The event was followed by the singing of the National Anthem of Brunei Darussalam, ‘Allah Peliharakan Sultan’. The event then proceeded with a speech by Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Permanent Secretary (Higher Education), as the Co-Chair of the 14th ASEAN Schools Games Working Committee, followed by a speech delivered by His Excellency Mr. Kingmano Phommahaxay, Deputy Minister of Education and Sports of the Lao People's Democratic Republic, in his capacity as the President of the ASEAN Schools Sports Council (ASSC). This was followed by the Official Declaration of the Opening of the 14th ASEAN Schools Games, officiated by the Guest of Honour, and subsequently the Raising of the ASG Flag.

During the ceremony, the Heads of Contingents were formally introduced to the Guest of Honour. The ceremony continued with the 14th ASEAN Schools Games Pledge, led by Abdullah Abbas bin Awang Abdullah, an athletics student-athlete representing the athletes, and Awang Haji Mohd Azrin bin Haji Aji, Deputy Principal (Sports) of the Sports School, representing the technical officials. The event concluded with three performance segments as follows:
Segment 1:
Citra Gemilang Dance, Aduk-Aduk Dance, and the ASEAN Medley Song.
Segment 2:
A Gerak Cergas performance themed “Semangat Juara ASEAN".
Both of these performance segments featured a collaboration of students from government and private secondary and primary schools in Brunei Darussalam.
Segment 3:
The Grand Finale Performance, presenting the ASG14 official song performed by a student from Laksamana College of Business (LCB).
This year's ASG14 brings together 981 student-athletes from 10 participating ASEAN member countries, competing in eight sports, namely Badminton, Basketball, Netball, Athletics, Sepak Takraw, Swimming, Pencak Silat, and Wushu.
The official theme of this year's championship is “Dream, Strive, Achieve", which is adapted from Brunei's national maxim, “Bekarih, Bejarih, Belurih". This motto encourages student-athletes to pursue their aspirations through diligence, discipline, determination, and hard work.
For further information on ASG14, the public may follow the official ASG14 Instagram account at @14thASEANSchoolsGames.
______________________________________
MAJLIS PEMBUKAAN RASMI SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ASEAN KE-14 (ASG14)
TAHUN 2025, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Khamis | 29 Jamadilawal 1447 | 20 November 2025
BERAKAS – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum hari ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 (ASG14) Tahun 2025, yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Hadir Selaku Tetamu Kehormat bagi majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam, selaku Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14.
Majlis dimulakan dengan perbarisan lalu Kontinjen dan Pegawai-Pegawai Teknikal. Antara yang menyertai perbarisan lalu ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang akan turut serta dalam sukan olahraga.
Seterusnya, majlis diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Mulia Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14, dan seterusnya ucapan daripada Tuan Yang Terutama Mr. Kingmano Phommahaxay, Timbalan Menteri Pendidikan dan Sukan, Republik Demokratik Rakyat Lao selaku Presiden Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASSC). Majlis seterusnya disusuli dengan Pengisytiharan Pembukaan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 yang dirasmikan oleh Tetamu Kehormat dan diikuti dengan Upacara Menaikkan Bendera ASG.
Semasa majlis tersebut, Tetamu Kehormat turut diperkenalkan kepada Ketua-Ketua Kontinjen. Majlis diteruskan lagi dengan Ikrar Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-14 yang dipimpin oleh Abdullah Abbas bin Awang Abdullah, atlet-pelajar sukan olahraga selaku wakil atlet-pelajar dan Awang Haji Mohd Azrin bin Haji Aji, Timbalan Pengetua (Sukan) Sekolah Sukan selaku wakil pegawai teknikal. Majlis diakhiri dengan tiga segmen persembahan seperti berikut:
Segmen 1:
Tarian Citra Gemilang, Tarian Aduk-Aduk, serta Lagu Medley ASEAN.
Segmen 2:
Persembahan Gerak Cergas yang bertemakan “Semangat Juara ASEAN".
Kedua-dua segmen persembahan ini merupakan gabungan pelajar daripada sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan serta swasta di Negara Brunei Darussalam.
Segmen 3:
Persembahan Penutup Kemuncak iaitu nyanyian lagu rasmi ASG14 yang dinyanyikan oleh pelajar dari Laksamana College of Business (LCB).
ASG14 tahun ini menghimpunkan seramai 981 atlet-pelajar dari penyertaan 10 buah negara ASEAN, yang akan bertanding dalam 8 acara sukan, iaitu Badminton, Bola Keranjang, Bola Jaring, Olahraga, Sepak Takraw, Renang, Pencak Silat dan Wushu.
Tema rasmi kejohanan pada tahun ini ialah “Dream, Strive, Achieve", yang diadaptasi daripada perambahan Brunei, “Bekarih, Bejarih, Belurih". Motto ini mengajak para atlet-pelajar untuk mencapai impian melalui usaha yang tekun dan berdisiplin serta semangat juang, dan kerja keras.
Untuk maklumat lanjut mengenai ASG14, orang ramai boleh mengikuti Instagram rasmi ASG14 di @14thASEANSchoolsGames
Rujukan : KPE/CCD/K1:2/PR/2025/169 (M)
Tarikh : 29 Jamadilawal 1447 | 20 November 2025