) akan menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) bagi mendapatkan Keputusan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi tahun 2025.

 

Ibu bapa atau penjaga serta pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan ini boleh mendaftar melalui telefon bimbit menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan memasukkan teks berikut: MOE<jarak>REG<jarak>[KOD PUSAT]<jarak>[NOMBOR CALON] dan dihantar ke 8885555 bagi pelanggan DST, 38666 bagi pelanggan Progresif dan 39666 bagi pelanggan Imagine.

 

Ibu bapa atau penjaga serta pelajar boleh mula melanggan perkhidmatan ini mulai pada hari Jumaat, 7 November 2025. Para pelanggan adalah dimaklumkan bahawa tiada sebarang bayaran akan dikenakan semasa pendaftaran yang dilakukan melalui telefon bimbit.

 

Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut. Pelanggan akan dikenakan pembayaran berjumlah B$3.00 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

 

Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan yang disediakan ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai, terutama sekali para ibu bapa atau penjaga dan pelajar serta pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara umum.

 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai tatacara pendaftaran, bolehlah berhubung terus melalui nombor 8671355 atau e-mel ke moeresults@machbrunei.com